GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Enam Kesalahan Suami Biasa Lakukan!

sumber: google images

1.      Tidak mengajar agama dan hukum syariat kepada Isteri.
Betapa sukarnya  untuk menemui seorang isteri yang benar-benar solehah. Malah, ia menjadi satu cabaran besar bagi seorang lelaki untuk mencari dan membentuk pasangan menjadi  seorang isteri yang mempunyai sifat yang terpuji dan kriteria pegangan agama yang kuat.
Justeru tidak hairanlah, jika ada di antara isteri masih tidak tahu bagaimanakah untuk menunaikan solat dengan betul, hukum haid dan nifas, melayan suami dan mendidik anak mengikut Islam.  

2.      Mencari-cari kekurangan dan kesalahan isteri.
Para suami juga tidak digalakkan untuk meninggalkan isterinya dalam masa yang lama. Hal ini dikhuatiri akan menimbulkan perasaan kurang senang dengan kekurangan pada isterinya. Dan barang siapa mencari aib saudaranya sendiri, Allah juga akan mencari aibnya.  
Maka, hendaklah seorang suami itu bersabar dan menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya.

3.      Hukuman tidak sesuai kesalahan.
Ia termasuk di dalam bentuk kezaliman terhadap isteri. Di antara bentuk hukuman yang zalim itu adalah:
- Menggunakan pukulan di tahap awal pemberian hukuman. Padahal Allah SWT telah berfirman,“Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuz-nya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka dan pukullah mereka.”( An Nisa’:34)
- Mengusir isteri dari rumah tanpa ada sebab secara syar’i. Allah SWT berfirman yang ertinya:  “Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka (diizinkan) ke luar kecuali mereka mengerjakan perbuatan keji yang terang .” (Ath Thalaq:1)
- Memukul wajah, mencela dan menghina. Ada seseorang yang datang bertanya kepada Rasulullah, apakah hak isteri ke atas suaminya? Baginda menjawab,  “Dia (suami) memberinya makan jika dia makan, memberinya pakaian jika dia berpakaian, tidak memukul wajah, tidak memburuk-burukkan dan tidak memboikot kecuali di dalam rumah.” (Riwayat Ibnu Majah, disahihkan oleh Al Albani)

4.      Kedekut memberi nafkah.
Sesungguhnya kewajiban suami adalah memberi nafkah kepada isteri, sepertimana yang ditetapkan di dalam al-Quran. Isteri berhak mendapat nafkah, kerana dia telah menjadi halal untuk disenangi,  dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengatur rumahnya, mengasuh dan mendidik anak-anaknya.

5.      Sikap keras, kasar, dan berlembut.
Rasulullah s.a.w telah bersabda:  “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya.” (Riwayat Tirmidzi, disahihkan al Albani)
Maka hendaknya seorang suami itu berakhlak baik terhadap isterinya, dengan bersikap lembut, dan menjauhi sikap kasar. Di antara bentuk sikap lembut seorang suami itu adalah, bergurau senda, menyuapkannya makan dan memanggilnya dengan panggilan yang mesra.

6.      Berpoligami mengikut nafsu
Memang tidak dinafikan, bernikah  untuk kali kedua, ketiga dan keempat  merupakan satu perkara yang disyariatkan. Akan tetapi ramai di kalangan lelaki yang mengamalkan poligami tidak memenuhi kewajipan-kewajipan  terhadap isteri dengan benar. Terutamanya isteri yang pertama dan anak-anaknya. Padahal Allah SWT telah berfirman, “Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja.”  An Nisa: 3
Anda boleh bernikah lagi tetapi sekiranya anda tidak mampu untuk berlaku adil, dan tidak boleh memikul tanggungjawab, adalah lebih baik niat untuk berkahwin lagi dilupakan demi kebahagiaan isteri dan anak-anak.

Sumber: Majalah I

2Ulasan

  1. takut nak kawen dalam dunia skarang ni.. seram je bace tadi suami kerat kaki tangn bini o.O Ya Allah..

    BalasPadam
  2. Ramai sekrg kawen ikut nafsu~
    Sebab tu salah satu punca penceraian kan..
    Moga dengan perkongsian ni membuka kesedaran kita bersama
    Insya Allah

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ