Dahsyatnya Sifat EGO!!!

Maria Firdz
2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dahsyatnya Sifat EGO!!!

Ianya boleh memusnahkan diri sendiri, orang yang bersifat ego begitu berbangga dengan dirinya, seakan-akan dirinya lebih hebat dari Tuhan. Hinggakan kebenaran dan teguran tidak dipersoalkan. Renungankanlah wahai teman betapa dahsyatnya sifat EGO!

Orang yang ada ego tidak sedar dia ada ego. Ego diketahui melalui ilmunya, Kalau tahu pun ada ego, belum tentu lagi dapat membuangnya.

Ego adalah sifat batin. Tapi dapat dikesan tanda lahir dan sikapnya. Bila bercakap di kalangan kawan-kawannya selalu sahaja cakap besar, Bila berdiri selalu sahaja cekak pinggang. Apabila berbincang selalu tinggi suaranya

Apabila kebenaran itu keluar dari mulut orang payah menerimanya, kalau bercakap mahu menang sahaja. Bila bertemu orang payah bertegur sapa kecuali orang yang mendahuluinya.

Jika orang tersilap terhadapnya mudah sahaja marah dan berang, Selalunya serius sahja kurang mesra. Kalau hendak berkawan pilih-pilih orang. Biasanya orang yang setaraf dengannya. Hendak bermesra dengan orang-orang yang setarafnya sahaja.

Bila dicabar mudah sahaja mencabar, Kalau bersalah susah hendak meminta maaf. Adakalanya orang meminta maaf enggan menerimanya. Mudah marah bahkan marahnya sangat ketara.

Kalau ada kuasa, suka menzalimi dan menindas, Jika tiada kuasa selalu sahaja keras kepala untuk tunduk kepada ketua.

Bertekak dan berbahas menjadi budaya. pantang ditegur oleh sesiapa sahaja masam mukanya. Apabila ego sudah tebal sebarang kebenaran payah diterima. Bila ditegur sakit hatinya, dendam pula membara. Jangan disebut dosa pahala tersinggung perasaannya.

Kalau dipuji orang lain di hadapannya, sakit hatinya. Bahkan sebut nama Allah pun tersinggung jiwanya. Jangan cuba bala bencana datang kita kaitkan dengan kemurkaan Tuhan. Sakit hatinya, payah mahu menerima.

Jangan cuba hubungkaitkan dengan dosa. Dia akan melenting menunjuk sikap tidak menerima. Aduh, dahsyatnya ego itu amat merbahaya. Bukan sahaja dengan manusia bahkan kepada Tuhannya, kebenaran payah menerima.

Selalu sahaja menolak kebenaran bahkan dijadikan bahan perli sahaja kerana ego orang sanggup derhaka kepada Tuhan. Bahkan orang sanggup jadi kafir, lihat sahaja Namrud, Haman dan Firaun sungguh merugikan sanggup jadi kafir kerana egonya.

Sebelum matinya berbagai-bagai bala dan tanda-tanda amaran Tuhan. Namun tidak boleh jadi pengajaran. Akhirnya sanggup mati kafir kerana egonya...

Aduh, dahsyatnya sifat EGO!!!....

Sumber: JAWI

Buat apa nak bersifat ego kerana hidup kita tak boleh bertongkatkan langit... KIta tak boleh hidup sendiri di dunia ini.... Kerana itu memang fitrah kita.... kembali kepada sejarah Iblis dan Nabi Adam a.s. betapa hinanya kesan kepada sifat ego... 

JANGAN KITA MENYOMBONGKAN DIRI

Firman Allah SWT :
لَا جَرَمَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْتَكْبِرِينَ
[Surat An-Nahl 23]
Terjemahan :
"Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur."
Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. mmg dahsyat, moga kita terhindar, dijauhkn dr sifat ego nih...
    kalu nk ter ego pun moga2 cpt sedar diri

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !