div id='header-inner'>

Antara PASTI dan Pra-Sekolah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Antara PASTI dan Pra-Sekolah | Saja MF nak kongsikan pengalaman anak sekolah. Alhamdulillah, tahun lepas bermula fasa sulung bersekolah. Masa usianya 4 tahun memang dah fikir pasal ni… Selepas berbincang dengan suami, kami sepakat nak hantar anak ke Pusat Asuhan Kanak-kanak Tunas Islam (PASTI). 

Alhamdulillah, selepas mencari PASTI dekat aje dengan rumah kami… sebelum tarikh tutup kami terus buat permohonan dan pendaftaran serta terus bayar yuran tahunan. Bayaran pendahuluan siap pakej dengan buku, uniform dan keperluan lain termasuk makan dalam RM500… Bulanan kena bayar RM80 sahaja. Kira murah sangat la tu kan berbanding taska swasta… 

Anak MF masuk ke PASTI tanpa  kenal ABC, tau sebut aje… Perkara ni dah pun  kami maklum kat guru di PASTI… Alhamdulillah… berkat didikan guru pasti tak sampai 3 bulan sekolah, anak kami boleh kenal huruf. Alhamdulillah. 

Di PASTI,menekankan aspek agama… Banyak amalan doa harian, hadis dan hafalan surrah-surah lazim… Alhamdulillah… cepat dia belajar bab agama ni…terang hati bila selalu dekatkan diri dengan ilmu agama… 

MF tak letakkan harapan yang tinggi..tapi bila periksa akhir tahun ..Alhamdulillah…kakak dapat keputusan yang cukup buat kami rasa syukur. Cuma..tahun lepas dia selalu tak kesekolah sebab tak sihat… Jadi, banyak kerja sekolah tertangguh…jadi setiap hari ada saja kerja sekolah yang dia kena siapkan di rumah… Ini kengkadang buatkan dia takde mood kengkadang.. 

Untuk 6 tahun, lagi sekali kami suami isteri berbincang nak teruskan dia di PASTI atau hantar ke tadika ataupun mohon Pra-Sekolah. Selepas berbincang, sepakat cuba mohon Pra-sekolah. .. Tujuan utama, nak dia sesuaikan diri dengan suasana sekolah yang sebenar sebelum masuk ke Tahun 1.

Tawakal sahaja mohon, sebab nak mohon Pra-sekolah pihak sekolah akan lihat Pendapatan Ibu Bapa… MF dah la cikgu kan… sah-sah la, gaji 3ribu ke atas… tapi mohon aje… kalau dapat Alhamdulillah… tak dapat teruskan aje di PASTI.

Alhamdulillah, permohonan Pra-Sekolah diluluskan. Tahun lepas masih manual..Mohon terus di sekolah… tahun 2018 Pra-Sekolah kena mohon online. .Rupanya, sekolah di tempat tinggal kami ni kalau 6 tahun memang terus serap masuk tanpa pilih… kalau Pra 5 Tahun baru ada pemilihan ikut kelayakan tertentu. 

Antara PASTI dan Pra-Sekolah.

Sudah tentu keduanya berbeza…silibus dan system yang berbeza. Di Pra Sekolah tiada peperiksaan… Tapi, pembelajaran mengikut silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Di Pra Sekolah, menekankan konsep belajar sambil bermain… Memang seronok la.. Anak MF balik rumah happy je, sebab tiada kerja sekolah… Kalau ada pun praktikal membaca. 

Masa masuk Pra, kakak baru kenal huruf  sahaja… Alhamdulillah, bila 3bulan belajar di Pra Sekolah dah mula sebut suku kata… setengah tahun dah pandai membaca… Alhamdulillah… walaupun kakak kuat bermain di rumah…tapi di sekolah, dia betul-betul belajar. 

Masa suami pergi ambil laporan setengah tahun, cikgu terangkan yang kakak layak dan bersedia ke Tahun 1… Alhamdulillah… 

Kini, dah fasa akhir tahun, peringkat akhir pecutan menulis tanpa meniru contoh… Alhamdulillah… kakak antara yang terpilih dalam kelas dia… 

Terus terang, pembelajaran kakak di sekolah sepenuhnya, di rumah MF tak bebankan dia dengan belajar… tapi dia tetap belajar sambil main… Dia suka main cikgu-cikgu dengan adik dia.. Alhamdulillah… pembelajaran tak langsung… 

Jadi, berdasarkan pengalaman ni, MF tak Nampak kekurangan pun mana-mana… PASTI atau Pra Sekolah ada kelebihan… jika di PASTI kakak belajar agama dan ikut seperti pembelajaran Tahun 1 ke atas… Tapi di Pra Sekolah tak ditekankan sangat konsep itu… belajar sambil bermain dan menekankan aspek soft skill….. Alhamdulillah…jadi, MF rasa seimbang keduanya.

MF kongsikan sedikit info tentang PASTI dan Pra Sekolah..sebagai rujukan kepada ibu bapa yang mungkin tengah nak pilih yang mana satu nak tempatkan anak belajar.



Bidang Pengajian Persekolahan PASTI

UNSUR TARBIYYAH 

Penekanan 5 unsur Tarbiyah:
Tarbiyah Imaniyyah (Aqidah)
Tarbiyah Ruhiyyah (Ruh)
Tarbiyah Khuluqiah (Akhlak)
Tarbiyah Aqliah (Intelek)
Tarbiyah Jasadiah (Jasmani)

BIDANG ILMU 

4 bidang ilmu:Ilmu Fardhu Ain
Ilmu Fardhu Kifayah
Ilmu Alat Sumber
Ilmu Komponen

MATA PELAJARAN :Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab
Jawi
Matematik
Sains Sosial & Pembangunan Insan
Al Qur‘an
Peribadi Muslim
Pra Penulisan
Pengenalan Asas Komputer

UMUR
PASTI menerima kanak-kanak yang berumur 4, 5, dan 6 tahun.
Masa belajar Mesti mencukupi tiga jam termasuk waktu rehat
Hari Persekolahan Sama seperti hari persekolahan biasa.
Cuti Am dan Cuti Peristiwa Cuti am dan cuti kelepasan berdasarkan takwim Kerajaan Pusat dan Negeri. Di samping itu, PASTI berhak mengambil 5 hari Cuti Peristiwa dalam setahun (contohnya cuti sehari selepas Sukan atau Lawatan) dengan dimaklumkan terlebih dahulu kepada ibubapa pelajar.

Semak cawangan PASTI di Malaysia: http://www.pastimalaysia.com/action-cawangan.html

Pra Sekolah KPM

Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan prasekolah annex pada tahun 1992, sebagai projek rintis berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991 yang telah bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah. Sementara itu Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 telah bersetuju supaya KPM meneruskan program peluasan prasekolah mulai tahun 2002. Sejak daripada itu peluasan prasekolah telah dijalankan dari semasa ke semasa mengikut dasar sedia ada, NKRA Pendidikan dan juga cadangan peluasan dalam RM Ke10.

PEMILIHAN MURID

Syarat-syarat kemasukan murid ke kelas parsekolah adalah seperti Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 2 Tahun 2012 - Hanya untuk Warganegara Malaysia sahaja dan dipilih menerusi JK Pemilihan.

Jawatankuasa Pemilihan murid dianggotai oleh Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Prasekolah, Guru Tahap 1 dan 2, PPM dan seorang wakil komuniti.

JENIS-JENIS BANTUAN

  • Bantuan makan murid (RM2.00 sehari bagi Semenanjung / RM2.25 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan. Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012, Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid)
  • Peruntukan PCG Murid (RM100.00/ murid setahun)
  • Bantuan Kokurikulum (RM25.00/ murid setahun)
  • Bayaran Takaful (RM1.50/ murid setahun)



Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2018

1. Semakan keputusan boleh dibuat melalui laman sesawang eprasekolah.moe.gov.my atau melalui sekolah yang dimohon. 

2. Rayuan Permohonan 
Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan melalui laman sesawang eprasekolah.moe.gov.my atau melalui sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW mulai 5 Ogos 2017 hingga 20 Ogos 2017.

Catat Komen

7 Ulasan

  1. saya pon rasanya akan ikut style k.maria.

    Aqil 4 thn masuk PASTI dan Insyaallah thn dpn pon masih PASTI lg. Sy dah pon submit borang. Alhamdulillah wlau umur 4 thn tp utk hafalan doa, surah2 lazim & bacaan dlm solat sebutan dan caranya hampir betul.

    Utk 6 thn sy bcadang nak masukkan Aqil ke Pra Sekolah sbgai persediaan dia ke sekolah

    BalasPadam
  2. Saya cuma hantar anak yang berumur 6 tahun ke Tadika je. Tak kesah sangat dengan silibus yang diajar, janji anak saya boleh belajar membaca dan berkawan. Yang penting ia sebagai pededahan awal sebelum ke sekolah tahun depan ( tahun 1).
    Tapi ini tidak bermakna saya tak sokong Pra Sekolah atau PASTI. kedua-dua institusi itu ada kelebihan masing-masing.

    BalasPadam
  3. saya dah mula mencari nak hantar anak ke mana..permulaan ni pilih Pasti

    BalasPadam
  4. Niat yg baik untuk anak-anak wpun apa pilihan. Sokongan ibu bapa terhadap perkembangan emosi dan rohaniah anak2 lebih penting

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)