بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Musim panas dan kering memang beri dugaan kepada kita... terutama ibu bapa yang ada anak kecil kan... Begitu juga MF .. di duga baru-baru ni.. dan syukurnya ujian tu dalam masa MF tengah bercuti...
Si adik demam masa awal-awal cuti... MF pantau suhu badannya setiap masa, banyakkan dia menyusu dan minum air... Namun, si adik makin pelik bila meragam kali ni... demam sekali dengan ragam yang tak pernah MF hadapi sebelum ni..
Dia tidur siang sahaja, malam mula merengek dan menangis.... Sejak sebelum cuti dulu, perangai dia macam tu... MF memang tak cukup tidur.... suami turut terkesan sebab tak dapat tidur... Bahkan dalam cuti tu... dua hari MF tak tidur malam... macam-macam cara dah buat... menangis dan melekat (mengempeng sepanjang malam) buatkan badan MF memang tak larat sangat-sangat...
Namun, MF dan suami mula muhasabah diri esok harinya... Mencari punca, kenapa adik begitu... Akhirnya, kami memilih untuk ubah tempat tidur.. mungkin tak serasi agaknya... Kemudian, suami ubatkan air bacaan ayat Quran dengan air zam zam.... MF juga usahakan dengan air yassin serta kurma... Dalam masa yang sama, banyakkan istighfar dan buat juga solat hajat dan solat taubat.
Alhamdulillah...dengan izin Allah demam adik reda, adik tidur lena dan kembali ceria... tak menangis lagi... Alhamdulillah Ya Allah...
Itulah... setiap anak yang Allah berikan ada ujiannya... Bahkan ada sesetengah orang, Allah uji dengan tiada anak... usaha sedaya mngkin untuk dapatkan anak, dan bila dah dapat Allah uji lagi... Anak kecil yang selalu demam, selalu buat perangai adalah ujian Allah untuk ibu bapa, kerana dosa-dosa kita...sebab anak kecil yang belum mumaiyyiz takde dosa... mereka ibarat kain putih.. Jadi, apa yang mereka lalui, adalah ujian kepada kita sebagai ibu bapa kerana dosa kita...
Sepertimana Allah berfirman dalam surah al-Anfal, ayat 28 yang bermaksud:
"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar."
Ujian Allah melalui anak itu ada ganjaran yang besar jika kita tabah, sabar dan redha hadapinya..
Jika anak sakit, nakal dan diuji dengan anak... maka sebagai ibu bapa mestilah banyakkan solat taubat, istighfar dan juga sedekah... muhasabah diri dan menyesali diri...
Selalu juga MF dengar rintihan ibu bapa mengenai anak.. jika anak demam, sakit, takde selera makan... dah puas usaha, tapi tak sembuh juga... Sebenarnya, kita kurang satuuu je... iaitu TAWAKAL. Kita dah puas usaha, tapi disebalik usaha kita tak terdetik ataupun kurangnya rasa tawakal kepada Allah. Ingatlah, apa sahaja usaha kita Allah lah yang berkehendak dan berkuasa memberi apa yang kita usahakan. Jangan sombong... Usahalah sedaya mungkin, namun jangan lupa untuk berserahkan segala usaha kita kepada Allah.
Semoga Allah berikan kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kita iaitu amanah Allah di dunia dan harta bekalan kita ke akhirat.
memang mcm tu kalau anak sakit..risaunya hanya Allah yg tahu kan..
BalasPadamBetul tu. Anak adalah ujian. Memang risau kalau anak demam ni. Tak lena tido dibuatnya.
BalasPadamAnak itu amanah...
BalasPadaminsyallah kak mar...
BalasPadamakan ayu igt nie..
terima kasih atas peringatan..
alhmdullilah anak blm demam trok2
cume malam mmg nak ngempeng jeee