GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Mencukur Bulu Kaki!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Soalan; 
Uztaz, saya inginkan penjelasan tentang apa hukum sekiranya seorang perempuan itu mencukur bulu kakinya? adakah itu haram? saya pernah terbaca di internet sebelum ini yang mengatakan mencukur bulu kaki bagi seorang perempuan adalah wajib bagi yang menyerupai bulu kaki lelaki. adakah itu benar, uztaz?? Untuk pengetahuan uztaz saya ada seorang kawan yang telah pun mencukur bulu kakinya menggunakan sejenis sabun/ubat yang pernah diperkenalkan melalui iklan di televisyen (Veet). terima kasih, uztaz.

Jawapan;
Tidak ada larangan dari Syarak terhadap mencukur bulu kaki. Yang ada larangan hanyalah mencukur/menipiskan bulu kening di mana ia dilaknat oleh Allah sebagaimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya; “Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang mencukur alis (bulu kening) atau minta dicukur alisnya dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.).

Apabila tidak ada larangan, maka ia kekal di atas hukum asalnya iaitu harus. Secara amnya, hukum mencabut bulu di badan adalah seperti berikut;
  1. Mencabut bulu ketiak dan ari-ari; hukumnya sunat. Bagi bulu ari-ari yang paling baik ialah mencukurnya. Adapun bulu ketiak yang paling baik ialah mencabutnya. Namun, jika dibuang dengan cara lain dari itu tidak mengapa.
  2. Mencabut bulu kaki dan bulu lengan/betis bagi wanita; harus kerana tidak ada dalil Syarak melarangnya.
  3. Menghilangkan bulu kening; haram sekalipun dengan permintaan suami kerana larangan keras oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis di atas.

Mengenai bahan/ubat/sabun yang digunakan itu, harus jika tidak mendatangkan mudarat kepada badan. Selain itu, hendaklah dipastikan ia suci (tidak mengandungi bahan najis). Jika ada bahan najis, hendaklah dibasuh sebelum mengerjakan solat. Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 727 dan 739.
2. Soal jawab agama bersama USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL Penasihat Akademik Maahad Darul Faizin. Ilmudanulama. blogspot. com

8Ulasan

  1. pernah terbaca dalam buku (lupa tajuk sebab rasanya baca masa sekolah rendah)
    bulu ketiak yang panjang akan jadi tempat syaitan bergantungan....
    tak tahulah sahih atau tak..

    BalasPadam
  2. peringatan baik untuk wanita dan para suami. salam jumaat maria! jom baca entri terbaru

    BalasPadam
  3. salam jumaat maria dan terima kasih di atas perkongsian ini...

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..jelas..terima kasih kongsi ilmu..

    BalasPadam
  5. Adoi....ingat x boleh cukur kaki...nak cukur lah balik ni...utk suami jgk kan...hihihi

    http://alongwawaerna.blogspot.com

    BalasPadam
  6. saya tau bab ni...maksud saya bab bulu kaki tu
    thanks for sharing

    BalasPadam
  7. tq for sharing.
    info gini la yg perlu diviralkan zaman moden skang ni :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ