بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Ini Cara dan Adab Nak Panggil Nama Orang | Tidak elok sekiranya sedang bercakap, kita memperbanyak penggunaan kata ganti nama untuk merujuk seseorang seperti awak/kamu/saudara/anta.
Amat lembut dan lebih harmonis sekiranya kita boleh menukar kata ganti nama dengan menyebut nama mereka sendiri, kerana panggilan nama mereka lebih membawa kepada rasa kasih sayang dan lebih mesra daripada hanya berkata awak/kamu/saudara/anta.
Kata-kata seperti
-kamu silap
-kamu kata
-kamu sebut
-kamu buat
Tidaklah semanis berbanding kita mengungkapkan nama mereka tanpa kita menyebut ganti nama, bahkan kata ganti nama ini kadang-kadang lebih membawa kekasaran berbanding kelembutan.
Seyogianya seseorang menyebut nama pembicara berserta rasa hormat, jika dia mampu menyebut apa-apa panggilan yang menyenangkan pembicara itu lebih baik.
Adab sebegini amat dituntut sekiranya pembicara itu orang yang lebih rendah, seperti orang lebih tua dengan orang muda, para pengetua dengan orang bawahan. Tetapi orang bawah apabila berbicara dengan yang lebih senior, hendaklah mereka menggunakan perkataan-perkataan yang menunjukkan rasa hormat dan panggilan yang beradab.
Adab ini diambil daripada beberapa firman Allah, seperti "Wahai Ahli Kitab" ketika berbicara dengan Ahli Kitab, dan "Wahai orang yang mempunyai mata hati" .
Jauhilah daripada panggilan-panggilan yang buruk kerana nama itu ialah mahkota seseorang.
Kredit: Page Jalan-jalan Cari Ilmu
Ajarlah anak kita dengan adab panggil nama orang ni.. Walaupun dengan kawan sebaya.
Kadang tengok budak sekarang gelar kan kawan dia macam-macam.
MF dulu pun selalu digelar dengan gelaran yang tak sedap... Di panggil dengan kata yang tak best.
Panggil dengan nama... Itu yang terbaik... Sebab tu dulu MF suka guna kata diri aku dalam Entry... Kemudian saya... Dan sekarang ni dengan singkatan nama pena MF... Nampak lebih manis dan sopan kan walaupun orangnya takde lah manis mana.. Hehe... 😁
Jadi... Jomlah kita betulkan nama panggilan yang enak dan sopan... Insha Allah menambah silaturahim.
P/s: Tapi orang utara.. Kalau dia dah rapat dengan kawan dia. Dia tak panggil pangkat abang atau kakak dah... 'hang - aku' aje cukup menandakan mereka serasi dalam berkawan.. Kalau kat orang luar dengar. . Macam kurang ajar je kan.. Tapi itulah style dialog orang di sebelah utara...
Semoga kita dipelihara dari suka menggelarkan orang hee~
BalasPadambetul saya pun selalu tukar tukar kata ganti diri dalam menulis sebab kalau guna aku macam kasar even kita selesa dengannya
BalasPadamEh! samalah masa awal berblog Mrs. A guna ganti nama aku tapi kemudian sudah tukar ke Mrs. A ngeh! ngeh! ngeh!
BalasPadam