div id='header-inner'>

Hati-hati, Semuanya Akan Terbongkar Jua!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hati-hati, Semuanya Akan Terbongkar Jua! | Sebelum ini dalam Surah Zalzalah, kita telah ketahui bahawa amalan / perbuatan manusia walau sebesar “zarah” akan diperlihatkan. Maka dalam ayat ke-10 ini pula Allah menambah lagi peringatan, “hatta dalam hati pun boleh diperlihatkan”.

Ia satu amaran kepada kita agar berwaspada dan berusaha menjaga diri kita sebaik mungkin. Bukan sekadar syariat, amalan luaran atau perwatakan luar. Bahkan hati juga mestilah tunduk dan utamakan cinta kepada Allah.

Contoh penjagaan hati ialah seperti niat, atau sebarang sifat dari dalam diri manusia. 

Contohnya :

- Jangan miliki hati yang sombong. Meskipun mulut kita tidak sebut, namun apa yang ada dalam hati juga akan diperlihatkan.

- Kena buang juga sifat malas untuk membuat kebaikan, apatah lagi perkara yang wajib. Sebab meskipun kita tidak berkata malas di mulut, namun apa yang ada dalam hati juga akan diperlihatkan.

Apa sahaja perkara "mazmumah" yang ada dalam hati, kena usaha singkirkan.

Kita akan menjadi saksi setiap perbuatan atau kekufuran yang kita lakukan sebagaimana dalam Surah Yasin, Allah ada jelaskan ( alyauma nahktimu ala..)

Apa sahaja yang ada dalam dada ( Sudur ) (apa sahaja perihal dalaman ) - sangkaan, niat, fikiran dan yang sewaktu dengannya. Baik seketul daging (hati) maka baiklah jasad (mafhum hadis). 

Allah benar-benar memberikan peringatan kepada kita berkaitan perkara ini, maka ayat terakhir sekali lagi Allah menyatakan sifat Maha Mengetahui terhadap apa yang manusia lakukan.

Tafsir Ayat Ke-11:
إِنَّ رَبَّهُم بِهِم يَومَئِذٍ لَخَبيرٌ
“Sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka”.

Orang-orang yang ingkar mungkin tetap akan mempersoalkan kebenaran "peristiwa bahawa hati juga akan dibongkarkan". 

Oleh itu, Allah SWT memberitahu lagi dalam ayat ini,” Allah Maha Tahu apa yang mereka telah lakukan”.
خَبيرٌ
Allah Maha Mengetahui : Luar dan dalam perbuatan manusia. Allah bukan hanya tahu amalan fizikal sahaja tetapi turut tahu apa yang ada dalam hati.

Ini satu pengukuhan Allah SWT, bahawa benar-benar segala perihal manusia tidak dapat disembunyikan di sisi Allah SWT. 

Mungkin semasa atas dunia, kita terselamat kerana tiada siapa yang mengetahui perbuatan ingkar kita. 

Atau mungkin semasa atas dunia, kita dipandang mulia kerana tiada siapa yang mengetahui isi hati kita.

Namun berwaspadalah, kerana suatu masa nanti segala perihal diri kita akan dibongkarkan. Bahkan perihal hati kita juga akan dikupas kepada umum satu persatu.

رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ ۗ وَمَا يَخْفَىٰ عَلَى اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah! [Ibrahim: 38]


الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

“Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan”. [ Ya Sin: 65 ].



Ibrah dan kesimpulan :

Pertama :

Semua nikmat atas dunia ini, sama sekali tidak akan bersama dengan kita untuk masuk ke dalam kubur. Oleh itu, hendaklah kita berusaha agar menjadikan ia sebagai alat untuk ditukar sebagai ganjaran amalan. Dengan melakukan amal soleh yg Allah beritahu dalam Al-Quran dan Sunnah.

Kedua :

Usaha kita di atas dunia ini bukan sahaja untuk menjauhi perbuatan mungkar, bahkan termasuk sifat-sifat hati yang mazmumah kerana kelak, hati juga tidak terlepas diperlihatkan isinya oleh Allah SWT.

Ketiga :

Jangan lah kita menjadi golongan yang sombong dan lalai terhadap kekuasaan Allah SWT. Orang yang sentiasa ingat akan kebesaran Allah SWT, pasti akan menjaga dirinya agar tidak menjadi hamba yang rugi.

Allahu a’lam.
Kredit: Kempen Semak Hadis @telegramchannel

Kita mungkin boleh sorok kejahatan kita di dunia, tapi di akhirat segalanya akan terbongkar tanpa terlepas satu pun termasuklah yang tersembunyi di dalam hati....

Catat Komen

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)