بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Teringinnya Nak Tunaikan Umrah dengan Pakej Umrah TH Travel & Services | Seumur hidup MF, MF tak pernah naik kapal terbang. Tapi andai diberi peluang naik kapal terbang, tempat yang MF teringin nak tuju ialah Baitullah al-Haram. Tujuannya, tak lain mestilah nak buat haji, tapi kalau tak dapat buat Haji pun, dapat buat umrah dulu pun dah rasa besar rahmat dah.
Nak pergi buat umrah, kena pandai pilih pakej umrah yang terbaik... Sebab sekarang ni ramai juga scammer pakej umrah. So, dalam banyak-banyak tu, satu pakej umrah yang MF suka dan nak sangat ikuti pakej tu... Iaitu Tabung Haji & Travel.
MF suka pakej umrah Pakej Umrah TH Travel & Services dan plan nak pergi, jika direzekikan Allah cuti sekolah 2020. Insha Allah sempat lagi nak kumpul duit kan.
Kenapa pilih Pakej Umrah TH Travel & Services?
Sebab Tabung Haji tu sendiri. Kalau nak pergi yang ditaja dan subsidi, kena ikut turn. Tapi MF dah niat dah kalau ada rezeki MF nak buat umrah dulu dengan keluarga guna pakej TH ni..
Pengalaman
Bukan apa, TH Travel & Services ni dah lama bertapak kat negara kita. Pengalaman lebih 47 tahun kendalikan orang pergi haji dan umrah. Jadi, MF memang yakin dengan Tabung Haji ni.
Pengurusan yang effisien
Dan yang buat MF lebih yakin dengan kukuh ya company ni dibawah kelolaan Tabung Haji sendiri ialah bila MF sendiri pernah join satu program tabung haji menjadi fasilitator tabung haji menguruskan kursus jemaah haji. Jadi, MF tengok sendiri macam mana pengendalian kakitangan Tabung Haji dalam mengurus bakal jemaah haji.
Sangat teratur, tersusun dan efisien serta menjaga semua kebajikan bakal jemaah haji. Itu buat MF yakin dengan Th ni.
Pakej umrah yang murah dan berbaloi
Selain tu, pakej umrah hang tawarkan juga berbaloi dan sangat mampu. Senang kata murah lah... Boleh sangat kalau nak pergi buat umrah bila-bila masa.
Perkongsian pengalaman dari orang terdekat
Dan lagi.. Pengalaman jiran MF sendiri pergi umrah dan haji yang pernah diceritakan kepada MF buatkan MF bertambah yakin dengan pakej umrah ini.
Insha Allah, MF yakin dengan syarikat ini yang dijamin selamat dan sangat berpengalaman mengendalikan jemaah haji dan umrah.
Apa pun MF kongsikan juga sedikit tips untuk memilih pakej umrah yang menarik dan terbaik.
Sebab sekarang ni banyak sangat syarikat yang buat pakej umrah, sampai tak tau nak pilih kan.
Panduan memilih pakej umrah yang terbaik
1. Kaji selidik latar belakang syarikat
Buat sedikit carian tentang latar belakang syarikat. Selidik betul-betul siapa pengasasnya. Bukan apa, sekarang ni banyak scammer kan. Jadi kena selidik betul-betul.
2. Pengalaman mengendalikan umrah/haji
Syarikat yang popular, pasti akan jadi sebutan orang. Orang sebut syarikat atau agent terus orang kenal. Macam Tabung Haji & Travel ni, sebut je orang dah tau dah.
3. Mutawif yang berkelayakan
Kena juga kenal pasti siapa yang jadi mutawif yang mengendalikan serta menguruskan jemaah haji atau umrah.
4. Pakej yang ditawarkan
Pakej yang ditawarkan biasanya banyak. Pilih yang mudah dan berbaloi dengan harga.
5. Pengurusan yang efisien dan mudah
Carilah pakej umrah dengan pengurusan yang efisien dan mudah. Dari segala kursus, visa, kelengkapan dan sebagainya. Supaya kita tak terbuang duit begitu sahaja.
MF rasa, cukuplah lima panduan asas tu.
Pakej Umrah TH Travel & Services bagi MF sangat berbaloi dan menepati kriteria yang MF inginkan. Memang teringin sangat. Moga ada rezeki dapat tunaikan umrah dengan servis TH ni...
Insha Allah.
Kalau korang nak tengok pakej umrah TH ni, boleh rujuk laman web TH
Doakan impian MF dan keluarga tercapai nak pergi umrah tahun depan... Insha Allah...
mudah-mudahan dimakbulkan olehnya
BalasPadamInsaAllah ada rezeki nanti boleh pergi. Teringin juga nak jejak kaki ke sana. :)
BalasPadam