بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Orang ramai terutamanya kaum wanita dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai teknik jenayah samun terutamanya setiap kali menjelang musim perayaan.
Kelicikan penjenayah yang lebih dikenali sebagai “Geng Hamper” ini, memperdaya mangsa terutamanya kanak-kanak, suri rumah dan pembantu rumah dengan memberikan "hamper raya" sebelum menyamun rumah mangsa.
Ikuti modus operandi (M.O) dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLB12aA673PXKsjW8hgQAacgBlvjh9UBLcpiX9plps5ZmIaMLJbb9BjDyBYWb1BRXT9luT3lsq1qPWFjKHlGsfB9m12qCnRYGffS5z_xuAmOjyBs_lXdLqy5AxEiGjOqX0m28MQE8iRzc/s320/13495157_1206094519400853_1638729870064306281_n.jpg)
Modus operandi (M.O):
- Suspek akan berpura-pura menghantar hamper ke rumah sebelum memasuki rumah mangsa untuk merompak.
- Suspek akan memperkenalkan diri mereka sebagai saudara jauh/sahabat lama kepada bapa/suami/majikan mangsa untuk meyakinkan mangsa agar membuka pagar/pintu rumah bagi menerima hamper yang dibawa.
- Mangsa yang terpedaya akan membuka pagar/pintu rumah sebelum suspek memegang dan mengugut mangsa menggunakan senjata sebelum merompak.
Nasihat polis:
- Sentiasa berhati-hati dengan mana-mana individu yang tidak dikenali walaupun ketika berada di dalam rumah.
- Kanak-kanak dinasihatkan untuk tidak sesekali membenarkan mana-mana individu yang tidak dikenali memasuki/menghantar barang ke dalam rumah anda tanpa pengawasan dan kebenaran dari kedua orang tua/penjaga.
- Hubungi segera bapa/suami/majikan jika menerima kehadiran individu-individu yang tidak dikenali tadi ke rumah anda untuk membuat pengesahan.
- Hubungi pihak polis dengan kadar segera jika adanya individu-individu yang boleh mendatangkan bahaya di luar rumah anda.
Sumber: Facebook PDRM
Bulan puasa dekat nak raya ni, macam-macam orang usaha nak cari duit tak kira halal haram dah... moga kita sentiasa dilindungi Allah.. amalkan doa-doa dari al-Ma'thurat agar beroleh perlindungan daripada-Nya. Insha Allah.
bahaya lah sekarang. macam2 taktik diorang guna utk merompak
BalasPadam