GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

4 Tips Membeli Emas

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

4 Tips Membeli Emas | Barang emas dengan perempuan ibarat kuku dan isi... Tapi tidak MF...  MF tak suka barang kemas... Cukuplah yang ada sekadarnya... 
4 Tips Membeli Emas
Sumber: Google images 

Bagi yang suka barang kemas... Terdapat beberapa tip mudah membeli emas untuk diikuti sebelum membeli barangan kemas, bak kata pepatah alah membeli menang memakai.

#1 Emas padat atau tumpat

Pastikan memilih barangan emas yang padat dan tumpat atau dalam erti kata lain padu. Ini penting kerana ia memudahkan proses penilaian ketulenan dilakukan jika mahu melakukan jualan balik atau pajakan. 

Untuk mengukur tahap ketumpatan sesuatu emas, densimeter akan  digunakan sebagai alat bacaan. Alatan ini tidak boleh membuat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang tidak padat atau kosong di tengahnya ataupun yang mempunyai batu permata.

Barang kemas yang padat atau tumpat juga lebih kukuh dari segi strukturnya serta tahan lasak dan tidak mudah patah atau putus untuk barang kemas seperti rantai leher dan gelang tangan.

#2 Emas 999 (24k) atau 916 (22k)

Barangan kemas yang dibuat daripada kedua-dua jenis emas ini mempunyai nilai yang tinggi untuk jangka masa panjang kerana kandungan emasnya. 

Emas 999 yang mempunyai kandungan emas 99.9% ini jarang dibuat kerana ianya terlalu lembut untuk direka bentuk serta mudah melekuk. 

Untuk mengenali jenis emas manakah yang anda berminat untuk beli, periksa di bahagian belakang barang kemas tersebut kerana emas tulen akan ditempa dengan cop ‘999’ atau ‘916’.

#3 Elakkan membeli emas putih

Emas putih dijual pada harga platinum, platinum merupakan logam yang paling mahal dan harganya boleh menjadi lebih mahal daripada harga emas 999 itu sendiri. 

Kandungan emas dalam barangan emas putih ini adalah sebanyak 37.5% ke 75% sahaja dan selebihnya adalah campuran logam lain. 

Untuk mengenal pasti emas putih ini, lihat di belakang barangan kemas itu akan terdapat cop sama ada ‘750’ atau ‘375’.

Emas putih memang cantik dipandang, cuma dari segi pelaburan atau jangka masa panjang harga emas putih akan jatuh sehingga 50% dari harga asal dan juga kualitinya.

#4 Emas bertahtakan batu permata

Setiap wanita atau bakal pengantin mengidamkan barangan kemas yang bertahtakan batu permata sebagai barangan kemas mereka. Ini kerana rekabentuknya yang menarik dan setiap satunya mempunyai keistimewaan sendiri.

Barangan kemas yang bertahtakan batu permata ini mempunyai nilai yang rendah untuk jualan balik. Jarang sekali barangan kemas dari emas 916 mempunyai batu permata ini kerana emas jenis ini tidak cukup kuat untuk memegang permata.

Jadi bagi bakal pengantin nak beli emas untuk pertunangan atau perkahwinan... Atau en.somi yang nak belikan hadiah emas kepada isteri... Tips membeli emas ni sangat membantu supaya membuat pilihan tepat dan bijak semasa membeli emas.
Sumber: Karangkraf 

8Ulasan

  1. Salam, ya betul sgt tntg tips2 ni...sy lagi lah, xsuka barang kemas sgt, tp suka emas putih...sngat exclusive gitu, but then tak beli sbb fikir kalau setakat nak nmpk cantik mase kawin, baik xyah..bazir..jual pun tak laku, haha.. :D

    BalasPadam
  2. Salam singgah sini sis...perkongsian yang bagus ni sis...diana kalau nak beli barang kemas suka beli yang 916 sebab emas dia tahan dan keras sikit tak mudah patah...tapi sekarang harga emas dah mahal entah bila dapat beli lagi....hihi

    BalasPadam
  3. Nice tips
    saya memang penggemar emas
    walaupun emas ada susut nilai bila nk jual balik...tp bg saya emas masih 1 pelaburan yg bijak
    zaman sekarang..kalo x minat dgn rantai gelang or subang emas..kita boleh beli dinar, bar atau jongkong emas.apapun memang x rugi beli emassebab boleh turun pd anak cucu.emas sampai bila2 pun akan ad nilai

    BalasPadam
  4. Asaalam. Actually mmg tgh cari post cara nk simpan duit. Good point bole simpan emas lepas ni. Tq sharing.

    BalasPadam
  5. sejak meningkat dewasa ni rasa ada juga keperluan simpanan emas. tapi barang kemas saya biasa je tak rasa tergoda sngt sbb banyak2 buat ape yg tu pakai 1 je hehe.. baik beli 999 simpan..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ