بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Cara Nak Kira dan Buat Pinjaman Perumahan Kali Pertama | Dah hampir lapan tahun perkhidmatan, memang tengah survey rumah untuk dijadikan aset masa depan.
Kalau nak pinjaman perumahan kerajaan dengan LPPSA mudah lulus, ada beberapa tips yang elok untuk kita amalkan sebelum buat permohonan. Barulah senang lulus. Seperti yang dikongsi blogger Nikmatterbaik disini.
Tapi sebenarnya memang nak mencari rumah yang lebih besar... sebab anak 4 kan... Bila dah makin besar, pasti nak rumah yang lebih besar dan selesa.
Pernah juga la beberapa kali pergi lihat beberapa rumah contoh...
Tapi bila fikirkan kewangan sekarang, terpaksa lah simpan dulu niat tu...
Moga, 2 tahun lagi, mungkin ada rezeki beli rumah lain.
Apa pun, nak beli rumah pertama, nak buat pinjaman tetap kena ada ilmu...
Kalau penjawat awam, boleh buat pinjaman perumahan kerajaan atau pinjaman bank.
Lebih kurang je... cuma kita nak kira berapa layak kita dapat pinjaman tu... itu ada formulanya.
Dalam mencari tips dan info, terjumpa info ni... menarik untuk MF kongsi... dan MF simpan kat blog ni untuk rujukan masa depan.
Cara Nak Kira dan Buat Pinjaman Perumahan Kali Pertama
Cara Bank Kira Pinjaman Yang Kita Layak Dapat
Ehem, ini adalah contoh yang biasa bank gunakan dalam mengira berapakah jumlah pinjaman yang layak kita terima.
.
Sistem pengiraan ini biasa dipanggil sebagai DSR (Debt Service Ratio). Jika tetuan berjumpa pegawai bank bahagian pinjaman perumahan dan tunjuk yang tuan tahu tentang DSR, maka mereka lebih suka untuk berurusan dengan kita kerana lebih mudah.
.
Memahami DSR adalah kunci yang membuka dunia pinjaman hartanah. :)
.
Pertama sekali, kita perlu kira berapakah bayaran ansuran bulanan yang sepatutnya kita bayar berdasarkan jumlah pinjaman kita. Cara congak yang paling mudah adalah Jumlah Pinjaman bahagi 200.
Jumlah pinjaman (bahagi) 200 = Jumlah anggaran ansuran bulanan yang kena bayar kat bank.Contohnya:
Jumlah Pinjaman = RM 350 000
Ansuran Bulanan = RM 350 000 / 200 = RM 1750
Ehem, ini cara congak kasar ya. Kalau kita rujuk pegawai bank pun mereka akan congak lebih kurang begini juga.
.
Maka, katakan kita ambil RM 1750 sebagai jumlah ansuran bulanan pinjaman perumahan kita.
.
Formula dan cara kira DSR
Seterusnya adalah mengira DSR. Formula dan cara kira DSR adalah:.
DSR = (Hutang Bulanan / Pendapatan Bulanan) x 100.
Contohnya, kita gunakan maklumat seperti di bawah:
.
Pendapatan sebulan = RM 3500
.
Hutang kereta = RM 450
Hutang motor = RM 250
Hutang Peribadi = RM 500
Hutang Kad kredit = RM 750
.
Total hutang = RM 1950
.
Ya, hanya gunakan hutang yang masuk dalam sistem CCRIS ya. Hutang kawan dan duit beri pada ibu bapa setiap bulan tidak termasuk dalam kiraan ini.
.
Maka, DSR = (1950/3500) x 100% = 55%
.
Itu adalah DSR semasa sekarang.
.
Untuk kiraan DSR selepas pinjaman, kita perlu masukkan ansuran bulan yang telah kita congak tadi ke dalam kiraan DSR:
.
DSR = (1950 + 1750 / 3500) x 100% = 105%
.
DSR yang bank akan luluskan setiap bulan adalah kurang daripada 70%. Namun ia berubah-ubah mengikut bank dan juga selera pegawai pinjaman yang menguruskan pinjaman kita. Maka sila semak dengan pegawai yang menguruskan pinjaman kita.
.
Merujuk contoh kiraan di atas, permohonan ini akan ditolak oleh pegawai pinjaman kerana ia jauh melebih kadar yang dibolehkan. Daripada formula DSR tadi juga, kita boleh kira berapakah harga rumah yang mampu kita beli berdasarkan DSR semasa:
.
Katakan kita rujuk DSR maksimum adalah 70%, maka kita boleh ubahsuai formula DSR agar memfokus pada hutang bulanan:
Hutang Bulanan Maksium = (DSR maksimum / 100%) x Pendapatan Bulanan.
HBm = (70% / 100%) x 3500 = 0.7 x 3500 = RM 2450
.
Hutang Bulanan Maksimum (HBm) - Total Hutang Sekarang = Ansuran Perumahan Bulanan
2450 - 1950 = RM 500
.
Kita boleh 'congak' total pinjaman perumahan daripada ansuran bulanan berdasar Rule 200 pada permulaan post ini:
.
Jumlah Ansuran Bulanan * 200 = Total Pinjaman Perumahan
.
RM 500 x 200 = RM 100 000
.
Ya, dalam contoh ini, kita hanya mampu meminjam RM 100 000 untuk beli rumah berdasarkan DSR semasa kita.
.
Bagaimana caranya untuk meningkatkan jumlah ini? Rujuk semula formula DSR dan tetuan akan dapat jawapannya.
Kredit: Izwan Wahab
nice sharing
BalasPadam