Ticker

6/recent/ticker-posts

Do and Don't Bila Kaki Terseliuh!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Do and Don't Bila Kaki Terseliuh! | Pernah terseliuh? pasti pernah punya... terutama wanita yang suka pakai kasut bertumit... kadang kala terpelecok juga.. Sakitnya terseliuh... ummm mak aihhh... sakitkan... Bila terseliuh, kita takut bengkak kan.. jadi, macam-macam rawatan yang kita buat sebab nak redakan sakit dan takut masuk angin katanya... Tapi sebenarnya, kalau salah rawatan, kaki yang terseliuh sikit boleh bertambah mudarat jadinya.

Jadi, MF nak kongsikan apa perkara yang kita patut buat dan tak patut buat bila kaki atau tangan kita terseliuh.

Rawatan kaki terseliuh


Do and Don't Bila Kaki Terseliuh!

JANGAN LAKUKAN PERKARA-PERKARA INI SEJURUS KAKI TERSELIUH!


“Doktor, lepas pergi urut, kaki saya semakin bengkak.”

Keseliuhan pergelangan kaki adalah kecederaan yang agak lazim, dan kebanyakan orang akan cuba merawat kondisi ini sendiri. Namun jika salah caranya, kondisi kaki boleh jadi semakin teruk.

Untuk elakkan perkara itu berlaku, JANGAN lakukan perkara-perkara berikut:

1. JANGAN URUT

Elakkan terus mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.

2. JANGAN TUAM HABA

Tuaman haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.

3. JANGAN SAPU MINYAK PANAS/GAMAT

Jika ada luka di kulit di kawasan kecederaan, jangan sapu minyak panas atau minyak gamat kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan pada luka. Minyak panas/gamat hanya dibenarkan jika di kawasan terseliuh itu tiada sebarang luka.

4. JANGAN ABAIKAN KESAKITAN

Jika kesakitan dan bengkak yang dialami terlalu kuat, itu tanda-tanda kecederaan yang anda alami agak parah. Jumpalah doktor, terutamanya jika ada kebas-kebas jari, sendi terkehel keluar, kelumpuhan, dan luka(mungkin open fracture).

Berikut pula perkara-perkara yang anda PERLU lakukan sebaik sahaja tercedera:

Perkara yang perlu dibuat bila terseliuh

1. PERLU REHAT

Rehat di sini bermaksud mengurangkan gerakan sendi yang cedera dan tidak menggunakan kaki yang tercedera untuk berjalan. Gunakanlah tongkat ketiak(axillary crutches), tongkat lengan(elbow crutches) atau kerusi roda untuk berambulasi.

Rawatan Bila Kaki Terseliuh!

2. PERLU TUAM AIS

Sejurus selepas kecederaan lakukan tuaman ais. Tuaman ais selama 20 minit setiap 2-3 jam dapat mengurangkan kesakitan dan mengelakkan bengkak yang teruk. Rejim tuaman ais ini disarankan dibuat sehingga 48-72 selepas kecederaan.

3. PERLU BALUT

Balutan ini untuk beri tekanan dan mengurangkan pergerakan pada sendi yang tercedera. Ini dapat menghalang bengkak besar daripada terjadi. Namun, pastikan tidak balut terlampau ketat sehingga bekalan darah tersekat.

4. PERLU TINGGIKAN

Anggota yang tercedera perlulah diletakkan tinggi. Sewaktu duduk pastikan kaki tercedera sentiasa melunjur. Jangan biar tergantung di bawah. Sewaktu baring atau tidur, kaki cedera itu hendaklah lebih tinggi daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki.

Itulah rawatan yang JANGAN dan rawatan yang PERLU dilakukan sejurus selepas terseliuh pergelangan kaki, agar cepat sembuh.

Setelah bengkak dan kesakitan surut, anda perlu lakukan senaman untuk kuatkan semula sendi yang tercedera. Boleh belajar senamannya di pusat fisioterapi.

Jika rawatan di rumah tidak mengurangkan bengkak dan kesakitan, itu tandanya anda kena berjumpa doktor. Khuatir ada ligamen yang terputus atau keretakan tulang. Jika tidak sempurna, kecederaan ini boleh akibatkan kesakitan kronik.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan (Biro Rehabilitasi Medtweetmy)

Jadi, tau dah kan.. jangan nak memandai tuam ke apa... tuam ais bukan tuam panas... MF baru ni jari bengkak dan lebam sebab terhempuk kat meja gara-gara nak marahkan anak murid yang bersembang masa mengajar... Alhamdulillah... tak ikut style orang lama.. MF cuma buat senaman jari.. Gerakkan perlahan... dan buat je seperti biasa... tahan sakit sikit la.. Alhamdulillah... 2 hari dah lega dah... Jadi, kadang ilmu baru lebih baik dari adat yang lama... tapi kadang kala sebaliknya... Jadi, nak buat sesuatu kena ada ilmu... bukan main ikut orang juga kan... 

Catat Komen

0 Ulasan