GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Amboii.. Sombongnya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Amboii.. Sombongnya! | Sombong, perkataan ni semua orang tahu. Dan istilah ni sendiri pernah orang kata pada MF sendiri.

Orang yang tak kenal MF memang akan kata MF ni sombong. Bakal suami MF dulu (sekarang dah jadi suami pun) pernah kata MF sombong masa pertama kali... Sekarang orang sombong nilah jadi bini dia.. Haha..

Tapi MF biasa juga menjadi sombong dalam keadaan tertentu... Iaitu ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi lain... Itu wajib ye... Biarlah nampak sombong dan keras kerana agama melarang wanita berbual dengan lelaki bukan mahram dengan liuk lenggok bahasa yang menggoda.

tanda sombong yang ada pada seseorang.
Sumber : Google images 

Ok.. Apa pun... Apa itu sombong sebenarnya?

MF nak kongsikan... 25 tanda sombong dan ciri orang yang sombong.

Moga takde tanda ni pada diri kita...

25 tanda sombong yang ada pada seseorang. 


1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.

3. Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.

4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu dengar katanya.

5. Memandang hina kepada golongan bawahan.

6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

7. Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.

8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.

9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya & orang bawahannya.

10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.

11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.

12. Dia suka dihormati.

13. Suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar.

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu.

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.

16. Kurang menghormati pemberian orang.

17. Suka mencerita kelebihan diri.

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.

19. Kurang menikmati nikmat ALLAH SWT Kalau ada, dibazirkan.

20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.

21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.

23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain.

tanda sombong yang ada pada seseorang.

Moga takde sifat sombong ni dalam diri kita  dan biarlah sombong bertempat...

Semoga bermanfaat dan sama-sama kita muhasabah diri. 

3Ulasan

  1. Perempuan biar ada batasnya. Orang lain pun menghormati kita.

    BalasPadam
  2. samalah, akak masa mula2 masuk kerja semua org takmo kwn sbb katanya akak sombong, walau hakikatnya idok pun, skrg dh kenal baru depa nyesal kata akak sombong...

    moga kita dijauhkan dr sifat2 sombong spt di atas.. kadang tanpa sedar kita buat apa spt di atas tu... tanpa kita sedar kadag2

    BalasPadam
  3. LZ sentiasa minta dijauhkan sifat sombong dalam diri ini..
    'Sombong' kepada lelaki ajnabi memang prinsip LZ juga..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ