GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Menghilangkan Masalah Jerebu, Jom sama-sama buat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Menghilangkan Masalah Jerebu, Jom sama-sama buat! | Jerebu semakin meruncing.. Tapi tengah hari tadi dah kurang dah... Alhamdulillah..

Tapi ada beberapa kawasan masih tinggi bacaan IPU nya.

Sampai bila nak jerebu?

Kita tak tau la kan.. Tapi sebagai orang Islam kita kena anggap ini satu bencana alam akibat tangan-tangan manusia.

Cara atasi jerebu, kaedah atasi jerebu, masalah jerebu

Cara Menghilangkan Masalah Jerebu, Jom sama-sama buat! 


Jerebu ni boleh hilang dengan banyak cara. Salah satu caranya ialah dengan hujan. Persoalannya bagaimana nak hujan turun?

Selain usaha pembenihan awan, al-Quran mengajarkan langkah yang paling mujarab untuk bagi hujan turun iaitu dengan memperbanyakkan ISTIGHFAR.

Ilmu ini diambil terus dari Al-Quran, Surah Nuh, ayat 10 hingga 12 yang bermaksud, " Maka aku katakan kepada mereka: “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan untukmu sungai-sungai.”

Maka perbanyakkanlah beristighfar...

أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم

Ye, betul. Kalau kita semua pakat-pakat ramai-ramai ucap istighfar, insyaAllah hujan akan turun dengan banyaknya.

Bila hujan turun, hilanglah jerebu ini. InsyaAllah.

Kelebihan Istighfar 

  • Cara atasi jerebu, kaedah atasi jerebu, masalah jerebu


Istighfar ni bukan saja boleh menurunkan hujan, tapi ada lagi 4 khasiat yang sangat istimewa :

❤ Kalau kita nak kaya, banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, Allah akan menambahkan harta benda kita.

❤ Kalau kita nak anak, banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, Allah akan meramaikan anak pinak kita.

❤ Kalau kita nak tanaman kita tumbuh dengan subur, banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, Allah akan menumbuhkan tanam-tanaman kita dengan subur.

❤ Kalau kita di musim kemarau pula, sungai mungkin kering, maka banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, sungai akan kembali mengalir.

Jom kita amalkan istighfar, tidak kira masa, tidak kira ketika. Jadikan ia wirid di bibir kita.

Masa kemas rumah, istighfar. Masa memasak, istighfar. Masa drive, istighfar. Masa main, istighfar. Masa berehat, istighfar.

Kalau kita tak dapat pun 5 kelebihan istighfar seperti yang saya tulis di atas, sekurang-sekurangnya, dosa kita akan diampunkan oleh Allah SWT.

Bukankah istighfar itu permohonan ampun?

Oleh : Hamba Allah via Facebook Ustaz Iqbal Zain

3Ulasan

  1. sini (alor setar) banyak hari juga hujan, dah dua haro tak hujan jerebu tebal semula

    BalasPadam
  2. betul tu maria .. time jerebu mai mula lah nak ingat sekejap.. allah semoga Allah mengampuni dosa - dosa kita.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ