GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

4 Sebab Isteri Masuk Syurga Tapi Hanya Kerana Satu Sebab Ni, Isteri Dihumban ke Neraka!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


4 Sebab Isteri Masuk Syurga Tapi Hanya Kerana Satu Sebab Ni, Isteri Dihumban ke Neraka!  |  Setiap manusia di muka bumi ini punyai perangai dan tanggungjawab masing-masing. Baik untuk diri sendiri mahupon untuk diri orang lain.

Wanita/isteri adalah suatu makhluk yang paling mudah masuk syurga, namun mudah juga masuk neraka. Apa yang membuatkan para isteri boleh mencapai 'level' Abu Bakr as-Siddiq? Sabda Nabi -صلى الله عليه وسلم- :

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ إِسْحَاقَ حَدَّثَنَا ابْنُ لَهِيعَةَ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي جَعْفَرٍ أَنَّ ابْنَ قَارِظٍ أَخْبَرَهُ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّتْ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Ishaq telah menceritakan kepada kami Ibnu Lahi'ah dari 'Ubaidullah bin Abu Ja'far bahwa Ibnu Qarizh mengkhabarinya dari Abdurrahman bin Auf berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Apabila seorang isteri melaksanakan shalat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, niscaya akan dikatakan kepadanya; 'Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu inginkan'." - (HR. Ahmad 1: 191 dan Ibnu Hibban 9: 471. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini shahih)

NAMUN, wanita juga paling ramai menjadi ahli neraka berdasarkan hadith Nabi -صلى الله عليه وسلم- :

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرِيتُ النَّارَ فَإِذَا أَكْثَرُ أَهْلِهَا النِّسَاءُ يَكْفُرْنَ قِيلَ أَيَكْفُرْنَ بِاللَّهِ قَالَ يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَيَكْفُرْنَ الْإِحْسَانَ لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Zaid bin Aslam dari 'Atho' bin Yasar dari Ibnu 'Abbas berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Aku diperlihatkan neraka, ternyata kebanyakan penghuninya adalah wanita. Kerana mereka sering mengingkari". Ditanyakan: "Apakah mereka mengingkari Allah?" Beliau bersabda:

"Mereka mengingkari pemberian suami, mengingkari kebaikan. Seandainya kamu berbuat baik terhadap seseorang dari mereka sepanjang masa, lalu dia melihat satu saja keburukkan darimu maka dia akan berkata: 'aku belum pernah melihat kebaikan sedikitpun darimu". - (Sahih al-Bukhari > Kitab Iman > Bab: Mengingkari pemberian dan istilah kekufuran di bawah kekufuran)

MAKA berhati-hatilah wahai kaum hawa.

والله علم

Sumber: Page Jalan-Jalan Cari Ilmu

4 Sebab Isteri Masuk Syurga Tapi Hanya Kerana Satu Sebab Ni, Isteri Dihumban ke Neraka!

Kesimpulan :
4 Sebab Wanita Mudah Masuk Syurga
1. Solat lima waktu,
2. Berpuasa di bulan Ramadhan,
3. Menjaga kemaluannya
4. Taat kepada suaminya

1 Sebab Wanita Mudah Masuk Neraka
Iaitu mengingkari pemberian suami, mengingkari kebaikan suami hanya sebab satu kesilapan suami.


Nampak tak... 4 amalan kita buat tapi kalau kita merungut dengan suami sendiri.. Maka neraka lah jawabnya... Nampak remeh... Tapi itulah hakikatnya...
Sebab tu Nabi s.a.w kata, wanita antara yang ramai jadi penghuni neraka. 

3Ulasan

  1. huhuu.. kena hati-hati ni.. tak mau di humban dlm neraka

    BalasPadam
  2. Takut sgt klu ada guriskan hati suami.. sbb laki susah nk luahkan perasaan mereka.. harap x tergolong kalangan ahli neraka..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ