div id='header-inner'>

Sample Percuma Susu Kambing Lazz

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Benda free siapa yang tak suka kan... MF pun tak lepas peluang bila ada offer untuk dapatkan barang percuma walaupun sekadar sample percubaan. 

Jadi, minggu lepas punya cerita... sebelum cuti sekolah hari tu, ternampak iklan susu kambing kat TV, rasa nak cuba... Tapi bila susu kambing ni tak boleh nak telan terus sebab ada sesetangah susu kambing bau hamis kan... Jadi, MF pun google mencari sample susu kambing... 

Rupanya, banyak jenama dan produk susu kambing memberi sample percuma... Jadi, MF tak lepaskan peluang, isi dan hantar borang untuk dapatkan sample percuma. Antaranya Susu Kambing jenama Lazz.


Lepas balik cuti, alhamdulillah.. sample percuma sampai... 
Tapi, tertangguh pula nak mencubanya... 

Malam semalam berkesempatan bancuh dulu sebungkus. Sample yang diberikan ialah dua bungkus. satu perisa asli dan satu lagi perisa kurma. 

MF bancuh yang kurma tu dulu. Buka je plastiknya cium dulu... tak berbau pun... 
Terus bancuh suam, tapi bila susu MF suka campur coklat sedikit, tak gemar minum susu begitu je, kecuali susu full cream segar. 

Mmmm... Sekali rasa, sedap.. tak bau hamis kambing pun... Rasa lemak-lemak gitu... Memang tak sia-sia juga rasa sample ni... Insha Allah, ada rezeki boleh beli susu kambing ni... 

Kenapa MF nak sangat rasa susu kambing ni??? 

Ini sebabnya:
  • Susu kambing lebih mudah dihadam dan dicerna
  • Pembuangan Lebih Lawas,dan dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman seperti sembelit
  • Diperkaya Vitamin C dapat membantu menguatkan kulit dan menghindar masalah kulit sensetif dan berparut.
  • Kalsium yang Tinggi
  • Dapat membantu mengeluarkan/ Menghilangkan Kahak, disamping dapat mencegah daripada terkena Asma.


Jadi, yang cuba rasa susu kambing Lazz ni,boleh isi borang DI SINI. 
Insha Allah, dalam dua minggu maksimum, dapatlah sample percuma dan boleh cuba rasa sendiri. 

Catat Komen

6 Ulasan

  1. Wah bestnye dpt samplee free...akak mcm maria la x minum susu..mesti kena campur sket...xleh telan..boleh try nti

    BalasPadam
  2. Bila ada sample sekurang kurangnya boleh adjust pada tekak kita boleh terima atau tak...memang ada sesetengahnya hamis...

    BalasPadam
  3. Wah blh try jugak ni...akk tk.biasa minum susu kambing..

    BalasPadam
  4. sy tak pernah try susu kambing. selalu dengar org kata berbau...tapi mcm nak try je ni

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)