GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

11 Tanda Orang Berbahagia

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Siapa tak nak bahagia kan...
Tapi inilah tanda orang yang berbahagia...


11 Tanda Orang Berbahagia menurut Ustaz Ismail Kamus:

1- Tidak Rakus dengan Dunia
Orang yang bahagia dia tak sibuk kejar hal dunia...terutama hal duit dan kemewahan. Tapi apa yang kita lihat di akhir zaman... berlumba-lumba orang bisnes tanpa kira halal haram.

2- Sibuk Beribadah 
Harinya fikir masa untuk beribadah berbanding dengan urusan dunia.

3- Kurang Bercakap
Bercakap ketika perlu sahaja. Lebih banyak berdiam dari bercakap.

4- Memelihara Solat Fardhu
Ke mana sahaja dia pergi, solat diutamakan. Masuk je waktu solat, segera dia menunaikannya. Itulah tanda orang yang berbahagia.

5- Bersahabat dengan Orang Yang Soleh
Dia terlalu berhati-hati dalam memilih kawan apatah lagi sahabat. Dan memilih sahabat yang Soleh solehah.

6- Tawadhuk
Merendah diri.. tidak ego dan berdebat semata-mata hendak tegakkan pendapat sendiri.

7- Menjauhi Yang Haram
Berhati-hati dengan perkara haram dalam segenap kehidupan... bukan hanya segi perbuatan tapi segenap segi termasuk sumber pendapatan, makanan dan minuman serta pakaian.

8- Pemurah dan Baik Hati
Orang yang bahagia adalah orang yang tidak kedekut. Bila sebut bab pemurah teringat betul dengan telemovie"Akil Bakhil"... siapa tengok telemovie tu tahulah kan.. banyak pengajaran drama tu.

9- Kasih Sayang Sesama Makhluk
Bukan hanya sayang kepada manusia.. tetapi makhluk lain di dunia.. sayang kepada pokok, alam sekitar (jaga kebersihan dan tak buang sampah merata-rata) dan sayang juga kepada binatang.

10- Berguna Kepada Masyarakat 
Dapat berbakti kepada masyarakat... serta dapat membangunkan ummah.

11- Selalu Ingat Mati
Orang yang bahagia selalu ingat mati. Bila ingat mati, kita jadi sentiasa berwaspada dan akan sentiasa buat baik dan ikut semua perintah Allah dan Rasul.

Itulah 11 tanda orang berbahagia.
Bahagia ke kita???
Tepuk dada..tanya iman... 

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ