GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

8 PERKARA YANG BOLEH DAPAT PAHALA TANPA BERIBADAH

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

8 PERKARA YANG BOLEH DAPAT PAHALA TANPA BERIBADAH | Nak dapat pahala bukan susah, nak dapat dosa pun tak susah. Biasa yang kita tahu, nak dapat pahala kena beribadah... Kena solat, kena zikir, baca al-Quran dan lain-lain.. Tapi sebenarnya, pahala tu mudah nak dapat walaupun tanpa beribadah... 

Ada 8 perkara yang boleh dapat pahala walaupun tanpa beribadah...

1) Sesiapa yang ingin mendapat pahala puasa sunat sedangkan dia tidak berpuasa, maka jagalah lidahnya.

Jaga lidah... huhu.. boleh ke? sekarang ni bukan lidah je tapi jari pun kena jaga juga.

2) Sesiapa yang ingin kelebihan seperti para ulamak, maka hendaklah dia suka berfikir.

berfikir perkara yang berfaedah dan kejadian alam yang menunjukkan kekuasaan Allah.

3) Sesiapa ingin pahala Jihad sedangkan dia berada di rumah, hendaklah dia berjihad melawan syaitan.

Syaitan, semua orang mengaku tu musuh utama... Tapi ramai juga yang ikut perangai dia tanpa sedar... contohnya cepat marah... Jadi, melawan sifat marah juga boleh dapat pahala dengan mudah. 

4) Sesiapa yang ingin pahala sedekah sedangkan dia tidak mampu bersedekah, maka hendaklah dia mengajar ilmu daripada apa yang dia telah pelajari.

Ini perkara yang paling senang... Kalau duit takde nak bagi, bagilah ilmu apa yang kamu ada... Buat blogger dan penulis status di Facebook... kongsikan ilmu bermanfaat yang kamu ada... itu sedekah yang paling mudah.. dah dapat pahala kan.. 

5) Sesiapa yang mendapat pahala haji sedangkan dia tidak mampu, maka hendak sentiasa menunaikan solat Jumaat.

Yang ni bagi kaum lelaki... solat Jumaat tu banyak manfaatnya... Kita yang perempuan nampak senang, tapi bagi kaum lelaki depa rasa susah tau solat Jumaat ni.. sebab apa... nak tunaikan solat Jumaat kena pergi hari Jumaat je, lepas tu kena dengar khutbah, dalam keadaan ramai orang dan paling menguji solat Jumaat bermula tengahari waktu makan tu kan... Jadi, cabaran tu hanya mampu dihadapi oleh lelaki sejati yang beriman je... 

6) Sesiapa yang ingin Fadhilat Ahlul Ibadat, maka hendaklah dia memperbaiki hubungan sesama manusia dan jangan menimbulkan persengketaan sesama manusia.

Nak jaga hubungan silaturahim ni, nampak senang tapi tak senang juga... tambah sejak ada teknologi dan komunikasi canggih masa kini... 

7) Sesiapa yang ingin mencapai Fadhilat Abid (Orang yang sentiasa dalam ibadat kepada Allah SWT) , maka hendaklah dia meredhai kepada sahabatnya dengan apa yang dia redhai pada dirinya sendiri.

Redha kepada sahabat... huhu... nampak mudah tapi tak mudah... redha ni maknanya ikhlas lah ye.. redha dengan sikap sahabat kita, redha dengan perangai dia dan segala-galanya. 

8) Sesiapa ingin mendapat pahala solat malam semasa tidur maka jangan melakukan maksiat pada siang harinya.

Yang ni paling mencabar... mampukah kita tak buat dosa... bulan puasa ni pun rasanya banyak dosa.. antaranya dosa hati, mata, tangan dan jari... Jadi, banyakkanlah istighfar.

8 PERKARA YANG BOLEH DAPAT PAHALA TANPA BERIBADAH

Nahhh... 8 perkara yang kita buat dapat pahala tanpa duduk atas sejadah... Mudah tak??? hehe... kena kuat rohani, hati dan iman nak buat 8 perkara ni kan... Apa pun.. jom rebut sekecil-kecil pahala moga ianya membantu kita di akhirat nanti... 

Rujukan : Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 810.

Sumber: Bahagian Dakwah JAKIM

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ