7 Petua Legakan Resdung Dengan Cepat, No.7 Paling Berkesan!

Maria Firdz
2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


7 Petua Legakan Resdung Dengan Cepat, No.7 Paling Berkesan! | Resdung atau sinusitis merupakan sejenis penyakit di mana rongga sinus mengalami keradangan yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Resdung sebenarnya adalah rongga-rongga yang terdapat pada tulang muka dan bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

Resdung, ni ada orang kata sebab makan seafood dan pelbagai faktor lain. Tapi mungkin juga faktor keturunan.

Kalau dah kena resdung, hadoii.. seksa juga... Memang serik... Tapi berusahalah untuk rawat supaya dapat legakan dan supaya tak berulang.

Resdung boleh dirawat dengan guna bahan alami tanpa ubat... cuma kena rajin je.

sumber: google images


7 Petua Legakan Resdung Dengan Cepat, No.7 Paling Berkesan!


1. Sedut Wap Air Hangat

Rebus air mengikut saiz bekas anda, lalu campurkan dengan air garam sehingga mendidih. Letakkan kepala anda 30cm di atas air, lalu sedut wap tersebut. Untuk kesan yang lebih baik, anda boleh menutup kepala dengan tuala yang menutup wap air panas. Lakukan selama 15 minit sebanyak tiga kali dalam sehari sehingga resdung reda.

2.Tuam Dengan Tuala Hangat

Petua lain yang anda boleh amalkan adalah dengan menuam tuala di bahagian pipi dengan air panas tersebut. Panaskan air sehingga mendidih, tunggu air sedikit suam, celupkan tuala ke dalam air, perah airnya dan tuamkan tuala di bahagian muka anda. Cara ini dapat membantu mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitar hidung.

3. Lidah Buaya a.k.a Aloe Vera

Lidah buaya pun boleh digunakan untuk mengubati resdung sebab ia mengandungi sifat antiseptik. Caranya ialah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Untuk kesan lebih baik, minum rebusan lidah buaya secara teratur.

4. Limau Nipis dan Daun Pandan

Petua seterusnya ialah menggunakan campuran limau nipis dan daun pandan.
Caranya:

  1. Sediakan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan. 
  2. Hiris halus-halus daun pandan. 
  3. Perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, pisahkan bijinya. 
  4. Campurkan air perasan limau dengan daun pandan. 
  5. Ramas daun pandan tersebut beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. 
  6. Tapiskan sehingga tinggal air saja. 
  7. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu dan bilas air tadi ke wajah anda, elakkan dari terkena mata atau bibir. 
  8. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi. 
  9. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik. 
  10. Setelah selesai, cuci wajah anda dengan air biasa. 


Amaran!!! Cara ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Ini kerana ia akan menyebabkan kesan pedih yang maksimum namun masih terkawal. Kesan berbeza mungkin terjadi pada setiap individu dan keadaan resdung anda.

5. Kunyit atau Halia

Kunyit mempunyai sifat anti-inflamasi semulajadi dan antioksidan. Apabila digabungkan dengan halia yang dibancuh bersama teh, maka minuman hangat ini dapat membantu mencairkan mukus pada hidung serta membantu mengurangkan tekanan di kawasan wajah akibat sinus. Kesan positif lain dari halia ialah ia boleh menenangkan perut anda.

6. Cuka epal dan Madu

Petua menghilangkan resdung seterusnya adalah dengan mengamalkan pengambilan cuka epal dan madu. Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan ke secawan air panas atau teh. Tambah limau dan madu secukupnya, lalu minum tiga kali sehari.

7. Banyakkan Minum Air Kosong

Minum banyak air mineral tanpa diberi gula. Elakkan minum alkohol, kafein, minuman, manis, dan jangan merokok. Semua zat pada minuman itu boleh menyebabkan lendir menebal dan menyumbat pada saluran pernafasan sehingga mencetuskan keradangan lebih teruk.

Pengalaman MF Merawat Resdung.

Sebab resdung MF bermula dari sakit tekak, jadi MF cuba kawal makan. Elakkan makanan berminyak dan pedas. Makan sup-sup je gitu.
Dan buat sementara ni memang pantang lah makan seafood dan belacan kan...

Untuk redakan sakit tekak tu, MF cuma makan aiskrim vanilla... Kemudian, reda sikit... Malam sebelum tidur MF tetap juga ambil ubat batuk Prospan. Alhamdulillah sangat membantu dengan izin Allah.

Tapi, sakit hidung dan kepala tak lega juga... Jadi, mungkin kesan tak cukup rehat dan tidur juga tu... Jadi, MF telan Panadol dan juga ambil vitamin C dari sumber semulajadi seperti buah nenas dan juga oren.

Alhamdulillah... Bangun tidur, bertambah reda... Sekarang ni, MF cuma banyakkan minum air... Kena minum untuk redakan perit tu.. Kalau tak minum, nanti sakit tekak, membawa ke hidung dan naik ke kepala. Itulah.. niat nak puasa tapi terpaksa tangguh dulu la sebab keadaan sekarang ni tak mengizinkan... Kena bagi betul-betul reda tekak ni, baru boleh puasa. Kalau tak bertambah teruk...

Melalui pembacaan MF juga, resdung bukan sebab dari seafood je.. tapi dengan seafood resdung boleh jadi teruk. Punca resdung antaranya kurang air dan stress. Jadi, kena lah kawal stress diri sendiri, insha Allah moga bertambah baik resdung.

Pengambilan vitamin C juga membantu sebab vitamin C membantu menguatkan imun badan kan... Jadi, banyakkan makan buah yang kaya vitamin C. Kalau nak ambil supplement mungkin bergantung gaya hidup.. kalau asyik stress je, boleh la ambil dengan saranan dari pakar perubatan.

Apa pun sakit ni anugerah... Tanda Allah sayang dan menyucian diri dari dosa kecil kita setiap hari... Redha, usaha dan tawakal .. insha Allah segalanya pasti OK... 

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. ooo...baiklah!!! saya nak cuba amalkan no 7 tu secara serius! no more kafein, sugar drinks, etc for a while~ demi bebas resdung..haha

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !