GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Adab-adab Bersedekah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Dugaan untuk mangsa banjir ialah dugaan juga untuk yang tak kena banjir. Masa ni, adalah waktu yang terbaik untuk sucikan harta.. Bersihkan harta dengan sedekah salah satu amalan mulia yang amat Islam galakkan. 

Bahkan dalam satu hadis Riwayat Bukhari, Nabi s.a.w pernah bersabda:

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: setiap sendi tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua orang (yang berselisih faham) adalah sedekah, kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah.

Dari hadis ini, Nabi bersabda, setiap sendi kat tubuh kita boleh kutip pahala sedekah. Contoh yang Nabi s.a.w sebut dalam hadis tersebut:

1. Mendamaikan orang bergaduh.. 
2. Menolong orang yang naik kenderaan, atau tolong angkat barang ke atas kenderaan pun dapat pahala.
3. Berkata yang baik-baik.
4. Berjalan kaki ke masjid atau surau.
5. Membuang benda-benda yang menghalang perjalanan, cthnya ranting kayu dan sebagainya.

Dari contoh yang Nabi s.a.w sebut, semuanya senang nak buat, tapi perlukan iman dan hati yang bersih baru dapat buat.

Jadi, sedekah bukan harta sahaja.. doa juga sedekah. 

Ramai orang mampu bersedekah, tapi nilai sedekah tu hanya Allah yang layak menilai.. Namun, sedekah yang berkualiti adalah mengikuti dan menepati adab-adab sedekah yang dianjurkan dalam Islam.

Adab-adab bersedakah:

1. Memberi dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
Ikhlas ni susah sebenarnya, sebab ianya berkait dengan iman dan nafsu... Jika iman kuat, maka ikhlas akan bernilai, tapi jika sebaliknya.. hnya Allah yang Mengetahui berapa percent nilai ikhlas kita.

2. Berusaha menyembunyikan pemberian sedekah.
berusahalah untuk sembunyikan pemberian sedekah kita.. tak perlu nak ambil gambar, tayang kat orang... kerana takut-takut amalan itu tiada nilai. Dan satu amalan sedekah yang seorang hamba Allah ni sebagai ilmu iaitu Sedekah Subuh... Dia kongsikan untuk ilmu... dan kita yang praktikkan boleh kongsikan sebagai ilmu tapi jangan berlebihan dalam perkongsian kerana takut akan ada sekelumit perasaan riak di hati.

3. Tidak mengungkit-ungkit.

4. Menunjukkan muka yang manis ketika memberi sedekah. Jangan memberi seolah-olah macm terpaksa je... 

5. Sedekah dari sumber yang halal dan baik.
Pastikan barang yang disedekah adalah barang sendiri... bukan barang orang lain. Dan juga barang tersebut baik dan ada nilai serta boleh digunakan oleh penerima sedekah. Ada tengok, mangsa-mangsa banjir dapat baju yang dah koyak dan layak dibuat kain buruk. Sebaik-baik sedekah ialah barang yang elok dan yang kita sayang... Kesian orang yang menerima sedekah. Jika nak bagi, biarlah betul-betul...jangan mengikut-ikut.. jangan sekadar melepaskan batuk ditangga... sebab kat rumah banyak kain baju tak pakai, dah buruk dan dah lusuh, ahh..sedekah je lah... itu bukan sedekah namanya... 

Jadi, sedekah lah yang baik-baik.. jika nak bersedekah, eloklah ikut adab-adabnya supaya sedekah kita bernilai dan benar-benar diterima oleh Allah.


7Ulasan

  1. sangat setuju...terutama bagi barang yang dah xboleh digunakan...sian tgk org yg menerima barang tu....mesti dia berharap...tp akhirnya kecewa..sedihnyeee... :"(

    BalasPadam
  2. Terima kasih di atas perkongsian serta peringatan ini maria...

    BalasPadam
  3. harapnyaaa semuanya ikhlas membantu.. nak tolong mana patut untuk mereka di sana. janganla jatuh riak pula.. nauzubillah. dermakan senyap senyap biar orang lain tak tahu..

    ps : CT ada buat segmen.. jemputlah join kalau sudi ehehe.

    BalasPadam
  4. terima kasih...peringatan yang baik utk semua...

    BalasPadam
  5. in sha allah sama sam akita amalkan adab ni :)

    BalasPadam
  6. tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima..besar ganjaran dan murah rezeki bila kita bersedekah ni..ade rezeki lebih dikongsikan.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ