Siapa Sebenarnya Bilal?

Maria Firdz
9
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Siapa Sebenarnya Bilal? | Semalam trending betul kisah Bilal ye.... Penuh kat wall Facebook... Mungkin juga media sosial yang lain... 

Dan akhirnya netizen dah tak tertanya dah bila akhirnya wajah Bilal dipublish sepenuhnya... 

Itu kisah Bilal 2022... 

Tapi Sebenarnya... Siapa Bilal sebenarnya?

Haaaa... Ini yang MF nak kisahkan...
Ini Bilal yang sebenarnya... 

Bilal bin Rabah


Riwayat hidup Bilal

Bilal bin Rabah al-Habasyi (bahasa Arab: بلال بن رباح الحبشي‎), adalah bekas hamba kepada Umayyah bin Khalaf yang kemudian dimerdekakan oleh sahabat Nabi s.a.w., Abu Bakar setelah mengalami penyeksaan kerana kepercayaan yang ia anut. 

Nama gelaran Bilal diantaranya adalah as-Shadiqu al-Iman, al-Badzil nafsahu duna dinihi, dan Mu`adzinu Rasulillah. 

Sementara kunyah atau nama panggilan kehormatan beliau adalah Abu Abdillah. 

Sifat peribadi Bilal

Terkenal kerana keteguhannya dalam mempertahankan iman atas penyeksaan luar biasa yang menimpanya serta perkataan "ahadun ahad" yang menjadi jawapannya atas pertanyaan yang memintanya untuk keluar dari Islam.

Bilal lahir di daerah As-sarah sekitar 43 tahun sebelum hijrah, beliau masuk Islam pada umur 30 tahun. Ayahnya bernama Rabah, yang merupakan seorang hamba. Sedangkan ibunya bernama Hamamah, juga seorang budak wanita berkulit hitam yang tinggal di Mekah. Karena kondisi ibunya, sebagian orang memanggil Bilal dengan sebutan ibnu as-sauda` (putra wanita hitam).

Wajah sebenar Bilal

Wajah Bilal


Bilal adalah seorang hamba berkulit hitam dari Habsyah (sekarang Ethiopia). Beliau dibesarkan di kota Ummul Qura (Mekah), sebagai seorang hamba milik keluarga bani Abdu ad-Dar, lebih tepatnya keluarga Bani Jumah.

Ketika ayahnya meninggal, Bilal diwariskan kepada Umayyah bin Khalaf, seorang tokoh penting kaum Quraisy.

Bilal masuk Islam

Ketika Mekah dihebohkan dengan kemunculan seseorang yang menjadi Rasul, yang menyerukan kalimat Tauhid, Bilal adalah kelompok orang yang pertama memeluk Islam, walau statusnya masih menjadi seorang hamba.

Ketika Bilal masuk Islam, hanya ada beberapa orang yang telah mendahuluinya memeluk agama baru itu. Seperti Ummul Mu’minin Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar ash-shiddiq, Ali bin Abu Thalib, Ammar bin Yasir bersama ibunya, Sumayyah, Shuhaib ar-rumi, dan Miqdad bin Aswad.

Bilal kena seksa

Bilal kena seksa kerana masuk Islam 
Orang Quraisy yang paling banyak menyeksa Bilal adalah Umayyah bin Khalaf (tuannya), bersama orang yang menjalankan hukuman kejam. Mereka menghantam punggung Bilal dengan cambuk, tetapi Bilal hanya berkata, “Ahad, Ahad (Allah Maha Esa).”

Mereka menindih dada Bilal dengan batu besar yang panas, Bilal pun hanya berkata, “Ahad, Ahad.”

Mereka semakin meningkatkan penyiksaannya, namun Bilal tetap mengatakan, “Ahad, Ahad.”

Mereka memaksa Bilal agar memuji Latta dan Uzza, tapi Bilal hanya memuji dan mengagungkan Allah dan Rasul-Nya.

Mereka terus memaksanya, “Ikutilah yang kami katakan!”

Bilal menjawab, “Lidahku tidak bisa mengatakannya.”

Pada akhirnya Sayyidina Bilal dibebaskan oleh Abu Bakar, sehingga status Bilal bukan lagi seorang hamba, melainkan sudah menjadi manusia merdeka, dan beliau menjadi salah seorang sahabat nabi.

Orang yang pertama mengalunkan azan

Ketika hukum syariat azan diperintahkan oleh Allah, maka orang yang pertama kali disuruh oleh Rasulullah untuk mengumandangkan azan adalah Sayyidina Bilal bin Rabah, beliau dipilih kerana suaranya sangat merdu dan lantang. Beliau dikenal sebagai muazin pertama dalam Islam.

Beliau merupakan satu diantara 3 muadzin di masa Rasulullah bersama dengan sahabat Abu Mahdzurah al-Jumahi dan Abdullah bin Ummi-Maktum.

4 sebab kenapa Bilal menjadi muazin

Ada empat alasan mengapa Bilal diangkat menjadi penyeru adzan untuk umat Islam, untuk yang pertama kalinya.
1. Bilal memiliki suara yang lantang dan merdu.
2. Bilal sangat menghayati kalimat-kalimat azan. 
3. Bilal memiliki disiplin yang tinggi ketika mengumandangkan Adzan, lima kali dalam sehari semalam.
4. Bilal memiliki keberanian untuk mengumandangkan azan pada masa-masa awal dakwah Islam.

Bilal selepas kewafatan Rasulullah s.a.w

Selepas Rasulullah wafat, iaitu pada tahun 11 H, sahabat Bilal pergi meningggalkan Madinah menuju tanah Syam untuk meringankan kesedihannya, beliau akhirnya meninggal di kota Damaskus pada tahun 20 H atau 21 H ketika berumur 63 tahun.

Kehebatan Bilal

Hebat Bilal bin Rabah... Seorang sahabat Nabi s.a.w sangat mencintai Nabi s.a.w. Yang sangat kukuh iman dan Islamnya... 

Alhamdulillah
Ini sebenarnya Bilal dan semoga mereka yang bernama Bilal juga teguh imannya seperti Bilal bin Rabah.... InshaAllah... 

Semoga bermanfaat... 


Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


Catat Ulasan

9Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Iyer memang hot topis si BILAL ni..
    Hihihihi

    BalasPadam
  2. nice sharing mar!sangat bermanfaat ;)

    BalasPadam
  3. SubhanAllah sungguh besar dan perit apa yang bilal lalui. Teguh imannya. Semoga dia menjadi penghuni syurga yang abadi.

    BalasPadam
  4. Hebat sungguh bilal ni. Tapi teringat pulak kat bilal neelofa tu😂

    BalasPadam
  5. Sekarang ni nama Bilal tidak lekang dari mulut-mulut nitizen, Kena juga tahu mengenai Bilal yang sebenar. tq share

    BalasPadam
  6. Kisah Bilal ni rasanya dulu ada dlm buku teks agama sekolah rendah. Memang masih ingat smpai sekarang part dia kena seksa dengan batu tu ...

    BalasPadam
  7. Kalau dihayati kisah sahabat Nabi SAW memang seronok. Kisah mereka penuh dengan pengajaran

    BalasPadam
  8. For a non Muslims, I now learn more who is Bilal, thanks for sharing more on this. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  9. Dulu kisah bilal ini kita dah belajar masa sekolah. Melekat terus dalam hati sebab keindahan kisah hidupnya itu.. moga menjadi contoh pada anak-anak juga,

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !