div id='header-inner'>

GANJARAN KEPADA ORANG YANG MEMUDAHKAN HAL ORANG LAIN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ حُرِّمَ عَلَى النَّارِ كُلُّ هَيِّنٍ لَيِّنٍ سَهْلٍ قَرِيبٍ مِنْ النَّاسِ

Dari Ibnu Mas'ud bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Diharamkan atas api neraka, setiap orang yang memberi kemudahan, lemah lembut serta dekat dengan manusia." (HR Ahmad No: 3742)

Pengajaran:

Allah mengharamkan api neraka  kepada orang yang melakukan amal berikut:

a.  Orang yang memberikan kemudahan kepada orang lain

b.  Orang yang memiliki sifat lemah lembut kepada sesama mereka, sama ada kawan mahupun lawan

c.  Orang yang sentiasa dekat dan bermanfaat kepada manusia lain

Mari kita beramal dengan sifat diatas. Mudah-mudahan kita terhindar daripada api neraka.

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram




Jadikanlah diri kita orang yang memudahkan urusan orang lain... Contohnya:

Jangan parking double park kecuali jika terpaksa dan tinggalkan no. phone dan jangan tarik hand break


Jadilah kita orang yang menyenangkan bukan menyusahkan orang lain... kadang dalam kehidupan kita ni, kita tak perasan kita dah menyusahkan orang.. oleh itu, fikir dulu kesan dengan setiap tindakan kita sebelum nak buat sesuatu jika ianya melibatkan orang lain. Sebab memang hebat sangat ganjaran yang Allah janjikan tu... Diharamkan api neraka... huissh... sapa tak nak kan... rugilah kalau tak rebut 3 amalan di atas tu... 

Catat Komen

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)