GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Entry Pertama 2017 | 💚 3 Amalan Yang Paling Allah Suka 💚

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Entry pertama 2017... Sekadar peringatan dan perkongsian bersama... Untuk sama-sama kita amalkan...

3 Amal Yang Dicintai Allah

أَبَا عَمْرٍو الشَّيْبَانِيَّ يَقُولُ حَدَّثَنَا صَاحِبُ هَذِهِ الدَّارِ وَأَشَارَ إِلَى دَارِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ الصَّلَاةُ عَلَى وَقْتِهَا قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي بِهِنَّ وَلَوْ اسْتَزَدْتُهُ لَزَادَنِي

Abu Amru Asy Syaibani berkata, "Pemilik rumah ini menceritakan kepada kami -seraya menunjuk rumah Abdullah - ia berkata, "Aku pernah bertanya kepada Nabi SAW, "Amal apakah yang paling dicintai oleh Allah?" Baginda menjawab: "Solat pada waktunya." Abdullah bertanya lagi, "Kemudian apa kagi?" Baginda menjawab: "Kemudian berbakti kepada kedua orang tua."'Abdullah bertanya lagi, "Kemudian apa lagi?" Baginda menjawab: "Jihad fi sabilillah." Abdullah berkata, "Baginda sampaikan semua itu, sekiranya aku minta tambah, niscaya baginda  akan menambahkannya untukku." (HR Bukhari No: 496) Status: Sahih

Entry Pertama 2017 | 💚 3 Amalan Yang Paling Allah Suka 💚

Pengajaran:

1.  Pelbagai amal solleh dituntut untuk kita lakukan. Ada amal yang utama untuk dilakukan, ada amal yang paling dicintai Allah bergantung kepada keadaan, masa dan tempat.

2.  Tiga amal yang paling dicintai Allah:

a.  Solat pada waktunya – berusaha melaksanakan kewajipan ibadat kita dengan solat di awal waktu.

b.  Berbakti kepada ibu bapa – berusaha melakukan kebaikan, berbakti kepada kedua ibu bapa dan mengembirakannya – sama ada semasa dia hidup mahupun selepas mati.

c.  Berjihad dijalan Allah – berkorban harta, diri, keselesaan untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Jihad bukan bermaksud berperang dengan musuh yang nyata... Tapi jihad dan berperang dengan musuh yang tak nampak iaitu nafsu dan syaitan...

Berusahalah melakukan amal yang dicintai Allah... Moga 2017 kita jadi hamba Allah yang lebih baik... Amalan ke arah kebaikan yang lebih banyak dan berkualiti... Insha Allah...  Moga Allah Permudahkan segala yang kita dan memberkati apa sahaja yang kita lakukan untuk mencapai redha Allah semata-mata.... Insha Allah...


Selamat Tahun Baru 2017 buat semua... 😊

2Ulasan

  1. Salam tahun baru sis semoga diberkati dan sentiasa sukses dlm apa jua yg dilakukan...

    BalasPadam
  2. Salam tahun baru sis Maria..
    Semoga 3 amalan ini sama2 kita amalkan..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ