Semua orang tahu, kesusahan, kematian, kesakitan dan segala macam yang kita tak suka, yang membawa duka dan sedih adalah ujian Allah.
Tapi,
Ramai terlupa... Ujian terbesar ialah nikmat dan kesenangan yang Allah beri.
Berapa ramai dah umat manusia terdahulu dibiasakan Allah kerana lalai dan kufur selepas mendapat nikmat.
Hal macam ni masih pun berlaku zaman sekarang.. Cuma bezanya kita di zaman umat Nabi Muhammad SAW. Segala ancaman itu ditanggungkan bahkan diberikan ruang dan peluang untuk bertaubat. Begitulah rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita.
Memang sedih... Lihat ramai dari kawan-kawan sendiri yang leka dengan nikmat yang menipu nih.
Ada duit banyak tapi dibazirkan dengan perkara yang sia-sia. Tak salah nak reward diri.. Tapi biar berpada... Lagi malang bila kemewahan dan kesenangan itu dipertontonkan sehingga mendatangkan riak dan sombong. Nauzubillah...
Risau sangat dengan musibah itu... Biar musibah sakit dan musibah kesenangan yang melalaikan... Kerana kesenangan itu adalah ujian yang besar yang boleh jadi bala dan petaka buat kita. Menjadikan kita lebih lalai jika tidak mengingati asal dan sumbernya yang sebenarnya dari Allah Yang Maha Esa.
setuju, kadang kita fikir bila susah, bila sakit itu ujian dr Allah, bila bahagia, senang lenang kita lupa kita alpa...
BalasPadamHarap saya taklah tergolong dari kalangan mereka yang mahu bermegah2 ni ... takut segala perkara diusahakan untuk kebaikan jadi sia-sia
BalasPadam