Pendidikan Anak Yang Betul

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pendidikan Anak Yang Betul

Berkata al-Imam Abu al-Qasim al-Qusyairi :

"أول ما يجب على المكلف أن يحصل من علوم الشرع ما يصحح به عقد توحيده كي لا يستهويه الشيطان بوساوسه ثم يحصل من العلوم ما يؤدي به فرضه ليكون بناء أمره على أساس محكم"

"Perkara pertama yang wajib ke atas setiap orang mukallaf ialah menuntut ilmu syarak (agama) di mana ilmu tersebut dapat mengabsahkan akidah dan tauhidnya supaya dia tidak digoda oleh syaitan dengan bisikan waswasnya. Kemudian daripada itu, hendaklah dia menuntut ilmu-ilmu yang lain sekira-kira dia boleh menunaikan segala yang difardukan ke atasnya. Perkara ini bertujuan supaya pembinaan urusannya (pendidikannya) itu dibentuk atas asas yang kuat lagi mantap".

والله أعلم وآحكم


Utamakan pendidikan agama dalam pendidikan anak-anak...  Pendidikan agam bermula sejak dari dalam kandungan... Kemudian berterusan hingga lahir dan berpanjangan hingga ke akhir hayat...

Tapi malangnya akhir zaman... Hanya sedikit yang memberi peringatan dan pengetahuan agama... Bahkan majlis ilmu agama hanya dihadiri oleh orang berusia... Anak-anak muda leka dengan dunia dan gilakan mencari harta yang tak pernah rasa puas dengan nafsu...

Renungkan... 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. pendidikan agama yang paling perlu ditekankan...

    BalasPadam
  2. sebab tu kena juga hantar anak2 ke sekolah agama ...sekurang2nya menambah pengetahuan mereka dalam pendidikan agama

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^