بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
3 Cara Mudah Transfer Gambar Ke Komputer Tanpa Kabel USB! | Bagi blogger macam MF ni... gambar satu input penting untuk di masukkan dalam entry... Untuk info biasa-biasa MF google je.. tapi kalau untuk review produk atau review perkhidmatan atau makanan, MF kena la guna gambar yang diambil sendiri. MF ambil gambar guna smartphone je... tiada kamera khas pun... Jadi, bab nak transfer gambar kadang rasa malasnya... nak kena sambung USB pula kan..
Tapi kini MF dah malas nak guna USB lagi... ada tiga cara mudah MF transfer data atau gambar dari smartphone atau tablet ke PC dan laptop tanpa USB.
1. Bluethooth

Cara biasa ni.. tapi bagi PC kena la beli bluethooth connector... Murah je.. dalam belasan ringgit... Tapi cara ni memang ambil masa lama untuk transfer.. kalau file yang banyak dan besar, memang berjam-jam la tunggu.
2. Wifi File Transfer
Cuma download je applikasi Wifi File Transfer (KLIK SINI untuk download - untuk pengguna Android) kemudian pada smartphone atau gadjet kita, tekan start... kemudian akan keluar iP Address... Taipkan iP Address tu pada browser di komputer atau laptop kita...
Nanti akan keluarlah semua file yang ada pada smartphone kita tu... Cuma perlu ingat, sambungan internet pada gadjet dan komputer/laptop perlu guna wifi yang sama.
3. SHAREit
Cara pun mudah juga... Cuma kena pastikan ada sambungan internet pada laptop/komputer dan juga gadjet kita. Cara nak transfer lebih kurang macam guna bluetooth tu juga... kena search device dan kemudian terus je transfer... cuma bezanya, guna aplikasi ni lebih cepat berbanding bluetooth.
Untuk pengguna Android, boleh download aplikasi SHAREit DI SINI. Tapi bagi pengguna Lenovo, tak perlu nak download dah, sebab dah memang ada siap-siap...
Ada banyak cara lain.. tapi MF kongsikan 3 cara ni yang MF biasa guna... Moga bermanfaat.
UPDATE
Telegram Channel
Cara lain bagi yang sama jenis phone ada fungsi untuk transfer guna telegram channel...
MF create satu channel... Khas untuk simpan gambar-gambar untuk blog.
Terbaik la sis.
BalasPadamsalam kak saya biasanya guna bluetooth
BalasPadamWah good sharing maria..
BalasPadamKalau sy selalu pakai bluetooth dr phone ke lptop je, hehe..mlas nak cucuk usb
BalasPadam