Borong Baju Raya Murah di Pesta Konvo UTM

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Borong Baju Raya Murah di Pesta Konvo UTM |  depan dah mula puasa. Niat tahun ni nak settle kan pasal baju raya seawal mungkin.

Nak dijadikan rezeki... Dalam kepala otak dok ligat nak cari baju raya dengan bajet yang mampu milik tu, Alhamdulillah ditunjukkan jalan. 

Bila ada yang bagi tau UTM tengah buat pesta konvo dan sale baju murah.. Terus wasap suami bagi tau. Alhamdulillah... Suami setuju je sebab dia sendiri teruja tengok harga murah.

Semalam, terus je kami pergi ke Skudai... Sampai di Skudai dah masuk solat JUmaat, singgah di Masjid Taman Universiti (tempat kami kursus kahwin dulu)... Suami solat JUmaat dulu. 

Lepas solat baru kami gerak ke Pesta Konvo, dalam angan-angan orang tak ramai lah harapannya, tapi hampa sebab ramai orang sampai takde parking. Walaupun hujan redah juga lah sebab dah datang dari jauh kan. 

MF pergi je cari baju bawa anak dua orang yang besar, yang kecik dua orang tidur dalam kereta sambil ditemani suami. 

Tak fikir banyak... terus je cari gerai jual baju, takde nak singgah tengok-tengok gerai lain sebab hujan kan.. pergerakan terhad. Ikutkan hati memang meronta-ronta nak meronda lagi tuh...

Baju Raya Murah

Baju Raya Murah

Masuk satu gerai ni, macam ni, macam tak banyak saiz yang ada... saiz untuk bayi dan budak kecik je banyak.. Pergi pula ke sebelahnya, terus aje melilau mencari. 

Penjual yang ramah terus menyapa... terus tanyakan harga baju yang berdekatan. Sekali harga luar bajet... Terus terpandang baju lain yang harga memang murah ... Semua saiz sama harga... Tengok je terus ada untuk semua saiz dari si kecil sampai si besar... Tak fikir panjang... grab semua. 

Akak penjual tu offer, tak nak ke baju ibu dengan design yang sama? Mestilah nak kan.. sedondon kan... Terus dia keluarkan baju si ibu... dengan saiz yang daku nak... Harga dalam bajet... terus aje beli tanpa fikir panjang. Kemudian tanya pula kurta budak ... pun ada juga dengan saiz dan harga dalam bajet. Tinggal baju suami je, takde saiz pula. 

Baju Raya Murah


Tapi takpe lah.. puas hati sangat dah baju sedondon raya semua tu harga tak cecah pun RM200... Alhamdulillah... rezeki anak-anak kan. 

Lepas beli, terus je balik ke kereta.. sebelum MF masuk semula ke pesta konvo cari makan. Tengok makanan pun teruja juga... Banyak yang sedap-sedap... Hadoii... 

Nasib poket masa tu tak keluarkan duit lagi... jadi, ngam je bajet untuk baju raya... kalau tak habis ku labur kan kat pesta konvo... Maklumlah 9 tahun tak pergi pesta konvo kan... 

Jadi, korang berada di sekitar negeri JOhor, turunlah ke Pesta Konvo UTM, SKudai kalau nak cari baju raya sedondon murah. Kasut raya, tudung raya semua murah-murah. Semalam ternampak baju melayu sepasang baru RM20... mau 5 6 pasang ku borong nanti... bahaya betul kalau bawa duit banyak nih. 


Memang teruja betul...

Pesta Konvo UTM, SKudai sedang berlangsung dari 23 April hingga 4 Mei 2019. Dibuka dari jam 10 pagi hingga 11 malam. 

Banyak event lain juga ada disana. Jom pergi ramai-ramai. 


p/s: Baju raya kami... hehe... rahsia dulu ye... nanti raya baru kita rasmi upload kat blog... hehe.. Agak-agak apa warna tema raya kami tahun ni... hehe


Kredit gambar: FB

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Ya Allah seronoknya..sederhana harga tapi dapat semua..kalaulah dekat dah pergi kami..Allahu..

    BalasPadam
  2. Ingatkan taknak pergi...tapi teruja pulak tengok baju murah2...terpaksa pergi gak lah ni esok

    BalasPadam
  3. kita baru je ke sana tadi..da aimed jugak baju raya untuk mak dan adik kat kampung...insya'Allah esok nak pergi lagi beli terusss

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^