Bila Amanah Itu Hilang

1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bila Amanah Itu Hilang | Alhamdulillah... baru-baru ni Dato' Siti Nurhaliza telah selamat menimang cahayamata pertama setelah 11 tahun penantian beliau dan suami. Alhamdulillah... satu Malaysia teruja dengan berita ni... Tapi, Dato' Siti ni sangat menjaga batas kekeluargaan... Jadi, walaupun ramai minta nak tengok wajah bayinya, tapi dia memilih untuk simpan dulu. Takpe lah kan, kita pun faham... biarkan dia dengan keluarganya... bukan senang, 11 tahun tu tunggu...

Tapi yang jadi masalah, orang kita... Orang yang dalam kalangan kenalan dia juga lah... Hilang amanahnya... Pergi melawat, ambil gambar dan sebarkan gambar anak Dato Siti ni... memang kena kecam dan viral. Lepas kena kecam baru delete, tapi malangnya, blogger  a.k.a wartawan dah ambil gambar tu dan masukkan dalam entry diorang untuk meraih pembaca dan ranking... Nampak tak... itulah kesan tak jaga amanah... Kalau MF jadi Dato' Siti memang terkilan dan marah dengan sikap orang yang begitu... Marah sangat sebab dia tak jaga amanah.

Bila Amanah Itu Hilang

Tapi tak hairan, akhir zaman ni memang ramai tak jaga amanah... kerana ini juga salah satu tanda akhir zaman.

Hilang amanah tanda kiamat


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ بَيْنَمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ الْقَوْمَ جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ فَمَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَدِّثُ فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ سَمِعَ مَا قَالَ فَكَرِهَ مَا قَالَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ لَمْ يَسْمَعْ حَتَّى إِذَا قَضَى حَدِيثَهُ قَالَ أَيْنَ أُرَاهُ السَّائِلُ عَنْ السَّاعَةِ قَالَ هَا أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

Dari Abu Hurairah RA berkata: Ketika Nabi SAW berada dalam suatu majlis membicarakan suatu kaum, tiba-tiba datanglah seorang Arab Badwi lalu bertanya: "Bila datangnya hari kiamat?" Namun Nabi SAW tetap melanjutkan pembicaraannya. Sementara itu sebahagian sahabat ada yang berkata; "baginda mendengar perkataannya akan tetapi baginda tidak menyukai apa yang dikatakannya itu", dan ada pula sebahagian yang mengatakan; "bahawa baginda tidak mendengar perkataannya." Hingga akhirnya Nabi SAW menyelesaikan pembicaraannya, seraya berkata: "Mana orang yang bertanya tentang hari kiamat tadi?" Orang itu berkata: "saya wahai Rasulullah!". Maka Nabi SAW bersabda: "Apabila sudah hilang amanah maka tunggulah terjadinya kiamat". Orang itu bertanya: "Bagaimana hilangnya amanah itu?" Nabi SAW menjawab: "Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka akan tunggulah terjadinya kiamat". (HR Bukhari No: 57) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Hari Kiamat adalah hari kemusnahan dan kehancuran pada alam ini

2.  Antara tanda kiamat akan berlaku apabila hilang sifat amanah

3.  Amanah itu adalah nilai keimanan. Bila hilang kejujuran, tergoda dengan habuan dunia, terlibat dengan penyelewengan dosa dan maksiat seperti rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa maka akan lunturlah nilai keimanan.

4.  Amanah hilang apabila urusan dan pentadbiran diserahkan kepada orang yang bukan ahli dan tidak layak apabila nilai keimanannya hilang.

5.  Menurut Al-Munawi, dekatnya kiamat apabila menyerahkan urusan dalam hal amar (perintah) maaruf dan nahi (larangan) mungkar kepada yang tidak amanah, rapuh agamanya, lemah Islamnya, dan mengakibatkan bermaharajalelanya kebodohan.

Selain itu, amanah ini juga janji... Orang yang amanah ialah orang yang beriman dan beragama.

Amanah tanda keimanan


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ مَا خَطَبَنَا نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا قَالَ لَا إِيمَانَ لِمَنْ لَا أَمَانَةَ لَهُ وَلَا دِينَ لِمَنْ لَا عَهْدَ لَهُ

Dari Anas bin Malik RA berkata; Nabi SAW tidak pernah berkhutbah di hadapan kami kecuali baginda mengatakan: "Tidak sempurna keimanan bagi orang yang tidak amanah, dan tidak sempurna agama seseorang bagi yang tidak memenuhi janji." (HR Ahmad No:11935). Status: Isnad Tsiqah

Pengajaran:

1.  Menjaga amanah adalah sebahagian daripada iman. Tidak sempurna iman seseorang yang tidak menunaikan amanah.

2.  Menjadi kewajipan kepada kita menunaikan amanah kepada yang berhak. Firman Allah dalam surah an-Nisa: 58

إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya).

3.  Orang yang tidak menyempurnakan amanah seperti amanah kepimpinan, adalah orang yang memiliki sifat munafik.

4.  Tidak sempurna agama seseorang bagi yang tidak memenuhi janji. Firman Allah (an-Nahl: 91)

وَأَوۡفُواْ بِعَهۡدِ ٱللَّهِ إِذَا عَٰهَدتُّمۡ

Dan sempurnakanlah janji dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji

5.  Menjaga amanah dan menunaikan janji adalah ciri orang beriman yang berjaya, sebagaimana firman Allah dalam surat Al-Mukminun ayat 8:

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ١ …… وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَٰنَٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٰعُونَ ٨

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman (iaitu) (1) …..
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya (8)

Jadilah kita orang yang sempurna Iman dan agama. Moga orang yang tak amanah dalam kes Dato' Siti ni, belajar dari kesilapannya. Tak perlu sibuk nak jadi orang pertama dan jadi viral kerana sesuatu perkara yang salah. Ingat! satu kesalahan dan kesilapan, sampai bila-bila orang akan ingat. Tambah pula kalau viral kat laman sosial... Memang akan kekal kat situlah viral... Nauzubillah. .. inilah dahsyatnya fitnah akhir zaman...

Catat Ulasan

1 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. shu pun takut pada keadaan dunia sekarang. makin membimbangkan :(

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan