Ini Cara Dapatkan Cashback Bila Tukar Tayar Kereta Baru

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini Cara Dapatkan Cashback Bila Tukar Tayar Kereta Baru | Tayar kereta satu keperluan dan satu maintenance kereta yang wajib dijaga bagi sesiapa yang pakai kereta.

Tapi tak ramai alert bab nih... Selagi kereta tu tak nampak botak, selagi tu tak tukar. Sedangkan tayar kereta ni ada expired dia tau. 

MF, alhamdulillah dikurniakan suami yang memang alert bab kereta. Jadi banyak belajar dari dia. 

So, segala maintainace kereta macam bateri, tayar, minyak hitam, minyak enjin, timing belt dan segalanya dia akan ingatkan bila nak kena tukar. 

Sebenarnya nak tukar sesuatu barang gantian kereta memang rabak juga la poket... Takde dah puluh-puluh semuanya ratus bahkan kalau tak jaga dan maintainace ikut masa, boleh cecah ribuan ringgit. Jadi, sebab tu  kena tukar ikut masanya.

OK, untuk tayar biasanya tahan 2 tahun lebih la untuk kegunaan harian biasa. Kalau yang agak lasak atau selalu jalan jauh... 2 tahun cukup kena tukar. Tu pun kalau bunga tayar tebal dan tak nampak botak.

Kalau tayar jenis mahal tahan 3  tahun lebih... Macam tayar Continental. Tu memang tayar mahal sebiji 3 4 ratus, tapi bagus dan tahan lama. 

Kalau yang biasa-biasa macam tayar Malaysia, Thailand atau Indonesia 2 tahun tu dah standby la untuk tukar tayar baru.

Tayar baru harga ikut spec. Kalau tayar kereta kami yang pakai sport rim yang agak lebar, harganya paling murah RM200 la.. Tu pun dapat harga tu sebab member rapat suami MF. Tauke cina tu dah lama kawan, jadi dapat harga murah. 

So, kami tukar 4 biji terus, alang-alang ada modal lebih kan... RM800 la juga terbang untuk tayar. 

Tapi, kami dapat balik cashback RM280... 

Cara tukar tayar kereta, Tips tukar tayar kereta, tayar kereta terpakai, tayar terpakai, cara jimat tukar tayar kereta

Ini Cara Dapatkan Cashback Bila Tukar Tayar Kereta Baru 


Caranya, tayar lama korang tu jangan tolak terus kat kedai cina tu, tapi bawa balik.

Dah bawa balik, korang ambil gambar dan masuk kat marketplaces di Facebook. Share kat group penduduk sekitar dekat dengan rumah korang. 

Cara tukar tayar kereta, Tips tukar tayar kereta, tayar kereta terpakai, tayar terpakai, cara jimat tukar tayar kereta

Insha Allah, Pasti ada je orang berebut nak beli. Korang tunggu je orang PM dan call... Insha Allah... Ada je... 

Tayar terpakai boleh dijual untuk orang yang low Bajet.. Mungkin Kereta lama yang tak jalan jauh... Jadi, buat apa nak beli tayar baru kan kalau kereta jarang jalan jauh. Mesti diorang akan cari tayar terpakai.

Itulah cara kami dapatkan cashback bila tukar tayar kereta.

Ni ada dua lagi tayar kereta viva masih belum ada orang ambil. Tapi dah ada orang booking nak beli... 

Jual aje murah-murah... Sebiji RM50 pun ok... Ikut pada keadaan tayar lah... Kalau bunga masih tebal, tahun pun tak lama sangat... Masih laku kalau letak harga RM70-RM90.

So, kalau korang kira balik... 

RM800 harga tayar baru 4 biji
Cashback RM280 sebab kami jual RM70/sebiji tayar. 

Kira balik dalam RM520 je modal 4 biji tayar baru dengan tahun yang baru... Kalau bahagi dengan 4 biji, kira jatuh sebiji tayar RM130 je sebiji tayar... Hah! Mana nak cari kan. Kat kedai pun tak dapat harga tu.

Ini contoh je la... Harga tu boleh negotiate la.. Sampai jadi. 

Sebenarnya, tayar kereta kita tu pun kalau kat tukar kat kedai tayar tu, dia jual juga sebagai tayar secondhand. Jadi, kalau kita jual sendiri... Dapat la duit lebih. 

Tapi, ada sesetengah orang malas nak ambil kisah kan.. Mungkin tak berminat... 

Tapi bagi kami.. Tu lah cara kami jimat dalam buat maintainace kereta. 

Apa-apa barang kereta suami MF akan bawa balik... Sebab boleh jual balik. Sama juga dengan bateri... Bateri lama tukar dengan bateri baru... Atau jual kat besi buruk pun boleh.

Dapatlah duit poket topup untuk belanja bini beli baju baru... Hehe.. 

OK, itulah kisahnya Cara Dapatkan Cashback Bila Tukar Tayar Kereta Baru.

Semoga bermanfaat... 

Tak suruh ikut ye... Kalau nak ikut cara ni pun boleh.. Ikut kepada keperluan masing-masing... Sekadar perkongsian pengalaman... 

Catat Ulasan

3 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^