Kekayaan dan Kesenangan Itu Juga Satu Ujian

Maria Firdz
4
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah... Allah ni memang Maha Pemurah.

Dia janji, sesiapa yang berusaha akan dapat. Itu memang janji Dia... Tapi bagi orang yang beriman, segala yang Allah beri dia akan ingat bahawa itu adalah pinjaman sebab kita minta dan usaha.

Tapi bagi orang yang tak beriman, akan anggap itu hasil usaha dia sendiri.



Kekayaan dan Kesenangan Itu Juga Satu Ujian


Susah dan miskin itu satu ujian dan dugaan yang buatkan kita rasa lelah kadang-kadang. 

Tapi, lagi bahaya sebenarnya bila kita diuji dengan kesenangan dan kekayaan.
sebab ujian ini menyebabkan ramai orang leka, alpa bahkan dusta kepada Allah. 

Berapa ramai orang kaya yang kufur nikmat... 
Lidahnya mengucapkan syukur tapi hati dan perbuatannya tidak.

Ramai leka dan alpa bila diberikan kesenangan, kesihatan dan kekayaan... Lupa nak syukur... 
Syukur bukan sekadar di bibir tapi dihati... Yakin itu rezeki pinjaman Allah untuk kita kongsi bukan untuk dipertonton hingga melahirkan rasa iri. 

Rezeki itu ujian, untuk kita syukuri dengan amal bukan disyukuri dengan maksiat kepada Allah. 


Semoga kita sedar, biar tak kaya asalkan kita masih bawah lindungan hidayah Allah. Biarkan kita miskin, asalkan cukup untuk hidup dan tidak mengemis dan meminta-minta. Sebab kaya bukan syarat untuk kita sedekah, tapi nak kaya banyakkan bersedekah.

Sebab kita bukan selamanya nak hidup dunia, tapi akhirat yang lebih utama. 

Sekian.

Catat Ulasan

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !