بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Nasi Ambeng! | Pagi tadi, tetiba rasa nak makan nasi ambeng.. Lama tak makan nasi yang berasal dari jawa tu...
Alhamdulillah... Nak jadi rezeki MF tengah hari ni, resepi di kantin sekolah MF mengajar hidangkan nasi ambeng... Alhamdulillah... Puas makan...
Nasi ambeng ni asal dari jawa... Tapi kat Johor ni ramai jawa...jadi nasi tu popular juga di Johor...
Asal usul Nasi ambeng..
Nasi ambeng adalah hidangan khas Jawa berupa nasi putih yang diletakkan di atas satu bekas dan diberi lauk pauk di sekelilingnya.Lauk pauk dapat berupa bergedil , ikan masin goreng, rempeyek , sambal goreng , telur rebus, tempe goreng, urap , bihun goreng , dan kaki ayam . Tapi campuran ni dah diubah suai ikut selera tempatan.
Nasi ambeng adalah hidangan yang disajikan dalam dulang besar sebagai lambang kemenangan. Nasi dimakan beramai-ramai oleh empat hingga lima orang dewasa. Nasi dimakan dengan memakai dengan tangan tanpa sudu dan garpu . Hidangan nasi ambeng mengandung permohonan agar semua pihak yang turut serta dikurniakan banyak rezeki.
Lauk wajib nasi ambeng di Malaysia adalah serunding kelapa. Di Malaysia, lauk nasi ambeng yang popular adalah daging ayam masak kicap , mi goreng , dan sambal goreng. Hidangan nasi ambeng di Malaysia hampir sama dengan penyajian nasi ambeng di Jawa. Nasi dan lauk pauknya diletakkan di atas talam untuk dimakan bersama-sama.
Sumber: Diolah dari Wikipedia Indonesia
RESEPI NASI AMBANG
Bahan-bahannya:
A. Nasi Putih - masak mcm biasa
B. Ayam Masak Kicap
C. Mee Goreng
D. Serunding Kelapa
E. Sayur Goreng Jawa
F. Sambal Tempe Jawa
G. Daun Pisang
B. Ayam Masak Kicap
Bahannya:
● 1 bahagian paha ayam
● Garam kunyit secukupnya
● Minyak untuk menggoreng
● 1/2 biji bawang besar -hiris nipis
● 2 ulas bawang putih - mayang
● 1cm halia- cincang halus
● Kicap pekat manis secukupnya
● 2-3 biji cili padi- potong dua
● 1-2 batang cili hijau
Cara memasaknya:
1. Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan
2. Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan
3. Ambil dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili sampai naik bau.
4. Kemudian masukkan kicap dan ayam.
5. Goreng sampai ayam masak.
6. Akhir sekali kalau suka cili hijau bolehlah hiris cili hijau
7. Masukkan ke dalam ayam. Goreng sekejap dan padamkan api.
C. Mee Goreng Jawa
Bahannya:
● Mee kuning 2 paket
● Taugeh 50 sen
Bahan untuk di blender :
● 4 biji Bawang merah
● 3 ulas Bawang putih
● 1.5 biji buah keras
● Kicap 4 sudu
● Lada kering 2sudu
● 1 sudu lada hitam
● 1 sudu udang kering
● Letak sos dan gula untuk manis
Cara memasaknya:
1. Tumis bahan-bahan yang dimesin sehingga garing.
2. Masukkan mee dan gaul rata.
3. Masukkan taugeh.
4. Gaul sebentar dan angkat.
D. Serunding Kelapa
Bahannya:
● Sebiji kelapa parut
Bahan untuk diblender :
● Jintan manis 1 jemput
● 1sudu jintan putih
● 3 sudu ketumbar
● 4 batang serai
● 1/2 inci lengkuas sebesar ibujari
● 1/2 inci halia
● 4 ulas bawang putih
● 4 biji bawang merah
● 2 sudu lada kering dimesin
● 1/2 inci kunyit hidup
● 2 sdb udang kering
● Asam jawa sebesar ibujari diperah dan diambil airnya sahaja
● Gula dan garam secukup rasa.
Semua bahan diatas dimesin sehingga halus
Cara memasaknya:
1. Goreng kelapa tanpa minyak (sangan) sehingga kelapa kekuningan sedikit.
2. Ini adalah supaya serunding tahan lama dan tidak basi.
2. Tumis bahan2 yang di mesin sehingga garing.
3. Masukkan gula merah sehingga gula hancur.
4. Masukkan air asam dan garam.
5. Biarkan atas api kecil sehingga agak pekat.
6. Masukkan kelapa yang telah digoreng.
7. Gaul rata lebih kurang 5 minit.
8. Bolehlah diangkat.
E. Sayur Goreng Jawa
Bahannya:
● 5 ketul hati dan pedal ayam direbus dan kemudian dipotong dadu
● 500 gm udang halus dikopek kulitnya
● 2 bungkus tempe dipotong dadu. kemudian digoreng. asingkan
● 2 ketul tahu dipotong dadu. kemudian digoreng. asingkan
● 2 biji kentang dipotong dadu. kemudian digoreng. asingkan
● Kacang panjang dipotong serong
● Suon tahu kering direndam
● 3 biji bawang besar. dihiris halus
● 4 ulas bawang putih. dihiris halus
● 3 biji lada besar dihiris. boleh tambah cili padi sukakan pedas
● Serbuk lada sulah
Cara memasaknya:
1. Goreng bawang besar, bawang putih, lada besar yg sudah dihiris. dan garam secukup rasa
2. Masukkan pedal dan hati. kacau lama sket dan kemudian masukkan udang
3. Tabur serbuk lada sulah dan kacau
4. Kemudian masukkan kacang panjang.
5. Pastikan sayur tidak terlalu masak. masukkan tempe, kentang, tahu yg sudah digoreng. kacau
6. Akhir sekali masukkan suon dan tahu kering.
7. Jika ingin rasa yangg berlemak boleh masukkan santan dan gaul hingga kering.
8. Boleh juga ditambah sayur lain seperti lobak merak, kobis dan boleh juga dicampur kicap. (sambal goreng adalah merupakan menu wajib ada dalam nasi ambang).
F. Sambal Tempe Jawa
Bahannya:
● 2 bungkus tempe-potong dadu
● 1 biji kentang-potong dadu
● Soun
● 1 biji bawang besar*
● 2 biji bwg putih*
● 2-3 biji cili kering*
● Ikan bilis*
● Air asam jawa
● Garam
● Gula
● Kicap
Cara memasaknya:
1. Goreng tempe, kentang, soun
2. Mesinkan bahan-bahan yang bertanda *.
3. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang telah dimesin tadi.
4. Letak sedikit garam dan gula . Masukan sedikit air asam jawa.
5. Tumis sehingga naik bau, kemudian masukkan kentang, tempe dan soun yang sudah siap digoreng tadi.
6. Masukan sedikit kicap dan gaul sehingga sebati.
Siap semuanya, bolehlah dihidangkan.
Sumber: Denaihati
MF tak pernah buat... Makan je tahu... Tapi macam agak leceh la kan.. Sebab banyak menu nak kena buat... Dimasukkan dalam satu bekas... Jadi, ni salah satu bukti orang Jawa rajin... Hehe...
DAH LAMA TAK MAKAN NI
BalasPadamNampak sangat sedap..:)
BalasPadamsedapnyaaa... paling best nasi ambeng ni makan dalam dulang . kalau ada kenduri kat kampung , ayah selalu bawak balik balance dia makan with the geng.. kalau org luar tengok geli kot..huhu..tapi kitorg rasa, sedapnyaa lahaii
BalasPadamsy tak pernah try. sebab mungkin pelik kot tengok campuran nasi dan mee tu. tapi nanti nak try jugak, kat pasar malam ada jual cuma tak tahu sedap ke tak
BalasPadam