GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ini Doa Sebelum Tidur dan Bangun Tidur Ikut Hadis Sahih

Doa Sebelum Tidur dan Bangun Dari Tidur


عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ : كَانَ النَّبِىُّ صلى الله عليه وسلم إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ قَالَ بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا . وَإِذَا اسْتَيْقَظَ مِنْ مَنَامِهِ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ


Dari Hudzaifah, ia berkata,: Apabila Nabi SAW hendak tidur, baginda mengucapkan: ‘Bismika allahumma amuutu wa ahya (Dengan nama-Mu, Ya Allah aku mati dan aku hidup).’ Dan apabila bangun tidur, baginda mengucapkan: “Alhamdulillahilladzii ahyaana ba’da maa amatana wailaihi nusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nya lah tempat kembali).” (HR. Bukhari No. 6324)


Pengajaran:

1. Rasulullah SAW mengajar umatnya adab berdoa ketika hendak tidur:


بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا

(Dengan nama-Mu, Ya Allah aku mati dan aku hidup)


2. Rasulullah juga mengajar doa selepas bangun tidur:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ


Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nya lah tempat kembali

Semoga kita sentiasa mengamalkan doa ini.

Kredit: telegram.me/hadisharian_ikram


Doa tidur tu yang di belajar dan diajar cikgu adalah terbalik... Lepas ni betulkan... Supaya ikut betul hadis Nabi s.a.w walaupun maknanya tak lari sangat... Tapi biarlah ikut sunnah... Semoga beroleh Rahmah... 

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ