GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Telemovie Insan Terpilih (TV3) Adaptasi Kisah Benar Hussein Gila

Telemovie Insan Terpilih (TV3) Adaptasi Kisah Benar Hussein Gila | Semalam sempat tengok Telemovie TV3... Satu slot tv yang MF suka tengok. Kalau drama memang tak layan tapi Telemovie MF akan tengok sebab cerita habis kan.. Takde sambung-sambung.

Telemovie semalam menjadi trending juga sebab drama yang menyentuh hati... 

Sinopsis Telemovie Insan Terpilih 

Telemovie TV3, drama insan terpilih, Kisah benar Hussein Gila, sinopsis Telemovie TV3, sinopsis Telemovie Insan Terpilih

Telemovie Insan Terpilih mengisahkan Firdaus yang digelar gila oleh orang kampung kerana perangainya yang pelik. 


Dia selalu ke surau tapi bukan untuk solat tapi untuk bersihkan surau, susun selipar jemaah... Tapi dia tak solat tapi memudahkan orang lain solat. 

Dia selalu bagi makan kat binatang lain seperti semut. Memang pelik perangai dia. Tapi dia tak kacau orang lain. Bahkan orang sedekah duit pun dia tak ambil.. Dia kata dia ada kaki tangan untuk cari rezeki, bukan untuk minta kat orang. Sentap!

Memula orang kutuk dia... Tapi ada beberapa babak yang buatkan kita tersentak... 

Ending Telemovie ni sangat sebak... Seolah dia tahu dia tak lama kat dunia ni.. Dia sebak bila lihat surau. Permintaan terakhir dia, dia nak azan kat surau. 

Memula orang kampung mengata juga, tapi sebab hajat dia pak imam bagi je dia azan..  Sangat menusuk QALBU sesiapa yang dengar... 

Esoknya dia meninggal dalam keadaan yang mulia. Kehilangan dia membuatkan orang kampung terasa. Dan hadirnya dia untuk pengajaran semua supaya tak buruk sangka dengan orang yang kita rasa tak sempurna di mata kita. Tapi sempurna dan mulia di sisi Allah. 

Telemovie Insan Terpilih (TV3) Adaptasi Kisah Benar Hussein Gila

Dan sebenarnya, Telemovie ni adalah kisah benar yang benar berlaku di Klang, Selangor. 

Nama kepada watak sebenarnya ialah Hussein... Memang ada rupanya orang sebegini... 

Kalau nak baca kisah yang sebenarnya, boleh baca kat :
>>https://siakapkelinews.blogspot.com/2017/09/patutlah-lama-tak-nampak-hussien-gila.html<<<

Memang menyentuh hati Telemovie ni.. Kalau ada yang terlepas tengok boleh tonton kat Youtube TV3. 

Tahniah kepada pelakon dan penerbit serta pengarah yang berjaya mencuit dan menyentuh hati penonton...

Supaya drama dan Telemovie sebegini lebih banyak ditayangkan di kaca tv kita untuk mendidik masyarakat kita... Ni tidak.. Asyik drama cinta je kan...

Drama sebegini yang bagus dan kita patut ketengahkan untuk mendidik sivik dan jiwa masyarakat.. Tapi malangnya, tak ramai menonton dan tak lah jadi viral sebagaimana drama yang sweet tu.. Hmmm.. 

Pengajaran:

Mulianya hati mereka yang kita rasa gila, buruk, busuk berbanding kita yang cantik dan kemas tapi mempunyai hati yang busuk. Sangat jauh darjatnya di sisi Allah.. 

Allah tak lihat rupa luaran kita, tapi Allah lihat hati kita.. Itu yang membezakan kita di sisi Allah... 

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ