div id='header-inner'>

Hati-hati Buat Review Kot Jatuh Hukum Haram dan Berdosa Tanpa Sedar

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hati-hati Buat Review Kot Jatuh Hukum Haram dan Berdosa Tanpa Sedar | Artikel ni ditulis bukan untuk kecam sesiapa. Sekadar sebagai peringatan untuk diri sendiri dan pembaca dan sesiapa yang biasa buat Review.

Review adalah pandangan peribadi tentang sesuatu isu semasa, barangan, perkhidmatan ataupun produk.

Review ni jadi satu punca pendapatan bagi Blogger instagrammer, vlog dan seumpamanya.

Dalam mencari rezeki dari Review ni tetap tak terlepas dari hukum halal dan haramnya.

Kalau sebut Haram, orang tau yang Haram Review ialah seperti iklan arak, judi yang popular seperti casino atau iklan tempat pelacuran.

Tapi tahu tak sebenarnya ada beberapa Review yang sebenarnya Haram dan Berdosa juga tanpa kita sedari.

Walaupun dosa tu dosa kecil tapi tetap dosa.

Hati-hati Buat Review Kot Jatuh Hukum Haram dan Berdosa Tanpa Sedar 

Review Yang Membawa Kepada Haram dan Berdosa

Review Yang Membawa Kepada Haram dan Berdosa


1. Menampakkan aurat

Review yang secara terangan menampakkan aurat kita. Sama ada lelaki atau wanita ada auratnya. Semua orang sedia maklum dah batasan aurat ni... Cuma tak praktik ja.

Contoh review produk untuk rambut... Atau losen badan yang nakkan kita tonjolkan anggota badan yang sememangnya aurat bagi kita.

Juga review pakaian yang menampak susuk tubuh badan kita..  Biasanya wanita atau fashion blogger kena fikirkan bab ni juga.


  1. Mungkin juga penyebaran gambar aurat orang lain juga diambil kira. Jadi, kalau dapat job review pakaian, pastikan pakaian yang menutup aurat. . Jika tidak menutup aurat cukup sekadar pakaian bukannya model yang memperagakan. 


Atau juga review produk yang membolehkan orang yang membaca membayangkan aurat kita.

Contohnya, review produk untuk banyak kan susu... Produk untuk jaga bahagian intim wanita. Hati-hati Buat Review bila produk sebegini... Jangan sampai orang baca, boleh bayangkan aurat wanita atau lelaki.

2. Review Mengajak Ke Arah Maksiat 

Maksiat ni bukan maksud couple love-love tu je. Maksiat ni ialah semua perkara yang Allah tak suka.

Contohnya maksiat mata... Contoh ajak orang tengok movie yang memaparkan aksi yang berlebihan.

Kalau ikut Dr. Zaharuddin dalam artikel yang MF baca, review filem atau drama atau rancangan TV yang secara terangan memaparkan aurat dan percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram adalah Haram.

Walaupun kita nak sampaikan info dan pengajaran dari movie atau drama tu tapi jangan sampai merelakan perbuatan maksiat pelakon yang lakonan watak itu.

Contoh, drama yang ada aksi atas katil, movie yang ada pegang-pegang atau peluk cium bagai...

Huhu... Tersentak MF bila baca artikel tulisan Dr. Zaharuddin ni.. Terasa betul... Nampaknya kita dah buat dosa kecil.

Nak penjelasan lanjut kenapa Review filem dan drama tu Haram korang boleh baca di Artikel Ini.


Review Yang Membawa Kepada Haram dan Berdosa
screenshot dari artikel dari www.zaharuddin.net 

3. Review Yang Menipu 

Review menipu ni contohnya kita guna produk tu tak berkesan mana pun, tapi sebab dibayar kita pun kata ianya berkesan...

Sama juga dengan Review makanan kat restoran... Harga mahal dan tak sedap, kita kata sedap dan murah..

Itulah secara ringkas bab Review yang Haram dan Berdosa Tanpa kita sedar.

Kalau bab pasang iklan atau banner pun sama juga... Kena tapis habis iklan yang Haram... Sama lah dengan 3 ciri di atas.

Mf sendiri pun masih dalam proses tapis lagi iklan yang ada.

Entry review movie, drama nak kena selak dan tengok balik.. Edit mana yang patut.

Lepas ni dah tak nak buat pasal movie filem lagi walaupun ianya memang menjadikan iklan dapat sambutan dan income yang kencang...

Hukum tetap hukum kan... Biar miskin kat dunia asalkan tak miskin di akhirat.

Sama-sama kita muhasabah diri dan sentiasa berubah ke arah menjadi Muslim dan hamba Allah yang baik. ☺️

Catat Komen

13 Ulasan

  1. Allahuakbar.. Terima kasih diatas perkongsian ini.. Sangat bermanfaat dan menyedarkan.. Insyaallah sama2 kite perbaiki mana yang salah..

    BalasPadam
  2. nice sharing.. kadang2 kita terlepas daripada beberapa perkara.. terima kasih sbb ingatkan..

    BalasPadam
  3. Terkedu juga AS baca.
    Bab review susu badan tu, AS pernah baca. Ada yang kata, tunjuk gambar stok susu perahan pun haram. Huhu tapi pendapat sesetengah ahli agama je, bukan kata jumhur ulama'. Huhu confuse. Sebab kita duk buat benda tu. Tayang gambar stok susu EBM huhu

    BalasPadam
  4. Allahu,terima kasih kak Maria kerana memberi peringatan yang meresap dalam hati saya nie.. Insha Allah saya akan cuba memperbaiki kekurangan dan kekhilafan diri ini..

    BalasPadam
  5. Assalamulaikum Kak Maria, terima kasih atas teguran dan peringatan. Saya juga sedang menjaga ke arah itu. Menapis segala yang buruk untuk diri untuk persiapan akhirat sana

    BalasPadam
  6. Allahu..kena belek balik juga review2 filem kat blog saya tu..takut ada yang terlepas pandang..

    BalasPadam
  7. Baru tahu, kena hati2 buat review lps ni.

    BalasPadam
  8. Mmng bab ni semua kita pn kita berhati hati. Yela, bab jatuh haram tu yng tkut tu.

    BalasPadam
  9. Terima kasih di atas peringatan.. follow sini. harap sudi follow blog ejulz jugak :)

    BalasPadam
  10. terima kasih atas prringatan kak.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)