Jalan-jalan ke Penghujung Benua Asia!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jalan-jalan ke Penghujung Benua Asia! | Cuti Hari Deepavali, rata-rata keluar berjalan dengan kengkawan.

Awal cuti tak plan nak ke mana. Takde mood betul nak jenjalan pun... Tapi dok rumah rasa bosan pula.

Setelah berbincang dan tutup buka apps booking.com kat phone, dan suami pun tanya jiran tempat best kat Johor, dicadangkan ke Tanjung Piai...

Terus MF setuju... Tak plan juga nak book mana-mana hotel... cuma niat nak bawa anak jenjalan keluar dari rumah je. Dan juga menunaikan hajat anak-anak nak tengok laut dan pantai.

Tapi standby juga sepasang baju untuk tidur mana-mana hotel bajet last minit.

Lepas siap-siap, lepas solat Zohor, kami gerak ke Tanjung Piai berpandukan Offline Google Maps pada MP5 Car Player.

Seronok plak, sebab Maps tu bawa jalan kampung yang sungguh menghijau... rasa tenang dan best je... Perjalanan 2 jam lebih tak terasa langsung. Anak-anak pun behave dan tak meragam dalam kereta.

Elok sampai dalam jam 3 petang ke Taman Negara Tanjung Piai.

Agak ramai orang sebab hari Ahad, serata orang datang bercuti...

Terus parking percuma di tempat yang disediakan dan ke kaunter untuk beli tiket.

Harga Tiket Ke Taman Negara Tanjung Piai

RM5.00 untuk dewasa Warganegara
RM3.00 untuk kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas
dan percuma untuk kanak-kanak bawah 6 tahun.

Tiket yang sangat murah...

Lepas beli tiket, terus masuk ke laluan yang disediakan. Ada penunjuk arah.


Memula tu masuk untuk tengok video tayangan dan galeri tentang hutan bakau.

Kemudian, terus je kami jalan untuk ke destinasi, iaitu Penghujung Benua Asia.

Jalan-jalan ke Penghujung Benua Asia, cuti ke Tanjung Piai Johor, harga tiket ke taman negara tanjung piai,

Jalan-jalan ke Penghujung Benua Asia! 

Di setiap pelantar pejalan kaki tu, ada ditulis berapa KM kita akan berjalan. Lebih kurang 1.2KM berjalan kaki untuk sampai ke hujung. Fuhhh... marathon... boleh tahan...

Disebabkan dah alang-alang sampai kan, teruskan je berjalan. Laluan pejalan kaki yang dibuat dari kayu bakau cukup lah untuk jalan selisih kiri dan kanan. Tapi, yang mencabarnya kena dukung anak... Hahaha...

Jalan-jalan ke Penghujung Benua Asia, cuti ke Tanjung Piai Johor, harga tiket ke taman negara tanjung piai,

MF dukung Muasyira dan suami dukung si bongsu Mu'allim. Muasyira tu dah tak larat kadang MF suruh juga dia jalan. Kalau time orang ramai, MF dukung semula... 💪💪💪

Selepas berpeluh jalan, akhirnya sampai juga ke mercu tanda Penghujung Benua Asia.

Memang sabarlah sikit kalau nak bergambar, ramai orang kan... Ikut turn lah siapa sampai dulu.

Lepas ambil 3 4 keping gambar family... Kami terus je gerak untuk ke tepi jeti pula. Bagi peluang orang lain pula merasa bergambar.

Tapi kan.. Elok sampai pertengahan jalan menuju ke jeti, boleh pula si anak nak terkucil... Adehh...

Terus dengan pantas, gerak patah balik... Bayangkan jalan laju sambil dukung anak yang lebih dari 10kg tuh... Fuhh.. Nak tercabut paru-paru...😅😅😅

Dah selepas ke tandas, tak jadi dah nak ke jeti... terus je ke depan, bergambar di depan pula. Orang pula makin ramai dah... sebab petang makin redup kan..
Jalan-jalan ke Penghujung Benua Asia, cuti ke Tanjung Piai Johor, harga tiket ke taman negara tanjung piai,

Alhamdulillah, lepas hajat nak jenjalan walaupun singkat je masanya. Cukuplah kan...

Lepas tu kami semua patah balik, tak larat nak balik terus ke rumah, kami check in hotel bajet di Gelang Patah. Namanya pun hotel bajet, boleh lah setakat nak membetulkan pinggang.

Keesokkannya, terus je balik dan singgah ke Mydin beli barang dan balik semula ke sarang... haha... 3 hari tak hilang lagi sakit badan penangan marathon sambil dukung anak ke penghujung benua Asia. haha... 😂😂😂

Gitu jelah percutian singkat kami sekeluarga kali ni.

Insha Allah, hujung tahun cuti lama sikit dan rancang perjalanan dan ke tempat yang best-best lagi... Insha Allah, moga ada rezeki. 😊😊😊

Anak bongsu dah besar, baru ada mood nak jenjalan sikit... Masa anak kecil malas betul nak keluar berjalan. Sebab nak layan karenah anak tu perlukan kesabaran yang tinggi...

Skian...

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. bestnya jalan masuk hutan. Rasa sejuk dan tenang je kan. Lama tak masuk hutan.

    BalasPadam
  2. akak pun pernah ke sana beberapa tahun dulu.Sekarang ni kat area situ dah ada chalet kan...Bestlah bawa budak-budak kenal alam semulajadi..seronok rasanya..

    BalasPadam
  3. bestnya cam nak g balik tanjung piai ni.. dulu ada pegi dgn uncle masa duk gelang patah

    btw jemput join, http://www.zianaeunos.com/2019/10/segmen-jom-tukar-link-bloglist.html

    BalasPadam
  4. best pergi sini .. kita suka ..

    BalasPadam
  5. nak ke sana, kene pakai kasut yang selesa... memang kene berjalan jauh2... seronok kala pergi waktu pagi sebab masih sejuk lagi

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^