GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cuba Untuk Sabar

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

SABAR ITU SENANG DIUCAP NAMUN BERAT UNTUK DILAKUKAN.

Allah berfirman :

وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ

Bermaksub:
“Dan, Allah mencintai orang-orang yang sabar”. [Ali Imran : 146]

Bahagia hidup kita jika kita termasuk dalam golongan orang-orang yang Allah cintai. Namun adakah senang untuk menjadi seorang yang sabar?

Sifat semulajadi manusia ingin semua berlaku dengan kehendaknya dan cepat dan pasti.

Sedangkan dalam kehidupan sebenar, tidak semua berlaku di atas kemahuan kita, tidak semua berlaku mengikut perancangan kita dan tidak semua berlaku atas kehendak kita.

Jadi disini konflik akan berlaku dimana apa yang kita mahu tidak berlaku malah ia jauh terpesong dari apa yang kita jangkakan.

Disinilah berlaku ujian sabar dan taqwa.


Firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Baqarah ayat 177:

وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ

Bermaksub:
“Dan, orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa”.

Ujian yang Allah "hadiahkan" kepada kita merupakan titik hala tuju kita sebenarnya. 

Adakah kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa berburuk sangka terhadap segala ujian atau kita akan menjadi hamba-Nya yang terus menerus bersabar malah sentiasa bertaubat kerana percaya ujian yang diterima itu sebagai "pembersih" dosa.

Ujian yang Allah timpakan kepada kita boleh jadi kafarah di atas dosa-dosa yang telah kita lakukan, oleh itu kita digalakkan sentiasa bertaubat memohon keampunan dari Allah Yang Maha Pengampun.

Atau untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah Yang Maha Agung. Kita sebenarnya tidak tahu. Maka kita digalakkan bersabar dan seterusnya jangan berhenti bertaubat memohon keampunan dari Allah Yang Maha Esa.

Ingatlah!!! Allah Azza wa Jalla berfirman:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ

Maksudnya :

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami Telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi?" [Al-Ankabut/29:2]

Oleh itu, bersabarlah wahai hati. Wallahua'lam.

Kredit: Page Jalan-jalan Cari Ilmu.

1Ulasan

  1. Kesabaran itu adalah perkara paling sukar utk diraih maka Hati perlu dididik utk sentiasa sabar

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ