GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

9 Cara Mudah Simpan Duit, Confirm menjadi bagi yang susah nak menyimpan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

9 Cara Mudah Simpan Duit, Confirm menjadi bagi yang susah nak menyimpan | Selepas pandemik Covid-19, situasi kehidupan kita sedikit berubah. Kos sara hidup mula meningkat. 

Segenap lapisan masyarakat dan semua golongan terkesan dengan situasi kewangan sekarang. Bahkan hal ni bukan berlaku kat negara kita je, tapi satu dunia.
 
Walaupun MF kerja kerajaan, tapi suami MF orang bisnes. Buat perniagaan sendiri. 
Sangatlah terkesan bila berlaku krisis kewangan macam ni. 

Tapi, itu tak menjejaskan kehidupan cuma kena bijak merancang kewangan dan simpan wang dan ubah cara hidup. 

Mungkin yang ada yang kata, “alaa... MF kerja kerajaan, mana nak terkesan... gaji jalan je walaupun pandemik...”.. 

Eh, MF terasa juga kesannya, perbelanjaan meningkat. Anak empat kot... Yang semakin membesar ni kan... 

Suami MF kerja sendiri... Gaji hari... kadang gaji minggu yang tak menentu... Kadang sebulan income tak sampai seribu..
Tapi itu bukan alasan untuk kita menyimpan... 
MF dan suami tetap usaha untuk menabung dan menyimpan walaupun sedikit. 

Ini MF nak kongsikan... 

Pengalaman dan cara mudah simpan duit, confirm menjadi bagi yang susah nak menyimpan... 
Sebab apa MF kata gitu.. sebab ini pengalaman MF dan suami buat, memang menjadi... Kami memang jenis yang susah nak menyimpan.. sebab kehendak pun tinggi... Tapi... insha Allah boleh....

1. Asingkan akaun gaji dan simpanan.

9 Cara Mudah Simpan Duit, Confirm menjadi bagi yang susah nak menyimpan
Sumber gambar: google images


Bila dapat gaji, perkara pertama MF buat ialah bagi pada ibu bapa untuk keberkatan gaji kita. Selepas tu, MF akan letakkan target simpanan gaji di akaun lain... Yang bukan akaun gaji atau akaun yang kita mudah guna. 

Mungkin boleh pindahkan ke ASB atau Tabung Haji... Atau bank lain yang jarang kita guna. Jangan biarkan duit tu kekal dalam akaun biasa kita guna. Kalau tak memang tak kekal lama. Hehe... itu MF punya amalan lah... 

2. Selesaikan hutang dan keperluan serta hadkan kehendak

9 Cara Mudah Simpan Duit, Confirm menjadi bagi yang susah nak menyimpan
Sumber gambar: Facebook


Dah selesaikan point nombor 1, MF akan selesaikan semua keperluan dan hutang yang ada. Ada sebahagiannya, suami yang take part bab ni... Ini tak jadi masalah bagi kami sebab kami laki bini memang dah buat persetujuan bersama. 

3. Buat tabung ikut warna duit

9 Cara Mudah Simpan Duit, Confirm menjadi bagi yang susah nak menyimpan
Tabung macam nilah kami buat. Sumber gambar : google... Cari gambar sendiri tak jumpa pula sebab dah lama tak buat tabung gini.. 


Yang ni MF dan suami pernah buat... Tahun 2017 kami buat cara ni sebab tengok kat FB orang buat. Dia letak dalam balang, kami letak dalam botol 100plus je... Senang nak masukkan duit tapi payah nak keluarkan. Kami buat 3 tabung ikut jenis warna duit. 

Tabung warna oren untuk duit RM20, tabung hijau untuk duit RM5 dan tabung warna biru untuk RM1. 

Memang dapat buat sehingga duitnya penuh. Alhamdulillah... bila dapat je duit kecil kan, ada je warna-warna tu masukkan je... Duit tu kami dah guna pun lah... buat pergi bercuti... 

4. Guna tabung yang susah nak korek duitnya

Bagi kami yang susah nak menabung kan ni lah cara kami. Beli tabung yang susah nak korek... Kami beli tabung tin kat kedai RM2 je... Tapi memang takde tempat nak buka... Tunggu je lah duit penuh baru pecahkan tin tu. Anak-anak pun kami belikan tabung tu sorang satu. 

Letak tabung tu di tempat yang senang nampak. Contohnya atas meja kerja... Ada duit masukkan... Duit jumpa ke... duit lebih beli FoodPanda ke, duit dalam mesin basuh ke... Masukkan dalam tabung tu. 

5. Guna sistem Goal di perbankan internet

9 Cara Mudah Simpan Duit, Confirm menjadi bagi yang susah nak menyimpan
Cara MF menabung di Maybank, confirm menjadi... Orang kata main kutu dengan akaun bank sendiri


Ini cara yang paling best MF pernah buat. MF guna sistem GOAL di Maybank. MF pernah buat.. dan Alhamdulillah berjaya menabung. Masa tu MF menabung untuk buat perbelanjaan sekolah anak. Dan juga untuk buat akikah. Perlukan duit yang banyak... Jadi, simpan duit kat akaun sendiri dengan cara ni... confirm menjadi... 

Seronok sebab bila dah masuk goal ni, duit kat akaun tu tak nampak dah. Jadi, kita boleh guna tanpa was-was. 

6. Banyakkan sedekah dan belanja keluarga makan

9 Cara Mudah Simpan Duit, Confirm menjadi bagi yang susah nak menyimpan
Gambar: Google Images


Bersedekah juga salah satu cara menabung... Tabungan di akhirat. Tapi di dunia juga kita akan dapat Cuma secara tak sedar. Jadi, jangan takut nak bersedekah... MF paling suka guna e-Wallet... sehari seringgit pun dah ok kan... Kat ShopeePay ada, kat Boost ada, ataupun Touch n Go e-Wallet. 

Kalau suami pula, biasanya dia belanja makan lah... ada rezeki lebih dia belikan anak-anak dan mak dia... Alhamdulillah .. memang akan ada lebihan lagi untuk simpan duit.

7. Tukarkan duit kepada emas

Kalau kita jenis payah juga nak menabung guna duit, tukarkan duit kepada aset yang bernilai seperti emas. Sekarang ni seratus pun dah boleh beli emas. Tapi tak pernah buatlah yang ni. Tapi ni satu tabungan yang bijak dan berkesan juga. 

8. Manfaatkan duit syiling

Duit syiling mungkin orang tak pandang sangat kan... Tapi duit syiling ni bernilai. Simpanlah duit syiling... Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Nak best lagi asingkan ikut nilai... Seronok kumpul syiling. Bila dah banyak, kita akan kira duit simpanan tu kan. Itu akan menambah keseronokkan tu. Nak mudah guna je saving calculator online untuk kira... Lagilah teruja.... 

Ajak anak-anak sekali join.. baru meriah. 

9. Tambahkan pendapatan sampingan


Bagi yang bergaji tak tetap... nak menyimpan satu cabaran kan. MF pun sama juga walaupun ada gaji tetap sebab komitmen banyak bantu suami. 

Sebab tu MF jadikan kelebihan MF dan kebolehan MF berblog, bersosial dan juga handphone kita tu untuk jana pendapatan sampingan. Selain blog, MF buat survey berbayar dan juga affiliate untuk tambah lagi duit poket. 

Apa pun, ini hanyalah pengalaman MF menabung dan simpan duit. Ni cara mudah la MF rasa sebab MF pun bukan jenis yang mudah nak simpan duit sebab banyak komitmen dan dugaan juga. Kadang, time kita simpan, itulah anak nak sakit, kereta rosak dan sebagainya. 

Tapi itulah guna simpan duit sebenarnya, kita nak guna time macam tu lah. Kalau tak simpan, susah juga kan. Nak pula MF dan suami kaki shopping... Jadi, kami memang simpan juga walaupun susah. 
Moga perkongsian ni bermanfaat untuk semua. 

Satu je MF nak kata... Rezeki ni milik Allah, yakinlah dengan Allah... Doa dan teruslah doa moga ditunjukkan jalan rezeki terbaik dan halal buat kita... Insha Allah... 


Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


8Ulasan

  1. Tq sis..
    Boleh cuba cara ni nanti untuk menabung..

    BalasPadam
  2. banyaknyer idea untuk simpan duit. terima kasih kongsi tip ni. nak cuba yang no. 8 dulu lah.

    BalasPadam
  3. Very practical & useful tips sharing here to save a sum for emergency of course. I'm saving this list so I can start with each to save a sum for my next overseas trip. Thanks for this. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  4. Menarik tips yg dikongsikan. Asingkan duit ikut warna tu rasa nak buat nanti, nak try juga. Hehe.

    BalasPadam
  5. Bagus tips ni .. boleh dimanfaatkan untuk keluarga sendiri. Terima kasih

    BalasPadam
  6. tq mar,sangat membantu..part tabung xleh korek tu i sukaaa..hehhe dah penuh baru pecah

    BalasPadam
  7. Terima kasih perkongsiannya. Bab simpan duit syiling tu pun kekadang menjadi.. sambil-sambil menyapu ke mengemas terjumpa terus simpan. Diam-diam angka tu beranak.. hihi

    BalasPadam
  8. Tq share. No 5 dan no 9 tu best boleh buat

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ