GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Yang Betul Pasang Bendera Malaysia

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Yang Betul Pasang Bendera Malaysia | Bendera Malaysia, tak ramai yang cakna pasal ni... Kalau kita tengok, bendera Malaysia hanya semangat orang pasang bila nak merdeka, bila hari-hari tertentu, sedangkan bendera Malaysia tu satu identiti yang patut kita bangga dan pertahankan.

Bendera lambang kedaulatan sesebuah negara. Senang kata macam maruah kita sebagai seorang warganegara. Jadi, sebagai warganegara, kita kena jaga, pertahankan sebaiknya. Tapi disebabkan arus kemodenan, kita selesa, rasa aman, kita tak cakna pasal ni... Kita tak didik anak-anak kita sayangkan bendera Malaysia. Sayang dan sedih pun ada kadang-kadang, orang tak peduli pun bendera yang jatuh, bendera kena pijak dan sebagainya.

Cara Yang Betul Pasang Bendera Malaysia

Cara pasang bendera

Baru-baru ni timbul isu, bendera dipasang terbalik. Tak pastilah sengaja atau tak, tapi logiknya lepas pasang tak kan lah tak tengok kan... Tapi takpe lah... Premis tu pun dah dikenakan kompoun.

Apa pun, mungkin ada yang tau dan ada yang tak tau cara nak pasang bendera yang betul.

Jadi, jom belajar cara pasang bendera yang betul, supaya kita tak salah dan tak dikatakan menghina negara sendiri.

Cara Yang Betul Pasang Bendera Malaysia


1. Cara pasang bendera pada kenderaan

Cara Yang Betul Pasang Bendera Malaysia pada kereta

2. Ukuran bendera dan tempat dipamerkan bendera


UKURAN DAN JENIS BENDERA
Bendera mempunyai ukuran standard bergantung kepada tujuan dan di mana hendak dikibarkan. Antara ukuran bendera tersebut adalah;

Bendera Biasa
Panjang - 183 sm (6 kaki) Lebar - 91.5 sm (3 kaki)

Bendera ukuran ini biasa dikibarkan di bangunan-bangunan, pejabat-pejabat dan juga di rumah kediaman.

Bendera Rumah
Panjang - 122 sm (4 kaki) Lebar - 61 sm (2 kaki)

Bendera ukuran ini dikhususkan untuk dikibarkan di rumah-rumah kediaman dan di dalam pejabat di mana ketinggian tiang-tiang bendera adalah terhad.

Bendera Sedang
Panjang - 244 sm (8 kaki) Lebar - 122 sm (4 kaki)
Ukuran bendera ini digunakan sebagai penutup keranda sebagai tanda penghormatan Negara.

Bendera Besar
Panjang - 366 sm (12 kaki) Lebar - 183 sm (6 kaki)
Bendera saiz ini dikibarkan di bangunan kedutaan Negara kita di luar negara. Jika di dalam negara, bendera saiz ini hanya dikibarkan di tempat-tempat tertentu sahaja. Pengibaran Bendera Besar memerlukan ketinggian tiang bendera yang bersesuaian.

Bendera Meja
Panjang - 30.5 sm (1 kaki) Lebar - 15.25 sm (0.5 kaki)
Bendera meja yang disangkutkan dengan tiang bendera mini diletakkan di atas meja dan digunakan semasa persidangan, seminar, mesyuarat dan majlis-majlis menandatangani perjanjian.

Bendera Kereta
Panjang - 30.5 sm (1 kaki) Lebar - 15.25 sm (0.5 kaki)
Bendera Kereta dikibarkan di bahagian hadapan kereta sama ada di tengah, sebelah kanan atau sebelah kiri. Penggunaan Bendera Kereta hanya dikhaskan kepada pembesar-pembesar tertentu sahaja, seperti;

  1. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong (Bendera Peribadi).
  2. Bendera Sultan/Raja/TYT Yang di-Pertua Negeri (Bendera Peribadi)
  3. Pelawat-pelawat negara asing yang mendapat taraf Tetamu Negara/Kerajaan (Bendera Peribadi atau Bendera negara masing-masing).
  4. Duta-Duta Negara Asing di Malaysia (Bendera negara masing-masing).
  5. Pegawai-pegawai Angkatan Tentera dan Polis Diraja Malaysia (Bendera Tentera atau Polis Diraja Malaysia).

Cara Hormat Bendera Malaysia

Jabatan Perdana Menteri telah menetapkan beberapa garis panduan agar penggunaan Jalur Gemilang sentiasa dihormati oleh rakyat Malaysia. Antaranya:

  1. Bendera hendaklah dipasang secara melintang sahaja. Tidak boleh dipasang secara menegak sekiranya berkedudukan statik atau tidak berkibar.
  2. Walaubagaimanapun dibolehkan memasang secara menegak sekiranya bendera disambung dalam kuantiti yang banyak (Flagline).
  3. Penggunaan bendera dalam bentuk pelbagai seperti pakaian dan sebagainya perlu dielakkan kecuali semasa sambutan Bulan Kemerdekaan dan jangka masa
  4. penggunaannya adalah terhad.
  5. Tidak boleh menggunakan bendera dalam perkara yang ditafsirkan sebagai merendahkan martabat Jalur Gemilang seperti alas meja, kain tudung, payung, songkok, topi, tuala mandi, alas kusyen dan sebagainya.
  6. Pengunaan bendera dalam pelbagai gaya dan bentuk seperti iklan dalam tujuan mempromosi sambutan Bulan Kemerdekaan dibenarkan asalkan kreativiti tersebut tidak ditafsirkan sebagai menghina bendera.
  7. Mengibarkan bendera yang telah uzur seperti telah pudar warna dan koyak adalah satu kesalahan atau ketidakwajaran.


Itu, sedikit sahaja perkongsian tentang cara memasang bendera. Kiranya itu pengetahuan asas kita sebagai rakyat biasa. Tapi bagi premis kerajaan, premis perniagaan, ada juga caranya yang telah ditetapkan dalam cara memasang bendera.

Semoga kita ambil tahu dan cakna pasal nak pasang bendera nih... Bukan apa... Takut ada yang tak tau.. So, ini sebagai pengetahuan am untuk semua termasuklah penulis sendiri.

Kalau nak baca maklumat lanjut, boleh rujuk laman web Kementerian Penerangan Malaysia.

3Ulasan

  1. Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian bermakna ni.

    BalasPadam
  2. sangat kecewa dengan sesiapa yg memasang bendera secara terbalik...

    BalasPadam
  3. Sedih laaa. dulu takda pun isu2 salah pasang bendera ni hm

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ