GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

3 Syarat Utama Untuk Mula Simpan Duit

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

3 Syarat Untuk Mula Simpan Duit | Nak simpan duit, mudah sebut di mulut tapi payah nak buat.

Dengan hidup yang serba serbi perlukan duit... Bukan mudah untuk simpan duit.

Tapi, kata orang simpan lah duit untuk masa depan. Kita tak tau apa akan jadi pada masa akan datang.

Lagi banyak duit, lagi payah nak simpan

Lagi banyak duit kita ada atau kita dapat, lagi mencabar nak simpan sebab keinginan semakin tinggi juga masa tu. 

Jadi, tak hairan kalau kita kata ada orang tak cukup duit aje... Sebab bukan duit tak cukup... Tapi kehendak yang banyak... 

Eh.. Tapi betul ke statement tu? 

Apa pun, MF nak kongsikan 3 Syarat utama kalau nak mula simpan duit. 

Cara mudah simpan duit, cara nak mula simpan duit, syarat kumpul duit.

3 Syarat Untuk Mula Simpan Duit yang boleh kita praktikkan bersama.

1. Jangan selalu check baki

Kalau makan gaji, atau simpan duit di bank jangan selalu check baki.

Sebab bila dok tengok duit masih ada.. Masa tu kehendak kita akan datang.

Jadi, buatlah lupa dengan apa yang ada dalam bank tu... Anggap tak wujud pun tak pa.

2. Jangan beli benda tak perlu

3 Syarat Utama Untuk Mula Simpan Duit

Kena selalu buat wishlist... 

Buat ikut keutamaan.. Memang semua kehendak tapi dahulukan yang mana keperluan. 

Macam mana tu?

Yang mana satu kita lebih perlukan... 
Tapi kalau MF keperluan anak MF lah selalu dahulu kan.. Sebab tu duit banyak habis kat anak berbanding pada diri sendiri. 

Kat diri sendiri ni, kalau boleh cari yang murah je. Kalau tak, takde pun takpe... 

3. Jangan terikut dengan Trend "apa orang lain ada"


Nak simpan duit kena buang trend ni.. 
Jangan mudah ikut.. Owh.. Apa orang ada aku nak juga... 

Apa orang lain pakai aku nak juga... 

Apa sahaja fesyen terkini mesti kena try... 

Buang kan sikap nih... 
Biarlah dikatakan old school pun.. Asalkan duit kita ada... Dapat simpan duit. 


Cara mudah simpan duit, cara nak mula simpan duit, syarat kumpul duit.


OK.. Tu antara 3 Syarat utama untuk mula simpan duit.

Kalau dapat buat 3 benda ni. Insha Allah.. Yang lain kita dapat buat juga. 

Dan sebenarnya, kesimpulan mudah dari syarat ni.. Jangan ikut nafsu dan kehendak sangat. Kalau tak memang tak dapat simpan.. 

Simpan lah walaupun sedikit.. Asalkan ada simpanan... Moga bekalan untuk masa hadapan. Agar tidak menyusahkan orang lain. Insha Allah... 

Sekian...


P/s: Fuhh.. Moga dapat simpan duit lepas ni..

Sumber gambar: Google images 

4Ulasan

  1. In shaa Allah LZ akan terus konsisten membuat simpanan walaupun kadang-kadang derhaka kepada prinsip menabung..

    BalasPadam
  2. nak kumpul tu senang, tapi bila dah kumpul .. mulalah rasa nak menggali tabung balik. hahaha

    BalasPadam
  3. Jenuh juga nak memenuhkan tabung. Tak sempat nak penuh nak kena korek semula.

    BalasPadam
  4. Bagus tips ni maria.. yg pnting ukur bj d bdn sendiri.. klu ade buku akaun umh lg sng.hehehe..slm singgah..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ