Betul Ke Ada Istilah Bercinta #TillJannah???

Maria Firdz
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bercinta hingga ke syurga... Betulkah istilah ini... Betulkah kita akan jumpa suami kita semula di syurga nanti??? Dan kalau lelaki atau perempuan yang belum kahwin akan berkahwin di syurga... Betul ke???

Pertanyaan ini sebenarnya mewakili setiap pasangan yang memang cinta #tilljannah. Menjadi kemusykilan sama ada mereka akan berjumpa dengan pasangannya atau sebaliknya.


sumber: google image

Ini jawapan daripada Imam Muawwidz Al-Ansori Dzulkefly. Ikuti perkongsiannya.

Bismillahir rahmannir rahim,
Terima kasih kerana bertanya, saya menjawab dengan membawakan ayat Al-Quran, hadis dan juga pandangan ulama'
1. “Masuklah kamu ke dalam syurga, kamu dan isteri-isteri kamu digembirakan.” (QS. Az Zuhruf: 70) 
Jika seorang wanita meninggal sebelum dia sempat menikah dengan seorang lelaki maka Allah lah yang menikahkannya kelak di surga dengan seorang lelaki dunia, sebagaimana sabda Rasulullah SAW 
2. ”Tidaklah ada di syurga seorang bujang.” (HR. Muslim). 
3. Al-Syeikh Ibnu Utsaimin mengatakan bahawa jika seorang wanita belum menikah di dunia maka Allah SWT yang menikahkannya dengan seseorang yang menyedapkan pandangan matanya di syurga. Kenikmatan di syurga tidaklah terbatas untuk kaum lelaki akan tetapi untuk kaum lelaki dan wanita dan diantara kenikmatan itu adalah pernikahan. Demikian halnya dengan seorang wanita yang meninggal dalam keadaan sudah dicerai.

Demikian pula terhadap seorang wanita yang suaminya tidak masuk syurga. Syeikh Ibnu Utsaimin mengatakan bahawa seorang wanita yang masuk syurga dan belum menikah atau suaminya tidak termasuk ke dalam ahli syurga maka jika wanita itu masuk syurga dan di syurga terdapat lelaki dunia yang belum menikah maka seorang dari merekalah yang menikahinya.

Adapun seorang wanita yang meninggal setelah menikah dan dia termasuk ahli syurga maka di syurga dia akan bersama suaminya yang menikahinya saat meninggalnya.

Adapun seorang wanita yang ditinggal suaminya terlebih dahulu kemudian ia tidak menikah lagi setelahnya hingga dia meninggal dunia maka wanita itu akan menjadi isterinya di syurga.

Adapun seorang wanita yang ditinggal suaminya terlebih dahulu kemudian ia menikah lagi setelah itu maka wanita itu menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir walaupun wanita itu pernah menikah dengan beberapa lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah saw, ”Seorang isteri untuk suaminya yang terakhir.” (Silsilatu al Ahadits ash Shahihah Lil Albani)
Semoga ia menjawab..
Wallahualam.. 

Jadi faham lah sekarang... Nak bercinta till jannah kan... Kena la usaha sama-sama ke Jannah... Jangan sebut je bercinta hingga ke syurga.. rumahku syurgaku tapi amalan dan perangai macam nak ke neraka je... Sama-sama beringat!!! 

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !