11 Tips Pikat Suami

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

11 Tips Pikat Suami | Suami jika isteri yang memikat memang melekat.. Tak kira baru atau lama dah kahwin... Jadi, Jom kita praktikkan ilmu pikat suami ni.  

11 Tips Pikat Suami


1. Bangun awal pagi 

Bangun awal pagi daripada suami dan siapkan makan paginya walau sekadar nasi goreng dan kopi. Sibuk macam mana pun anda di hujung minggu, selitkan waktu untuk menyiapkan minum dan sarapan pagi suami.

2. Sediakan makan malam romantik

Sediakan makan malam yang romantik di rumah. Bukan selalu, sesekali bolehlah anda cuba candle light dinner berdua. Nak lebih erat, ajak pasangan masuk dapur bersama, tolong mana yang boleh.

3. Jaga penampilan dan gaya

Penampilan juga perlu dijaga, bersolek dan wangi untuk suami terus dapat pahal, bukan? Jadi jangan cantik molek hanya apabila nak keluar berjalan atau ke pejabat sebab cantik suami lagi bagus. Bonusnya, suami anda pasti senang hati dan sedap suka tengok anda ada di depan matanya. Tidak perlu solek berlebihan, yang penting bersih dan tidak selekeh.

4. Layan movie bersama

Sesekali boleh ajak suami untuk membeli DVD filem yang dia suka. Tidaklah si dia bosan apabila ada aktiviti bersama di rumah.

5. Bercanda dan bergurau senda 

Curi peluang untuk main air ketika cuci kereta bersama pasangan, ada anak-anak join lagi meriah!

6. Sokong hobi dia

Jika suami ada hobi yang unik, anda perlu tunjuk minat. Belajar dan sekurang-kurangnya ambil tahu tentang apa yang si dia minat. Lagi bagus jika anda perlahan-lahan turut sama minat hobinya. Senang pasangan nak kongsi cerita.

7. Riadah bersama

Penuhi hujung minggu dengan aktiviti yang sihat, mungkin boleh ajak pasangan bersenam. Tidaklah pasangan anda rasa bosan dan pastinya kesihatan dia juga lebih terjaga. Bagi lelaki yang minat sukan, ini rahsianya. Tidaklah anda ditinggalkan di rumah bersama anak-anak saja semata lelaki mahu keluarkan peluh.

8. Berkongsi Idea Deko Rumah

Ubah perabot juga boleh jadi sesuatu yang menarik. Cuba kongsi idea bagaimana untuk hias rumah atau cipta kelainan suasana dalam rumah. Kalau si dia jenis tidak suka bab ini, anda boleh minta tolong. Alang-alang si dia sudah sentuh, mestilah pasangan anda terus join sekali.

9. Buat makan-makan

Sesekali jemput jiran atau saudara mara makan bersama di rumah dengan suami. Ini boleh eratkan hubungan anda dengan suami dan jiran tetangga. Keluarga dan mentua pun mesti senang hati tengok anak menantu berkumpul bersama, meriah!

10. Dengar lagu bersama

Pasang lagu dan muzik yang dia minat, ini boleh cuit kenangan bercinta zaman masih muda.

11. Layan anak bersama 

Sediakan mainan untuk anak-anak main bersama suami anda, lagi elok mainan seperti puzzle yang memerlukan pertolongan ibu bapa atau bermain bola di luar rumah bersama keluarga. Lari-lari anak kejar bola pun boleh cipta suasana harmoni.

Bukan susah... Yang penting kerjasama... Apa yang penting kerjasama... Hidup bahagia bila semuanya buat bersama... Kerana rumahtangga itu saling melengkapi antara satu sama lain. Rumahtangga jadi tak seronok bila segalanya digalas oleh sebelah pihak dan berkira dalam urusan rumah tangga... 

Sumber : Google image 

Jangan terlalu terpedaya dengan iklan produk suami. Kerana perkahwinan bukan hanya untuk di atas katil... Tak guna badan meletup bergetah, tapi bau badan tak jaga, rumahtangga tak terurus... Dan tak memahami si dia... Kerana berkahwin itu saling melengkapi bukan untuk penuhi nafsu semata-mata. 

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. tips yang baik untuk para isteri

    BalasPadam
  2. belum berkahwin tapi nice tips! hehe boleh dijadikan rujukan dimasa hadapan

    ppssst jemput join ga sha ; http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html

    BalasPadam
  3. InsyaAllah.. sentiasa berusaha jadi isteri terbaik untuk suami, cuma yang first tu memang dari dulu sejak kahwin dia bangun dulu dan dia yang akan kejutkan ain.. hahahahaa.. camne nak tukar nih.. :p

    ...

    BalasPadam
  4. Good info & nice sharing maria...Betul, perkahwinan bukan setakat atas katil je..Perkahwinan = kerjasama + bertolak ansur..Insyaallah harmoni rumahtangga...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..

    untungnya kalau ada isteri sebegitu dalam dunia yang fana ini..

    kalau saya sebagai suami in shaa Allah saya doakan isteri begini masuk syurga dengan mudah..

    aamiin.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^