div id='header-inner'>

[UPDATE] Risau Dengan DIFTERIA | Amalkan DOA Ini!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Difteria, bunyinya pelik tapi ianya merupakan satu penyakit berbahaya. Mengundang maut!!! Zaman MF hidup masa kanak-kanak dulu, tak pernah dengar penyakit nih... Tapi muncul semula penyakit ni... Kalau ikut kajian, akhir zaman memang akan muncul penyakit pelik-pelik... Sebab tu jugalah diciptakan vaksin sebagai pencegahan awal. Tapi dikatakan sebab wujud gerakan anti-vaksin yang menular zaman sekarang ni, menyebabkan penyakit pelik dan virus yang berbahaya mudah menyerang manusia. 

Memang tengah kecoh juga dengan penyakit di laman sosial... Kecohnya terjadi, sebab dah ada tiga kes di Melaka dan kes yang sama telah di kesan di Kedah... Fuh... seram dengar... sebab penyakit ni merebak dengan mudah dan cepat... dan yang mudah berjangkit ialah kanak-kanak. 

Jom kenali apa itu Ditfteria...

APA ITU DIFTERIA
Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae. Ia tersebar melalui titisan cecair pernafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas. Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian. Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50%.




Difteria disebabkan oleh jangkitan bakteria Corynebacterium diphtheria. Ia tersebar melalui titisan cecair pernafasan. Bakteria ini akan menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas. Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis).

Beza Tonsil dan Difteria

Tanda dan simptom
Bentuk pernafasan memiliki tempoh pengeraman 2–5 hari. Permulaan penyakit biasanya secara perlahan-lahan. 
Simptom termasuk lesu, demam, sakit kerongkong serdahana dan masaalah menelan ("Dysphagia"). Kanak-kanak yang dijangkiti mengalami simptom yang termasuk mual, muntah, sejuk, dan demam yang tinggi, sungguhpun sesetengah tidak menunjukkan simptom sehingga jangkitan telah berkembang lanjut. Dalam 10% kes pesakit mengalami bengkak di bahagian leher, biasanya digelar "leher lembu/bull neck." Kes ini biasanya dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih tinggi.

Tambahan kepada simptom pada tempat jangkitan (sakit kerongkong), pesakit mungkin mengalami tanda-tanda lebih umum, seperti lesu, pucat, dan degupan jantung pantas ("Tachycardia"). Simptom ini disebabkan oleh toksin yang dibebaskan oleh bakteria. Tekanan darah rendah mungkin terjadi pada pesakit sebegini. Kesan jangka panjang toksin difteria termasuk kardiomyopathi and peripheral neuropathy (sensory type). Bentuk luka difteria sering kali merupakan jangkitan kedua penyakit kulit sedia ada. Tanda-tanda jangkitan difteria bentuk luka menonjol purata selepas tujuh hari selepas kemunculan penyakit kulit utama.

Pencegahan:
Vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima (5) serangkai, DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus influenzae type b). Ia diberikan pada usia 2, 3, 5 dan 18 bulan. Liputan imunisasi yang melebihi 95% dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok (herd immunity) dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini. Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung dari komplikasi.

Sejak pelalian difteria dimasukkan ke dalam Program Imunisasi Kanak-kanak Kebangsaan pada tahun 1972, kejadian penyakit difteria telah menurun dengan sangat drastik. Dalam tempoh lima (5) tahun kebelakangan ini, bilangan kes difteria yang paling tinggi di Malaysia adalah pada tahun 2013, iaitu empat (4) kes termasuk dua (2) kematian dilaporkan dengan kadar insiden 0.01 per 100,000 penduduk.

Pada masa kini, imunisasi difteria terkandung dalam vaksin lima (5) serangkai, DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenza Type B). Ia diberikan pada umur 2, 3 dan 5 bulan sebagai prime dose (dos utama) dan 18 bulan sebagai dos tambahan. Liputan imunisasi yang melebihi 95% dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini. Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan.

Di Malaysia, pesakit yang disyaki difteria akan diberi antitoksin dengan segera tanpa menunggu keputusan ujian makmal kerana sebaran toksin ke seluruh tubuh boleh mengancam nyawa. Lazimnya seorang kes difteria memerlukan tujuh (7) hingga lapan (8) vial antitoksin dengan kos RM500 per vial; berbanding dengan kos vaksin hanya RM34 satu dos dan dapat melindungi daripada lima (5) jenis penyakit.

Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang sangat tinggi. Ia menunjukkan betapa bahayanya penyakit ini dan betapa mustahaknya kanak-kanak diberi imunisasi difteria. Justeru, ibubapa disarankan untuk memastikan anak mereka telah mendapat imunisasi lima (5) serangkai prime dos yang lengkap. Tindakan bijak kita akan menyelamatkan anak-anak daripada komplikasi jangkitan difteria ini.

Kesan Dipteria
Dipththeria boleh diubati dengan antibiotik. Tetapi masalah dengan penyakit ini ialah:
1. Ia merebak dengan pantas dalam masa yang singkat.
2. Kumannya membebaskan toksin yang merosakkan saraf, jantung dan ginjal dgn cepat.

Bagi kanak-kanak yang dijangkiti dan dikesan lebih awal, sebelum toksin itu merosakkan organ, ia dapat dirawat dgn antibiotik.

Bagi kanak-kanak yang telah mengalami kesan toksin itu, rawatannya lebih kompleks dan mahal. Harga ubat anti-toksin dipththeria ialah RM500 dan perlu diberikan 7 kali. Tiada jaminan untuk sembuh. Jika sembuh pun mungkin mengalami kecacatan dalaman. Kanak-kanak itu menderita sepanjang hayat. -Dr Zubaidi Ahmad-

Sumber: KKM, Wikipedia

Rupanya, penyakit ni bukan penyakit baru, tapi berulang semula selepas wujud golongan anti-vaksin. Maknanya, pencegahan awal ialah vaksin... Usaha awal untuk biarkan penyakit ini merebak ialah vaksin.. tapi bila ada yang menolak... maknanya ada yang mudah terjangkit... Tu yang kita risau... Orang yang kena vaksin, risiko tu rendah nak kena penyakit ni.. tapi tetap boleh kena... 

Vaksin tak menjadikan seseorang tu kebal dengan penyakit sebab sakit, ajal maut tu Allah punya kuasa kan... Tapi sebagai manusia, Allah kita kena usaha dan elak. Zaman sekarang ni banyak virus dah wujud... jadi, kena ada usaha untuk mencegahnya. 

MF malas nak ulas bab golongan anti-vaksin tu... Debat dengan deme, sampai bila pun tak habis... Tapi kita mohonlah perlindungan Allah kan.. moga keluarga dan anak-anak kita dilindungi Allah... Risau juga memikirkan anak-anak yang bakal terdedah dengan dunia luar... rasa nak kurung kat rumah, buat homeschooling je kan... Tapi apa pun Allah ada kan.. kena tawakal dan usaha sedaya mungkin supaya anak-anak kita dilindungi dari bala dan bahaya. 
Amalkan doa ini setiap pagi dan petang terutama semasa keluar rumah...
Daripada Uthman bin Affan (RA): Mana-mana hamba Allah (SWT) yang membaca tiap-tiap pagi dan petang hari (bacaan di atas) sebanyak tiga kali insyaAllah tidak akan ditimpa keatasnya bahaya. 
(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Ni dah nak raya, elakkan bawa anak pergi tempat yang sesak dan ramai orang seperti bazar atau tempat shopping... Kalau nak shopping pergi sendiri atau gunalah shopping online je la kan... Peringatan juga yang dalam pantang tu... janganlah bawa baby pergi pasaraya zaman banyak virus ni... kesiann... Itulah yang Mf boleh pesan.. selebihnya sendiri lah mau ingat kan.. masing-masing jaga diri... Moga kita dilindungi.. 

Catat Komen

6 Ulasan

  1. Balasan
    1. bukan tonsil... tapi penyakit berbahaya akibat tiada pencegahan vaksin

      Padam
  2. aduh takutnya .. nak dekat rasa da ni lbh kurang 2 mgu lg. mcm2 penyakit

    BalasPadam
  3. Mcm mcm penyakit skrg ni kan.... Minta dijauhkanlah...

    BalasPadam
  4. kite yg dewasa sihat nih pun seram jgk membaca psl virus nih MF...
    nsb lah akak nih tak gemo sgt pg tempat sesak2... nk pi carikan baju raya pun pi tempat yg tak berapa ramai org... tak kisahla mahal skit jnji tak sesak menyesak mcm kt sogo nun... tak sanggup

    rasanya sejak dh 34thn ni baru dgr psl virus nih, dulu2 takde lak dgr psl virus2 gini... harapnya moga family kite terlindung dr semua penyakit2 gini

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)