GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tarbiah Sentap Tapi Sesekali Kena Juga Ingat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tarbiah Sentap Tapi Sesekali Kena Juga Ingat!

Tersentap tapi bermakna

● Masa kecik-kecik.. adik beradik tidur bersama.
● Bila sudah besar.. bilik masing-masing.
● Bila sudah nikah.. rumah masing-masing.
● Bila sudah tua.. seorang demi seorang adik-beradik pergi.. tiada lagi bising.
● Mulanya berkumpul.. penutupnya kubur masing-masing.

♧ Wahai Adik-Beradikku, Wahai Anak Menantuku, Wahai Saudara Maraku, Wahai Sahabat-Sahabatku..
● Disebabkan kubur masing-masinglah.. kita selalu kena saling berpesan-pesan.
● Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong.
● Ingatlah.. disana tiada abang, kakak, adik...
● Hanya kau dan amal mu.
● Bersedia selalu.. bersiap selalu.
● Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi.
● Tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda.
● Jika anda ingat mati.. anda orang yang bijaksana.

Tarbiah Sentap Tapi Sesekali Kena Juga Ingat!


Sumber : Google image 

♧ Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yang Sebenar.
● Buat baik dgn orang tak semestinya orang akan hargai. Tetapi ALLAH akan membalas kebaikan yang kita buat.
● Hormat orang tak semestinya kita akan dihormati. Tetapi ALLAH melihat itu perbuatan yang mulia.
● Buat apa sahaja kebaikkan tak semestinya orang akan balas dengan kebaikan. Maka berilah kebaikkan bukan kerana orangnya, tetapi keranaNYA.
● Buat baik bukan kerana kita rasa kita orang baik, tetapi  kerana kita mahu jadi terbaik disisi ALLAH pemilik semua yang baik.

Teruskan buat baik untuk jadikan diri kita baik dan dalam masa yang sama untuk jadi hamba yang terbaik untuk Allah...

Berubah dan bertaubat.. Sesungguhnya Allah sayang kepada orang yang ingin berubah dan memperbaiki diri... 

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ