Mee goreng Gardenia

Mee goreng Gardenia
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Mee goreng Gardenia | Gardenia, siapa tak kenal... Sebut gardenia terbayang roti je... Memang popular roti ni kat negara kita.

Walaupun ada banyak pilihan roti, tapi Gardenia antara yang popular dan ramai orang suka.

Gardenia tak terhad kepada roti sahaja sekarang ni. Bila gardenia mengeluarkan produk lain, iaitu mee kuning.

MF teruja masa baru-baru keluar produk ni. Tapi kat tempat MF ni payah betul nak dapat.

Tapi, semalam suami MF ke kedai ternampak mee kuning ni dan terus beli. Saja nak mencuba. Sama tak rasanya dengan mee kuning yang biasa ada di pasaran.

Mee goreng Gardenia. 

Mee gardenia, produk muslim

Kebetulan pagi ni cuti, jadi MF ada peluang masak sarapan pagi untuk keluarga.

Nak masak mee goreng biasanya kena banyak bahan kan.. Baru hilang bau mee dan rasa kapur pada mee tu...

Tapi, kali ni MF takde pilihan... Bahan yang ada hanya tauge dan telur. Jadi, kena goreng mee kosong je lah... Pasrah lah kalau bau mee nanti..

Bebas bahan pewarna dan bau kapur

Kebiasaan, Sebelum masak mee, kena basuh dulu mee tu untuk hilangkan warna dan bau kapur pada mee tu kan.. Tapi tidak pada mee gardenia ni.  Memang takde pewarna dan juga bau kapur...

Basuh sikit-sikit je... Terus je boleh digoreng. MF goreng pun tak lama... Masukkan je mee dan tauge dalam bahan sambal, terus kacau rata.. Terus tutup api.

Mee gardenia, produk Muslim, mee goreng sedap

Siap... Dan terus boleh dimakan.

Rasanya kenyal dan sedap 

Memang sedap mee Gardenia ni..  Kenyal dan takde bau walaupun bahan tak banyak kita guna. Buat mee kosong je pun dah sedap. Lebih sedaplah kalau tambah bahan lain.

Memang patutlah beli mee ni... Sepeket tu dalam 450g..  Tapi MF masak tadi memang cukup untuk MF sekeluarga 5 orang makan... Harga murah je.. RM1.50 je sebungkus.

Jadi, jom support mee gardenia yang sememangnya #produkmuslim. 
Share This :
Maria Firdz

Maria Firdz: Teacher, Housewife to Mr.Firdz, Mom to 3 daughters and 1 son | Lifestyle blogger, Like to sharing everything and usefull info to all of you.For any collaboration please email: myfirdaussy@gmail.com

avatar
Maria Firdz person

LZ pun guna mee keluaran Gardenia ni.. Memang sedap dan lembut..

Delete 9/06/2019 6:22 PTG
avatar
Maria Firdz person

Yup... Kita beli mee basah memang tak simpan dalam peti... Sebab mmg akan kering dan rapuh nanti...

Delete 9/06/2019 6:22 PTG
avatar
Maria Firdz person

nice sharing...

Delete 9/06/2019 6:22 PTG
avatar
Maria Firdz person

Nampak sedap tu ha..tapi kan..mee gardenia ni tak leh simpan dalam fridge dalam tempoh lama, dia akak jadi rapuh..seeloknya time beli tu terus masak je...

Delete 9/06/2019 6:22 PTG
avatar

Saya tak pandai masak mee, haritu try guna mee ni jadi kering kontang mee goreng saya, rasa rapuh dan tawar. hehehe failed! Bukan salah mee, salah diri, haha.

Delete 9/06/2019 11:15 PTG
Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^