Yang Terkini

Simptom Selepas Bersalin Yang Tak Boleh Diabaikan!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bersalin, satu pengalaman indah yang tak boleh diceritakan... Walaupun banyak kali bersalin, pasti setiap kali bersalin tu akan lalui pengalaman yang berbeza. Seingat MF, mak MF pernah bersalinkan 8 orang anak... mak mentua pula pernah bersalinkan 3 orang anak... Mak mentua dan mak MF masih ingat setiap pengalaman bersalin yang berbeza antara kami adik beradik... Hebatkan kuasa Allah. 

Pengalaman bersalin yang berbeza ini juga, buatkan kita perlu ada ilmu yang berbeza... Cari gali ilmu sentiasa. Semalam, MF dapat berita pasal saudara rakan sekerja yang tumpah darah selepas bersalin secara pembedahan. Kini dirawat di ICU, selepas doktor putuskan untuk buang rahimnya untuk hentikan pendarahan. Ngeri dengarkan. 

Jadi, perlu ambil kisah dengan beberapa keadaan tak terduga yang berlaku selepas bersalin:

Keadaan yang memerlukan rawatan kecemasan segera

Pergi ke hospital dengan segera jika anda mengalami mana-mana yang tertera di bawah: 

Kehilangan banyak darah atau ia berlaku tiba-tiba 
Ini mungkin disertai tanda-tanda kejutan, seperti denyutan jantung yang pantas, pening kepala, berpeluh dan rasa seperti hendak pitam. Kehilangan banyak darah melalui faraj adalah pendarahan postpartum (tumpah darah selepas bersalin) dan anda mesti dapatkan bantuan dengan segera. 

Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan
Ini mungkin kesan sampingan suntikan epidural dan anda patut berjumpa doktor secepat mungkin. Dalam 72 jam pertama selepas bersalin, sakit kepala yang teruk juga mungkin tanda pra-eklampsia, yang boleh berlaku selepas atau sebelum bersalin. Jika anda mengalami pra-eklampsia, anda juga mungkin mengalami penglihatan kabur dan/atau berasa loya. 

Tekanan darah tinggi
Tekanan darah anda patut diambil dalam masa enam jam pertama selepas bersalin. Jika angka di bawah (diastolik) melebihi 90, ini mungkin tanda anda mengalami pra-eklampsia dan berisiko menghidap eklampsia sepenuhnya. Anda patut berjumpa doktor dengan segera dan jika perlu, dimasukkan ke hospital. Tambah membimbangkan jika anda juga ada tanda-tanda lain pra-eklampsia seperti sakit kepala, penglihatan kabur atau berasa loya. 

Nafas pendek
Nafas pendek biasa berlaku jika anda melakukan sesuatu yang aktif seperti mendaki bukit. Tetapi jika anda berasa sesak nafas dan ianya tidak pulih walaupun selepas anda berehat, ia mungkin tanda embolisme pulmonari (apabila darah beku tersekat pada salah satu saluran darah di paru-paru). 

Sakit dada
Jika anda mengalami kesakitan pada dada, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan dada atau ketegangan otot tegang akibat meneran semasa bersalin. Namun begitu, ia juga mungkin tanda sejenis embolisme pulmonari dan tidak harus diabaikan. Jika anda mengalami kesakitan, sesak nafas atau batuk berdarah, anda mesti segera pergi ke hospital. 

Sakit betis
Kesakitan pada betis mungkin adalah trombosis vena dalam (deep vein thrombosis – DVT). Ini adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan ia boleh membawa maut. Kadang-kala anda juga mungkin nampak tanda merah, bengkak dan/atau suhu badan yang tinggi sedikit. 

Berfikir hendak membunuh diri
Jika anda dapati diri anda memikirkan tentang kematian atau membunuh diri, hubungi doktor anda dengan segera atau berbincanglah dengan ahli keluarga anda supaya mereka boleh dapatkan bantuan untuk anda. 

Berkelakuan kurang siuman, termasuk insomnia dan mudah rasa gelisah
Selepas melahirkan bayi, sesetengah ibu mengalami perubahan dramatik pada kesihatan emosi dan mental mereka. Kekacauan pemikiran, terlalu mudah rasa gelisah, kekeliruan dan delusi boleh jadi permulaan sejenis keadaan kesihatan yang jarang berlaku, dikenali sebagai psikosis puerperal. Jika ini berlaku, sangat penting bagi anda mendapat rawatan segera dan bantuan yang anda perlukan. 

Demam yang sangat panas (38 darjah C)
Demam panas boleh disertai menggigil dan ia adalah satu tanda jangkitan. Selepas bersalin, anda boleh jatuh sakit dengan teruk dalam masa yang singkat jika anda mengalami jangkitan yang tidak dirawat segera. Tempat yang mudah terkena jangkitan ialah pada jahitan atau rahim anda. 

Tidak dapat membuang air kecil dalam enam jam pertama selepas bersalin
Jika anda tidak membuang sejumlah air kencing yang memuaskan dalam masa ini, anda mungkin mengalami masalah air kencing bertakung. Semasa anda di hospital, jururawat akan memerhatikan jumlah air kencing yang keluar. 

Keadaan yang cemas, tetapi boleh ditangguh sehingga pagi

Beritahu doktor anda secepat mungkin jika anda mengalami mana-mana simptom berikut: 

Rembesan faraj yang berbau busuk
Ini boleh jadi tanda terdapat jangkitan pada rahim atau faraj. 

Perut yang sakit
Ini juga mungkin satu tanda jangkitan. Anda mungkin berasa sakit pada luar perut di sekeliling jahitan jika anda menjalani pembedahan caesarean. Ia juga mungkin di dalam rahim, kerana tempat plasenta tertanggal adalah suatu luka yang perlu sembuh. Jika jangkitan dalam rahim tidak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko anda mengalami pendarahan postpartum (lihat atas). 

Buasir yang teruk atau bengkak
Walaupun buasir adalah perkara biasa, kadang-kadang ia bengkak terlalu besar dan sakit selepas anda bersalin. Buasir adalan urat darah di dalam dubur yang bengkak, tetapi ia boleh terunjur keluar. Ini dikenali sebagai rembung. Anda mungkin juga akan mengalami sedikit pendarahan. 

Sugul bayi yang tidak hilang selepas 10 hari
Jika menjelang hujung minggu kedua selepas bersalin anda masih berasa pilu, murung, cepat marah dan tidak berasa seronok menjadi seorang ibu, anda mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin. Penting bagi anda bercakap dengan doktor mengenainya. 

Sakit yang teruk pada perineum (kawasan di antara faraj dan dubur), mungkin disertakan air kencing yang memedihkan dan/atau berbau busuk
Ini mungkin jangkitan pada jahitan atau jangkitan air kencing. Penting bagi doktor memeriksanya untuk memastikan sama ada perineum anda sembuh dengan elok. Ia juga mungkin haematoma, atau lebam besar, pada tisu faraj anda. 

Punggung bocor
Keperluan untuk meluru ke tandas adalah biasa selepas bersalin, tetapi jika anda terbuang air besar sebelum berjaya sampai ke tandas, itu mungkin tanda peninjaan tak terkawal (keadaan di mana seseorang itu tidak dapat mengawal buang air besar). Beritahulah dengan doktor anda dengan segera.

Sumber: http://www.babycenter.com.my

Jadi, jangan ambil mudah jika ada tanda-tanda seperti di atas. Lepas bersalin, pantang betul-betul untuk elakkan sesuatu yang tak ingini... 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. sy bru nak masuk 2org..ekeke...tunggu jelah pengalaman yg kedua ni nanti mcm mn..

    BalasPadam
  2. time lps bsalin ni mmg kne jge kan.lg 1 paling tkut klu jhitan terbukak.

    BalasPadam
  3. kesiannya pada kawan maria tu
    camne keadaan dia sekarang

    tulah kan, jangan ambil mudah benda lepas bersalin ni

    BalasPadam
  4. alhamdulillah proses berpantang aida 3 kali baik-baik saje.
    alhamdulillah :)

    BalasPadam
  5. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan, BRENDA HARAPAN pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah syarat-syarat yang jelas dan mudah difahami dan keadaan Dari
    $ 20.000 untuk $ 7000000 USD, Euro Dan Pounds Sahaja. Saya memberi Pinjaman Perniagaan,
    Pinjaman Peribadi, Pinjaman Pelajar, Pinjaman Kereta Dan Pinjaman Untuk Bayar Off Bil. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (brendahope816@gmail.com)

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ