GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Pengajaran dari Pokok Semalu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Untukmu Wanita
Bila bercakap tentang malu, ada satu kisah menarik tentang MALU. 

Kisah antara Rasulullah SAW dan puteri baginda Fatimah r.a.

Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada Ayahndanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan yang keempat dan terakhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Jadi, wahai para muslimah sekalian, ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanyalah tumbuhan renek yang melata tetapi sifat malu tetap terjaga dan kena pada tempatnya, yang sentiasa mempertahankan maruah dan harga diri, dan yang pandai menjaga diri.

Renungkanlah wahai para wanita... Allah jadikan sesuatu makhluk yang lain dari manusia untuk kita renungkan dan ambil pengjaran..supaya kita menjadi hamba-Nya yang berfikir... 

7Ulasan

  1. Allah, terima kasih kak atas sperkongsian..

    Sungguh hebat Allah ciptakan wanita.. sgt besar pengajaran semalu..")

    BalasPadam
  2. Saya kalau jumpa pokok ni, suka tekan-tekan dia, sebab suka tengok di kuncup. Rupanya ada pengajaran juga ya.

    BalasPadam
  3. moga kita amek pengajaran dari pohon semalu ni :)

    BalasPadam
  4. terima kasih berkongsi...banyak yang kita dapat dengan memerhati alam sekitar kan kak...^_^

    BalasPadam
  5. Setiap.apa yg diciptakan Allah tu ada manfaat / pengajaran yg boleh kita ambil kan kak..subhanallah...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ