GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

[UPDATE] ADAKAH JATUH TALAK JIKA SI SUAMI MENGAKU BUJANG?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pertanyaan yang kerap berlegar, "adakah jatuh talak jika si suami mengaku bujang??". Kadang- kadang ada juga suami yang sengaja mengaku bujang. Mungkin ada hasrat hati yang hanya Allah lebih mengetahui

Namun persoalannya, adakah jatuh talak si isteri dengan bercakap begitu??? Kita lihat sedikit petikan kitab fiqh:

وفي البجيرمي عن القليوبي لو قيل له ألك عرس أو زوجة فقال لا أو أنا عازب فهو كناية عند شيخنا ولغو عند الخطيب اه
Ertinya: Di dalam kitab al Bujairimi pendapat yang di nukil dari al Qalyubi: sekiranya di tanya kepada suami "Engkau ada pengantin atau isteri? Kemudia suami menjawab :"tidak/ tiada, atau saya bujang" jawapan ini merupakan lafaz kinyah disisi syeikh kami( al Imam ar Ramli) dan lagha disisi as Syeikh al Khatib ( as Syarbini) .
sumber: google images

KESIMPULAN:
1. Jatuh talaq jika di niatkan talaq dengan kata suami "saya bujang" ataupun saya "takde isteri" dll. Kerana ini merupakan lafaz talaq secara kinayah di sisi al Imam ar Ramli.

2. Namun pada pandangan as Syeikh al Khatib as Syarbini, ia tidak jatuh talaq sekalipun di niatkan talaq. Ini kerana lafaz ini adalah lafaz lagha( kosong) dan bohong sahaja.

NASIHAT!!!
Hindarilah lafaz seperti ini. Buat apa nak berbohong. Tiada faedah pada pembohongan seperti itu.
-Ustaz Mohd Zaki Bin Zulkifli-


Jadi, bab fiqh kontemporari ni banyak cabang... bila macam ni confirm la jadi isu kan... Jadi, mesti juga berlaku khilaf... Tiada satu yang salah, dan tiada yang betul. Ustaz pun dah bagi dalil lagi... Maknanya, ada yang kata jatuh sebab termasuk dalam kategori talak secara kinayah, ada yang tidak sebab menipu sahaja, bukan bermaksud talak. Jadi, kalau ikut resam lelaki kat Malaysia yang kahwin dok mengaku bujang ni, rata-rata sebab menipu bukan bermaksud talak pun... sebab dah gatai kan... Jadi, dia tanggung dosa menipu la, bukan jatuh talak... 

Talak secara kinayah ni boleh buatkan jatuh talak... Nak tahu jatuh ke tak, kena rujuk hakim la... MF bukan hakim ya... kena pergi mahkamah syariah... Rujuk kat kaunselor sana, jangan tanya kat facebook pula ye... nanti ramai hakim dan ustaz ustazah kopi pasta kat sana bagi hukum. 


UPDATE:
Jawapan dari Mufti Wilayah Persekutuan

SOALAN:

Assalamualaikum ustaz. Sy ada satu soalan nk tnya ustaz. Ada seorang hamba Allah dtg bertanya kepada sy.

Ceritanya secara ringkas begini. Si isteri pulang ke kampung dgn membawa anaknya sekali. Dan semasa di airport, isteri ada bertanya kepada suami kenapa mesti memakai pakaian cantik2 sedangkan hnya ke airport. Dan si suami membalas dgn berkata. "Nk keluar lah sekejap lagi, kan bujang hari ni". Tp hakikatnya hanyalah dgn niat gurauan tnpa ada maksud begitu.

Adakah kata2 nya itu sebenarnya telah terjatuh talak kepada isteri dia?

Kerana ada kawan isterinya memberitahu walaupun dgn gurauan, hakikatnya telah jatuh talak.

Boleh tuan mufti jelaskan. Sgt berharap tuan mufti boleh mmberi penjelasan tentang perkara ini.

JAWAPAN:

Waalaikumusslam wbt,

Satu rukun daripada rukun-rukun talak ialah sighah, yakni bentuk ucapan talak itu. Jika tiada sighah talak maka tidak jatuhlah suatu talak. Sighah itu terbahagi kepada dua:

Pertama: Sighah Sarih

Sighah sarih bermaksud bentuk ucapan talak yang jelas dan tidak menanggung maksud lain selain talak. Ini seperti perkataan talak, cerai, berpisah. Kalimah-kaimah ini jika disebut tidak memerlukan kepada niat untuk menjatuhkan talaq. Sekalipun jika seseorang menafikan selepas itu: “Aku tidak berniat talak.” Maka tetap tidak diterima penafian itu.

Kedua: Sighah Kinayah

Kinayah bermaksud kiasan. Kalimah kiasan memiliki banyak maksud dalam suatu masa. Justeru, ia memerlukan niat cerai sewaktu dilafazkan perkataan kinayah itu. Jika tidak wujud niat talak sepanjang lafaz kinayah itu disebutkan, maka tidak jatuh talak. Contohnya seperti si suami berkata kepada isterinya: “engkau telah kosong,”  “engkau bebas,” “baliklah ke rumah ibu bapamu,” dan “engkau telah halal.”

Dalam kes diatas, mengaku bujang kami berpendapat tidak termasuk dalam lafaz talak. Dan jika dimasukkan sekalipun termasuk dalam lafaz kinayah yang sangat lemah. Ini kerana perkataan bujang membawa banyak maksudnya:

  • Boleh jadi maksudnya ialah bujang tiga bererti lelaki yang sudah berkahwin satu boleh berkahwin lagi tiga. 
  • Boleh jadi juga membawa maksud dia ingin menceraikan isterinya. 
  • Boleh jadi juga bermaksud dia menipu menyatakan dia tidak pernah berkahwin, kerana mengaku bujang tidak sama jika mengaku duda. 
  • Mungkin juga maksudnya ialah dia berasa seperti seorang bujang yang memiliki masa lebih lapang untuk urusan peribadi.


Begitulah seterusnya.

Justeru kami berpendapat tidak jatuh talak jika seorang lelaki mengaku bujang kerana perkataan itu tidak termasuk dalam lafaz sarih atau kinayah bagi talak. Jika termasuk sekalipun ia termasuk dalam makna yang paling ganjil dan lemah kerana bujang bermaksud tidak pernah berkahwin dan berbeza dengan duda.

Kami mengambil kesempatan di sini untuk menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dalam memilih ucapan supaya selamat daripaad sebarang kekeliruan.

Wallahua’lam.



p/S; Kongsikan ilmu ni untuk persediaan MF, bakal ajar tajuk ni kat pelajar Tingkatan 5 lepas naik cuti sekolah nanti... Kurang-kurang ada ilmu lain selain dalam buku dapat dikongsi.

6Ulasan

  1. lelaki yg player sanggup buat apa saja kalau jumpa ppuan dia suka..:)

    BalasPadam
  2. Merujuk dari portal rasmi JAKIM e-fatwa tidak jatuh talak hanya dosa menipu sahaja... kalau jatuh talak rasanya ramai perempuan dah jadi janda tanpa sedar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas komen... Nantikan penjelasan lanjut dgn isu ni.

      Padam
  3. Semoleknya elakkanlah...apa salahnya cakap..ya saya seorang suami...sudah beristeri...

    BalasPadam
  4. Kalau suami ada suruh isterinya mengaku bujang kat org lain,
    tapi belum sempat isterinya cakap,
    suami terus cakap xyah bagitau, sebab karang jatuh talak
    Pastu isteri pun kata ok sy xckp
    Adakah jatuh talak juga??

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ