GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kisah Suami Penghidap Disleksia dalam Telemovie Silang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kisah Suami Penghidap Disleksia dalam Telemovie Silang | Semalam sempat layan drama tv setelah berminggu juga tak ber'me time' dengan tv.

Kebetulan juga si anak bujang tu tak nak tidur lagi walaupun semua orang dah tidur... tapi mata dia masih segar dan mampu gigit ummi dia dua tiga das kat badan nih... Fuhh.. bisa... haha... tapi tu yang buat aku rindu dia bila di tempat kerja...

Ok, nak cerita pasal Telemovie dalam slot Cerekarama TV3 yang aku tonton semalam. Ada tengok sikit dia punya sedutan, nampak best... sebab tu tunggu juga nak tengok. Sebab utama bukan kisah pasal cinta biasa.

Apa yang lain dalam telemovie ni?

Kisah Suami Penghidap Disleksia dalam Telemovie Silang

Sinopsis Silang

Telemovie Silang

Kisah tentang Amir yang menghidap disleksia kronik, tapi tidak diketahui sesiapa. Sehinggalah dia kahwin dan anak dia juga menghidap disleksia juga.

Disleksia merupakan gangguan saraf yang menyebabkan seseorang itu mengalami kesukaran untuk membaca, menulis, mengeja dan mengira tetapi sebenarnya dalam masa yang sama mempunyai daya pemikiran yang normal.

Bagus kisah ni sebab memberi kesedaran kepada orang awam tentang disleksia. Disleksia ni bukan penyakit... dan ianya tak memudaratkan. Cuma boleh dikatakan orang disleksia ni istimewa sebab otak dia berbeza dengan otak orang normal.

Kisah Amir ni, dia sebenarnya Disleksia dari kecil. Tak seperti abang dia yang bijak, dia seorang yang lambat membaca, tidak mengenal nombor dan suka berimaginasi.

Tapi sebab mak dia sebenarnya tak boleh terima hakikat pasal Amir, dia tak rujuk pakar pasal masalah anak dia ni... dan kesannya sampai ke dewasa.

Bila dia kahwin, isteri macam pelik dengan suami dia. Isteri dia tak tau suami dia disleksia. Jadi, sejak itulah berlaku konflik.

Dia paksa suami dia ambil lesen. Masa test berkomputer dia memang tak lulus, sebab tak boleh membaca, pastu kalau dia tengok simbol, tunggang terbalik jadinya.

Jadi, sebab tu 3 4 kali dia buat tapi gagal. Isteri dia terus mendesak supaya ambil lesen. Hinggalah isteri dia terbaca artikel di internet pasal tanda-tanda anak disleksia.

Barulah dia tahu, suami dia penghidap disleksia. Dia nak bantu suami dia, tapi sebab suami ni, suami kan... dan dari kecik di didik macam tu, dia lebih sayangkan mak dia dari isteri dia.

Hinggalah mak dia sedar kesilapan yang dibuat kat Amir, dan mak dia pujuk Amir supaya berbaik balik dengan isteri dia.

Simple je cerita ni tapi moral dia... Kesedaran kepada ibu bapa supaya kesan disleksia ni sedari awal.

Jangan malu jika ada anak hidap disleksia. Bukanlah dia cacat pun... cuma istimewa. bahkan orang disleksia ni boleh berjaya dan hidup seperti orang lain. Seperti Albert Einstein, Tom Cruise ini adalah contoh penghidap disleksia yang berjaya.

Telemovie ni mengingatkan MF juga dengan satu Movie Hindi lakonan Amir Khan. Kisah pasal pelajar disleksia. Movie ni lagi mengusik jiwa lah... Kalau ada masa korang tontonlah movie ni yang bertajuk Taare Zamen Par. MF sendiri pernah review filem tu.

[Baca: [REVIEW] TAARE ZAMEEN PAR - FILEM WAJIB TONTON IBU BAPA DAN GURU]

Tahniah kepada JS Picture, dan pelakon Nazim Othman yang berjaya bawa suami disleksia. Terima kasih juga kerana paparkan telemovie yang mendidik masyarakat. Tidaklah asyik dihidangkan dengan cinta je kan... Naik  jemu kisah cinta je.. Bagus sesekali ada drama begini. Ada meseg berguna boleh disampaikan. 

2Ulasan

  1. tak pernah tengok drama ni lagi. Bab pelakon tu prob skit sebab tak berapa minat ngan Nazim tu. Sebab die berlakon macam control2 skit... pulak rasa stress..hehehehe

    BalasPadam
  2. akak pun tgk cite nih, ye... semua bergantung pd kesedaran ibu bapa tentang masalah anak2 dari kecik lagi. Bila dh besar, dia pulak tak bagitau kt org lain, itu jd konflik sikit. Nasibla ada kwn opis nya yg tahu psl masalah n selalu bantu dia

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ