GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Amboiii... Sombongnya!!!

TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG dapat di kesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu samada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan. 

Terdapat 26 tanda–tanda sifat sombong:

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya. 

2. Mudah marah – Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.

3. Memilih kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.

4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni ia suka orang yang mahu dengar katanya.

5. Memandang hina kepada golongan bawahan. 

6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan. 

7. Dalam pergaulan, ia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain. 

8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain. 

9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya. 

10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya. 

11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf. 

12. Dia suka dihormati. 

13. Suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar. 

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu. 

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang. 

16. Kurang menghormati pemberian orang.

17. Suka mencerita kelebihan diri.

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain. 

19. Kurang menikmati nikmat Allah s.w.t. Kalau ada, dibazirkan.

20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja. 

21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang. 

23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya. 

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan. 

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain. 

26. Dia sangat tersinggung kalau orang sebut kelebihan orang lain didepannya. Tetapi kalau dia dipuji ,dia berasa bangga dan senang hati.

Jauhkan sikap ini.

Sumber: Page PDH

Tapi... Bagi wanita bergelar isteri mesti ada sifat sombong bila berhadapan atau berbicara dengan lelaki ajnabi...atau bukan mahram... Maksud sombong tersebut ialah...tidak bercakap dengan nada lemah lembut gemalai atau terlalu mesra dengan lelaki bukan mahramnya...
Sombong biaq la bertempat naa... Sombong sangat pun tak bawa ke mana...


6Ulasan

  1. alamak.. ada tak pernah buat macam ni T.T huuurmm..
    tapi bab memilih kawan tu CT mmg pantang orang cemtu.. xyah nak memilih sngtla..
    kat mata tuhan semua sama.. insan hina gak..

    BalasPadam
  2. Salam. Hee peringatan diri sendiri juga ;p

    BalasPadam
  3. Semoga kita semua dijauhkan daripada sifat sombong..

    BalasPadam
  4. singgah sini ! shahril x sombong kan [-( ?

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ