GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

JOM KENALI RASULULLAH SAW

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

JOM KENALI RASULULLAH S.A.W | Dalam syahadah kita sebut namanya... Tapi.. Sejauh mana kita kenal Baginda...

Rasulullah S.A.W dalam mengenang mu...
Kami susuri lembaran sirah mu...
Pahit getir perjuangan mu...
Membawa cahaya kebenaran...

Hari ni, MF nak ajak semua pembaca Kat blog ni.. Kenal Nabi kita...

Mungkin kita rasa.. Alah.. Dah belajar ni masa sekolah... Mungkin ada juga yang dah tahu... Tapi... Anggaplah ini sebagai ulang kaji..

Biar kita kenal...dan lebihkan kenal... Supaya dalam lagi cinta kita kepada Baginda.

JOM KENALI RASULULLAH S.A.W

Riwayat Hidup Nabi Muhammad

Jom kenal Rasulullah SAW

Biodata Rasulullah SAW 

Nama Penuh:
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Tarikh lahir:
Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

Tempat lahir:
Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Nama bapa:
Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Nama ibu:
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

Pengasuh pertama :
Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).

Ibu susu pertama : 
Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

Ibu susu kedua : 
Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

Riwayat Hidup Nabi Muhammad s.a.w 

USIA 5 TAHUN
  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua MALAIKAT untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN
  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN
  • Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
  • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masaitu.


USIA 20 TAHUN

  • Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
  • Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
  • Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
  • Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung peletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
  • Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
  • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

Keluarga Rasulullah SAW 

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

1. Siti Khadijah binti Khuwailid. 
  • Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.

    2. Saudah binti Zam'ah.
    • Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.

        3. Aisyah binti Abu Bakar.
          Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia 9 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.

              4. Hafsah binti Umar.
                • Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.

                    5. Zainab binti Khuzaimah.
                      • Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.

                          6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah.
                            • Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.

                                7. Zainab binti Jahsy.
                                  • Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.

                                      8. Juwairiyah binti Al-Harith.
                                        • Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.

                                            9. Safiyyah binti Huyai.
                                              • Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.

                                                  10. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan.
                                                    • Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.

                                                        11. Maimunah binti Al-Harith.
                                                          • Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.

                                                              12. Mariah binti Syam'un.
                                                                • Hadiah daripada Raja Muqawqis. Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.

                                                                ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

                                                                1. Qasim
                                                                2. Abdullah
                                                                3. Ibrahim
                                                                4. Zainab
                                                                5. Ruqaiyah
                                                                6. Ummi Kalthum
                                                                7. Fatimah Al-Zahra '

                                                                ANAK TIRI RASULULLAH SAW

                                                                1. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
                                                                2. Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

                                                                SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

                                                                IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

                                                                1. Thuwaibah
                                                                a. Hamzah
                                                                b. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

                                                                SAUDARA SUSUAN

                                                                1. Halimah Al-Saidiyyah
                                                                a. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
                                                                b. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
                                                                c. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
                                                                d. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

                                                                BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

                                                                1. Al-Harith
                                                                2. Muqawwam
                                                                3. Zubair
                                                                4. Hamzah ***
                                                                5. Al-Abbas ***
                                                                6. Abu Talib
                                                                7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
                                                                8. Abdul Ka ' bah
                                                                9. Hijl
                                                                10. Dhirar
                                                                11. Umaimah
                                                                12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
                                                                13. Atiqah ##
                                                                14. Arwa ##
                                                                15. Umaimah
                                                                16. Barrah
                                                                17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

                                                                *** Sempat masuk Islam.
                                                                ## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

                                                                Sabda Rasulullah SAW:
                                                                "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
                                                                syurga" (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

                                                                اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

                                                                Nabi Muhammad SAW - Manusia agung

                                                                Rupa Paras Nabi Muhammad s.a.w

                                                                KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

                                                                Begitu indahnya sifat fizikal
                                                                Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
                                                                muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
                                                                apa yang disampaikan oleh Baginda.

                                                                Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

                                                                • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
                                                                • Aku melihat cahaya dari lidahnya.
                                                                • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
                                                                • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
                                                                • Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
                                                                • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
                                                                • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
                                                                • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
                                                                • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
                                                                • Wajahnya seperti bulan purnama.
                                                                • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
                                                                • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
                                                                • Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
                                                                • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
                                                                • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
                                                                • Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
                                                                • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
                                                                • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
                                                                • Janggutnya penuh dan tebal menawan.
                                                                • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
                                                                • Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
                                                                • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
                                                                • Rambutnya sedikit ikal.
                                                                • Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
                                                                • Rambutnya terbelah di tengah.
                                                                • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
                                                                • Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.
                                                                • Seimbang antara kedua bahunya.
                                                                • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.
                                                                • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
                                                                • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
                                                                • Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
                                                                • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
                                                                • Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
                                                                • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
                                                                • Warna kulitnya putih tapi sihat.
                                                                • Kulitnya putih lagi bercahaya.
                                                                • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
                                                                • Badannya tidak gemuk dan tidak kurus.
                                                                • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
                                                                • Perutnya tidak buncit.
                                                                • Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

                                                                KESIMPULANNYA:

                                                                Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.

                                                                Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

                                                                Riwayat hidup Nabi Muhammad SAW

                                                                Syamail Muhammadi

                                                                Kalau nak kenal Nabi s.a.w boleh baca buku yang MF share Kat atas ni... 
                                                                Dalam buku tu details pasal Nabi Muhammad sa.w. 

                                                                 Dah kenal dah... Indahnya kalau dapat kenal Nabi s.a.w secara zahir kan..

                                                                Tapi boleh kita nak jumpa Nabi s.a.w.. Usaha kan diri kita untuk ke syurga Allah, untuk bersama dengan Rasulullah SAW.

                                                                Riwayat hidup dan bioadata ini adalah berdasarkan hadis-hadis yang sahih diriwayatkan oleh beribu perawi... Boleh juga rujuk Syamail Muhammadi.

                                                                Buku tu memang bagus... Insha sangat berguna ada buku tu setiap rumah... Supaya kita lebih kenal dan cinta Nabi kita. 

                                                                1Ulasan

                                                                Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
                                                                P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ